Search This Blog

Saturday, 23 August 2014

Hakikat Rezeki

Assalamualaikum & selamat petang!

Hari ni kawasan paka terputus bekalan air, sejak pagi tadi sampai lah ke petang. Pagi tadi sempatlah tadah satu baldi dan mandi awal-awal sebab time tu air masih lagi ada cuma perlahan.

Pergi kerja, sampai ofis terus masuk toilet. Alhamdulillah,  air ada. Sempatlah membuang hajat. Tak sampai satu jam, ofismate masuk ofis then bagitahu air takde. Allahuakbar, Alhamdulillah Allah bagi kesempatan untuk wawa guna air tadi.

Tepat jam 10 pagi, wawa pergi toilet untuk ambik wudhuk solat dhuha, Alhamdulillah air ada. Lepas siap solat, sambung kerja balik. Kemudian ofismate tanya, awak dah dhuha? Wawa jawab, ya dah. Lepas tu dia pergi untuk ambil wudhuk dan datang balik kat wawa bagitahu air takde. Alhamdulillah,  Allah izinkan saya dengan rezeki air untuk laksanakan dhuha. Dieorang macam confuse macam mana wawa ambil wudhuk sedangkan air tak de.

Zohor pun sama, lepas azan wawa pergi toilet bukak air ada cuma slow. Terus wawa ambil wudhuk untuk solat zohor.

Waktu Asar pun sama jugak, wawa sempat ambil wudhuk then solat. Ofismate tanya, dah solat? Air takde. Wawa jawab dah.

Subhanallah,  semuanya rezeki Allah kurniakan. Bukan sahaja dalam bentuk wang, tapi kemudahan untuk melaksanakan solat. Allahuakbar, Alhamdulillah. 

=======
Secara konklusinya, hendaklah kita sentiasa bersangka baik terhadap Allah swt. InsyaAllah Allah permudahkan segala urusan kita.

Sesungguhnya rezeki Allah itu luas, kemudahan untuk melakukan sesuatu kebaikan, kesihatan, makanan, dapat berjalan, boleh bercakap, mendengar, sempurna fizikal, dipinjamkan oleh Allah nyawa dan banyak lagi.

Bersyukurlah, dengan nikmst rezeki yang Allah kurniakan. Jangan pula kita merungut. Jauhi sifat-sifat mengeluh dengan ubah membuatkan kita bersangka baik dengan Allah serta sesama makhluk.

Wallahualam..=)



2 comments:

paridah said...

assalam...nice n3...subhanallah

wawa said...

Waalaikumussala, Alhamdulillah kak.. Allah permudahkan segala urusan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...