Friday, 11 July 2014

Hargai Nikmat Sihat

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah,  seminggu sudah saya demam hari beransur sihat cuma masih lagi ada batuk2.

Dari dulu lagi bila saya demam, paling kurang seminggu. Tak tahu kenapa, antibodi sangat lemah.

Agak lama sebenarnya saya tak demam teruk macam ni, since bulan 11 tahun lepas sebelum saya berkenalan dengan shaklee. Sejak saya amalkan nutriferon dan vitamin c, jarang sekali kena demam.

Kali ni, Allah nak uji saya dengan bekalan Nutriferon out of stock. Niat dihati tak nak bergantung pada ubat paracetamol. Memandangkan saya tak larat, digagahkan juga ke klinik untuk ambil mc. 

Alhamdulillah,  Allah izinkan doktor untuk bagi mc 2 hari pada saya. Sakit merupakan kifarah untuk Allah gugurkan dosa kecil kan? Alhamdulillah...=)

===========
Selepas dua hari mc, hari ketiga saya ke ofis tapi dalam keadaan yang tidak memberangsangkan. Batuk , selsema masih lagi belum hilang. Disebabkan kerja, nak tak nak terpaksa juga pergi. Niat dihati, seandainya dapat stay lama2 kat rumah kan best..=)

Kata mereka, saya ni demam berisi. Entah betul entahkan tidak. Malas nak buat upt, segan nak pergi beli kat farmasi..hehe.. Boleh plak cleaner kat ofis cakap, time saya batuk. Awak ni batuk baby, batuk baby bawak baby bunyi macam tu laa..

Erkk!! Ada jugak ehh?? Haha..macam kelakat je..=) Ok, apa-apa jelah asalkan saya dapat bayi kembar. Boleh gitu? Hik2..

Selama seminggu demam, Allahuakbar cian suami melayan karenah saya yang pelik-pelik. Agak pelik lah demam kali ini, mengada semacam. Suami tak boleh pergi jauh, nak berkepit je.. kenapa ye?

Demam, agak membataskan kita untuk bergerak aktifkan? Nak solat pun kadang2 terganggu, mengaji apatah lagi..

Doakan saya dan baby sihat ye.. erk?? Hehe..

Jenis-jenis Gemuk & Cara Atasi Dengan Supplemen Shaklee

Assalamualaikum sahabat,

Apa khabar anda? Semoga sihat sentiasa. Salam jumaat dan ramadhan #11. Wahh, pejam celik, pejam celik dah menginjak setengah bulan ramadhan. Tinggal beberapa hari lagi untuk kita grab pahala dibulan ramadhan.

Hari ni wawa nak berkongsi jenis-jenis obesiti atau kegemukan. Perasan tak, ada sesetengah orang bila diet boleh kurangkan berat badan, ada yang makin bertambah dan ada yang maintain.

Salahkah cara diet anda? Atau tidak melakukan exercise? Atau diet anda salah?

Jom, kita check diri sendiri. Yang mana satu anda.=)

1. Gemuk Air

  • Badan menggelember dan lembik kerana air yang tak diperlukan (toksin) berlebihan 
  • Cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian
  • Bahu agak jatuh apabila berdiri 
  • Sekiranya timbang di waktu pagi dan malam dan terdapat perubahan 1-2 kilogram kurang atau lebih antara tanda anda gemuk air kerana pengumpulan air dalam tubuh
  • Kebanyakan jenis gemuk air adalah dari golongan anak dara, wanita belum berkahwin atau yang baru selepas melahirkan anak.

2. Gemuk Daging

  • Kebanyakan yang mempunyai gemuk jenis daging kurang makan sayur/buah-buahan
  • Berangka besar dan suka makanan berkarbohidrat tinggi
  • Kulit tebal dan badan agak berat dan pejal (susah nak cubit lengan kerana tebal)
  • Cepat letih dan penurunan jenis gemuk ini adalah yang paling lambat sekali berbanding jenis gemuk yang lain kerana lemak di dalam tubuh sudah menjadi tepu dan bersebati bersama daging
  • Ramai golongan ini adalah daripada yang sejak kecil bertubuh badan agak 'sihat/besar' dan ia mengambil masa yang agak lama untuk dibuang
Namun begitu proses perpeluhan yang aktif dapat membantu membuang sebahagian lemak-lemak degil ini, dan sebaiknya mengikut diet yang sesuai dan aktiviti senaman lebih sedikit berbanding gemuk jenis air dan angin.


3. Gemuk Angin

  • Angin terlalu banyak terperangkap dalam tubuh, menyebabkan sukar/kerap untuk sendawa atau kentut
  • Mudah kena sakit kepala/migrain/loya tekak/sebu perut

☆☆☆☆☆☆☆☆

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...