Search This Blog

Friday, 16 May 2014

Ya Allah, Tunjukkanlah Aku Jalan

Assalamualaikum wbt,

Aallahuakbar, sudah beberapa hari berlalu untuk share kisah ini.

Apa khabar sahabat wawa? Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Malam ini wawa nak kongsi pengisian rohani selepas terdengar sharing daripada Saudara Haris, dimana beliau merupakan saudara baru memeluk islam setelah Allah tunjukkan jalan. Beliau dijemput ke ikim.fm untuk berkongsi cerita sebagai saudara baru.

Sungguh saya tertarik dengan perkongsian tersebut. Saya dengar pun dipenghujung siaran, waktu itu wawa baru pulang dari bekerja.

Walaupun dipenghujung siaran, wawa dapat menangkap pengisian saudara haris ketika itu. Seorang pemanggil bertanye kepada beliau, sebelum masuk islam beliau ade menceritakan keadaan rukuk & sujud memberi satu keadaan yang membuatkan beliau yakin untuk memeluk islam.

Apakah yang menyebabkan beliau berkeadaan begitu? Menjawab kepada soalan tersebut, saudara haris berkata ' sebelum beliau memeluk islam, beliau mencari sesuatu dari agama yang dianutinye ketika itu, beliau pergi ke kuil untuk bersembahyang tapi tidak berjumpa dengan ketenangan. Sebelum itu, beliau merasakan seolah-olah seperti dunia ini tidak berlaku adil padanya, seperti less gifted,  semua yang berada didunia ini bukan untuknya.

Disebabkan itu, saudara haris ke kuil untuk bersembahyang tetapi tidak merasa tenang.Sampai satu ketika, beliau sujud/rukuk tanpa disangka-sangka keluar dari mulut beliau. "Ya Allah, tunjukkan aku jalan." Dan semerta beban dibahu beliau hilang, walaupun ketika itu haris tidak mengerti pasal islam. Then selepas itu beliau memeluk islam.

Allahuakbar!! Begitulah, Allah Maha Agung, memberi pada sesiapa sahaja.

Tahu tak, ramai yang tidak khusyuk ketika solat.Sila ngaku, jangan nak tipu..hehe...sebab wawa pun alami perkara yang sama, kita berusaha untuk memperbaiki menjadi lebih tawadhuj & wawa buat & cakap dalam hati ketika sujud & rukuk..

Subhanallah,Allahuakbar, Allah Maha Besar. Wawa rasa tenang, hilang beban rasa ringan je hati.. ini jugak boleh jadi tips untuk anda.

Selamat beramal sahabat wawa,

Lovewawa



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...