Search This Blog

Sunday, 13 July 2014

Low Blood Pressure

TEKANAN DARAH RENDAH (HYPOTENSION)

Apakah Tekanan Darah Rendah?

Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Tekanan darah ditunjukkan dalam dua bacaan. 

*Bacaan pertama mempunyai nilai lebih tinggi daripada bacaan kedua menunjukkan ukuran tekanan sistolik, atau tekanan dalam arteri apabila jantung berdegup dan mengisi mereka dengan darah.

*Bacaan kedua mengukur tekanan diastolik, atau tekanan dalam arteri apabila jantung terletak di antara denyutan (keadaan rehat).

Untuk orang dewasa,
~Tekanan darah yang normal biasanya 120/80 mmHg. 
~Tekanan darah rendah berlaku bila kurang daripada 60/90 mmHg.
~Tekanan darah tinggi ialah apabila melebihi 140/90 mmHg.

Ataupun julat (range) untuk sistolik : 90-120 mmHg                  
                                        diastolik: 60-80 mmHg

*Ada orang yang mempunyai tekanan darah 90/50 dan tidak mengalami masalah kerana ini adalah keadaan normal untuknya.

TIPS TINGKATKAN TEKANAN DARAH RENDAH

Assalamualaikum & tengah hari,


Pernahkah anda terasa seperti gelap, nak pitam, tiba-tiba sekeliling terasa gelap seketika? Jika ya, ini bermakna anda sedang mengalami masalah tekanan darah rendah.

Biasanya tekanan darah terjadi kepada kebanyakkan ibu mengandung, wanita yang mengalami keletihan melampau.

Apabila badan mengalami tekanan darah rendah, darah tidak cukup untuk sampai ke otak, jadi oksigen. Ini boleh mengakibatkan badan terasa seperti melayang dan nak pitam. badan pun jadi lesu, lemah, teasa mual, cepat haus dan penglihatan menjadi kabur.

Penyebab Darah Rendah :

1. Kekurangan volum/ kandungan darah dalam badan
2. Perubahan hormon dalam badan- terutama kepada wanita mengandung
3. Dehidrasi- badan kehilangan banyak air dari yang diminum
4. Masalah jantung- otot jantung yang lemah, kadar degupan jantung yang rendah atau terlalu cepat
5. Diet yang tidak seimbang- kurang zat terutama B12 & asid folic
6. Pel;ebaran pembuluh darah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...