Tuesday, 22 April 2014

Kencing Manis Vs Diabetes

Assalamualaikum sahabat,

Apa khabar, wawa harap kalian sentiasa berada dalam keafiatan Allah swt. Hari wawa nak share info berkenaan penyakit diabetes atau juga digelar kencing manis dikalangan masyarakat. 

Bahaya tak diabetes ni? Apa sebenarnya diabetes? Menjawab kepada soalan ini, mari kita sama-sama pelajari atau memahami serba sedikit tentang penyakit ini. Memandangkan sekarang ini, penyakit diabetes mula menular dikalangan masyarakat dibawah lingkungan 30an, yang mana dulu penyakit kencing manis atau diabetes hanya dihidapi oleh golongan berumur dalam 40 tahun keatas.

Kencing manis (diabetes mellitus) adalah masalah metabolisma dimana jumlah glukosa atau gula, di dalam darah adalah tinggi, secara perubatannya dikenali sebagai hyperglycaemia.

Diabetes terbahagi kepada 2 jenis :

1- adalah berpunca daripada masalah genetik di mana seseorang itu memang dilahir dengan pankreas yang tidak boleh menghasilkan insulin yang mencukupi untuk membantu penggunaan glukosa. Kencing Manis Jenis 1 biasanya boleh dikesan pada bayi atau budak yang muda.

2- adalah jenis kencing manis yang kerap kita jumpa. Ia biasanya berlaku pada orang dewasa yang berumur 40 ke atas. Tetapi, kajian statistik terbaru menunjukkan penyakit ini menunjukkan trend yang cenderung ke arah golongan umur yang lebih muda. Kini, terdapat ramai orang berumur sekitar 30-an sudahpun menunjukkan bacaan glukosa darah yang tinggi. 

Tahu tak, kencing manis ini mempunyai beberapa peringkat sebelum ia mencapai tahap serius.

Peringkat Pertama: Darah Yang Pekat dan Gelap
Kandungan gula dan toksik yang semakin meningkat di dalam darah akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar.

Peringkat Ke-2: Kerap Rasa Panas dan Dahaga
Kepekatan gula yang semakin bertambah di dalam darah akan meningkatkan tekanan osmosis darah dan menyebabkan air 'diserap' keluar daripada sel-sel badan. Sel-sel yang menjadi semakin layu inilah yang menghantar signal dahaga kepada otak untuk meminta bekalan air.

Peringkat Ke-3: Kerap Rasa Letih dan Mengantuk
Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan oksigen yang mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur anda turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan ngantuk, khasnya pada waktu petang.

Peringkat Ke-4: Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk. Persembahan Tidak Tahan Lama
Tidak kira lelaki atau perempuan, masalah kencing manis akan mengganggu sistem hormon dan pengaliran darah badan anda dan menjejas nafsu seks anda.

Peringkat Ke-5: Tompok atau Bintik Mula Muncul Pada Kulit, Rasa Gatal atau Kebas-kebas
Ini merupakan tanda sel-sel badan mula merosot akibat daripada kekurangan bekalan sumber tenaga, iaitu glukosa yang terapung di dalam saluran darah kerana tidak dapat masuk ke dalam sel. Kandungan gula yang terlalu pekat dalam darah akan menyebabkan kesesakan pengaliran darah yang akhirnya mengeras menjadi gumpalan yang muncul dalam bentuk tompok-tompok.

Peringkat Ke-6: Bahagian Kulit, khasnya pada Kaki Mula Mati dan Menjadi Hitam dan Gelap.
Pengerasan darah pada tompok-tompok tadi menyekat bekalan oksigen dan nutrien kepada sel-sel kulit. Sel-sel kulit akan mula mati dan keadaan akan bertambah semakin cepat.

Peringkat Ke-7: Gangrene Bernanah Mulu Muncul di Hujung Jari Kaki
Jari-jari kaki merupakan bahagian yang paling jauh daripada jantung, darah yang sampai dekat sana sudah pun kehilangan daya tolakan. Tambahan lagi darah bergula yang pekat. Makanan dan oksigen tidak dapat sampai dan sisa toksik tidak dapat diangkut keluar, keadaan yang 'perfect' untuk pertumbuhan bakteria. Ini adalah kerana sel darah putih yang bertugas untuk bunuh bakteria tidak dapat sampai ke tempat dijangkit. Tentera bakteria boleh merebak dalam masa sangat singkat.

Peringkat Ke-8: Jakitan Gangrene Merebak, Bakteria Sudah Makan Daging Sampai Tulang Terdedah!
Jangkitan bakteria yang tidak terkawal, penyelesaian (sementara) adalah... Potong! Mula-mula potong tapak kaki dulu. Kalau jangkitan masih merebak naik, potong betis, kemudian paha.

Peringkat Ke-9: Penglihatan Menjadi Semakin Kabur
Kapilari yang terdapat pada mata adalah yang paling halus, apabila pengaliran darah (yang pekat) terjejas. Sel-sel mata akan semakin merosot dan akhirnya menjadi katarak atau... Buta!

Peringkat Ke-10: Masalah Buah Pinggang, Pertumbuhan Batu Karang, Tekanan Darah Tinggi, dan lain-lain Penyakit Sekunder.
Buah pinggang menjadi semaking lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung penapisan glukosa yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sima kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang anda makan itu.

Peringkat Kesembilan: Peringkat Terakhir?
Pergi ke hospital dan lihat dengan mata sendiri, bagaimana nyawa mangsa-mangsa kencing manis berakhir... Sungguh menyedihkan!

Apakah yang menyebabkan tahap glukos dalam darah menjadi pekat? Ia adalah disebabkan oleh rintangan insulin.

Rintangan Insulin adalah satu keadaan di mana insulin tidak dapat berpaut dengan reseptor pada permukaan membran sel untuk membuka laluan (Glucose Channel) yang membenarkan glukosa diangkut ke dalam sel untuk digunakan.

Rajah di atas menunjukkan keadaan operasi insulin yang normal bagi orang yang sihat. Selepas kita makan, kandungan gula di dalam darah akan meningkat dan apabila badan mengesan peningkatan ini, ia akan mengarah pankreas untuk merembeskan lebih banyak insulin untuk menghantar bekalan glukosa yang datang tiba-tiba ini ke dalam sel-sel badan untuk menghasilkan tenaga atau disimpan dalam sel adipos dalam bentuk lemak.

Rintangan Insulin terjadi apabila struktur membran sel yang telah dirosakkandan ini menyebabkan resepto insulin menjadi kurang sensitif terhadapa insulin. Insulin tidak boleh merangsangkan pembukaan Laluan Glukosa lagi. Glukosa yang tidak dapat masuk ke dalam sel untuk digunakan akan dilantun balik ke dalam saluran darah dan menyebabkan kepekatan gula dalam darah meningkat dan akhirnya menyebabkan Kencing Manis... Jenis 2!


Pn wawa jual vivix untuk diabetes.
0199966576
wanrokiahwanismail@gmail.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...