Resepi Tart Telur Mudah

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah,  akhirnya semalam siap jugak wawa buat kuih tart telur sorang-sorang. Dah lama niat nak buat tart telur untuk bagi ofismate makan. Semalam bawak pergi ofis, dieorang cakap sedap tak muak. Wawa buat tart ni kali ketiga,Alhamdulillah boleh tahan laa jadinya.

Pertama kali try, memang out laa.
Buang ke tanah, sayang plak kan. wawa guna bekas shell dia tu leper sangat, tak jadi. Intinya cantik, sarang plak tak jadi. Buat kali kedua, Alhamdulillah nampak laa rupa tart telur tu, cuma tak cantik laa.

Kali ni Alhamdulillah,  syukur Ya Allah jadi dan best. Wawa kurangkan sebab wawa tak suka sangat manis.

Ohh, panjangnya mukaddimah entry kita.. Hik2.

Resepi untuk buat kuih tart telur
mudah;

Tart Telur (untuk kulit)

Bahan-bahan:

1. 1/2 cawan gula
2. 1 cawan marjerin/ butter
3. 1 biji telur
4. 3 cawan gandum (tambah kalau lembik, jangan bagi lekat kat tangan)
5. 1 sudu kecil aisin vanila (betul ke eja camtu?)

Pilling @ inti

Bahan-bahan:

1. 4 biji telur
2. 1 cawan susu cair
3. 1 cawan air
4. 3/4 gula
5. 1 sudu kecil esen vanila
6. 1 sudu kecil t kastard
7. Sedikit pewarna kuning

*Pastikan anda tapis inti. Kalau tak tapis, dia ketul2.


Ni basic resepi for tart telur. Wawa dapat resepi dari kak yati dari fb, tak kenal pun siapa kak yati. Wawa terliur tengok dia buat, buat muka tak malu mintak resepi.. Hehe

Ini je resepinya, takde explaination lain pun. Pertama kali buat tak jadi, punya laa susah payah suami isteri, lepas tekap dalam bekas tart tu, kiteorang keluarkan plak untuk bakar dalam microwave. Memang laa tak jadi, mengembang semacam pastu patah la.Lepas tu tanya balik kak yati.



Rupa-rupanya kena bakar dalam sarang dia. Pastu biarkan sejuk, barulah masukkan inti dan bakar balik. Boleh jugak bakar dalam oven/ pembakar ajaib.
Suhu wawa buat 120 degree dalam masa 15-20 minit. Cucuk dengan lidi untuk pastikan bekas tart dah masak atau belum.

Lepas masukkan inti, panaskan dalam 10-15 minit.

Ok, dah siap. Boleh hidang untuk tetamu. Anda boleh dapat dalam 15-20 biji tart telur mengikut saiz yang sme.. Wawa buat ade 3 saiz, s , m & l. Tak banyak sangat yang dapat.

Layan picture laa skit.. ")


Ini kerja suami wawa, masukkan sekali sarang2 dia untum simpan.. ")

Ok, selamat mencuba ya. Good Luck!

*Bulan ni ada promosi esp tau, sila pm wawa untuk order. 019 996 6576