Search This Blog

Friday, 12 September 2014

Jualan Amal Mealshakes Shaklee

Assalamualaikum, 

Ramai yang dapat sms berkaitan 10% daripada jualan promosi setiap set mealshake akan disalurkan ke kanak-kanak 2000 keluarga.



Bagi yg br terima sms atau perasan poster ni, harap maklum bulan ni promo Mealshake buy 3 free 1 September - Oktober & Shaklee Collagen Powder buy 6 free 1 untuk september sahaja.

Setiap 10% dari kutipan jualan setiap set iaitu Mealshake buy 3 free 1 akan diberikan kepada kanak2 dari 2000 keluarga termiskin. Ini atas initiative Shaklee sendiri

Shaklee telah membuat 1 target iaitu untuk capai rm1juta nilai Mealshake tersebut & program ini akan berjalan selama 1 tahun dimana keluarga tersebut akan diberikan Mealshake setiap bulan.

Untuk lebih faham sila rujuk poster. Poster tersebut korg boleh guna untuk share kepada orang ramai.

Cares for Our Children, Mealshakes yang bernutrisi penting mempunyai 24 jenis vitamin dan mineral amat bagus untuk tumbesaran anak-anak.

Buat anda yang berminat untuk meninfakkan rezeki kalian kepada kanak-kanak yang memerlukan, bolehlah berbuat demikian dengan pembelian setiap set promosi Mealshake Buy 3 Free 1 bulan september to October.

Boleh hubungi wawa untuk pembeli di whatsapp dan telegram 019.9966.576. 

Hormon Estrogen Dan Kepentingannya

Hormon estrogen

ESTROGEN adalah hormon utama bagi menentukan pembentukan seks atau jantina individu. Sekiranya, paras estrogen dalam badan tinggi maka ciri-ciri wanita akan lebih menonjol.

Pada masa sama, ia juga menzahirkan sifat kewanitaan dan berfungsi untuk membentuk tubuh badan wanita, payudara dan kitaran haid pada setiap bulan serta menjadi kunci terhadap kesuburan wanita.

Estrogen akan dialirkan oleh darah menuju pelbagai jaringan sel di seluruh badan, otak, faraj, buah pinggang dan lain-lain serta menimbulkan kesan tertentu sesuai dengan fungsi masing-masing. Ini berikutan, molekul estrogen akan melekat pada reseptor dan menghasilkan tindak balas pada organ.

Kadar estrogen

Kadar normal estrogen bergantung kepada usia. Wanita berusia antara 20 hingga 29 tahun lazimnya, memiliki kadar estrogen sehingga 149 piktogram per mililiter (pg/ ml), manakala wanita berusia 30-an, purata jumlahnya adalah 210 pg/ml.

Bagi mereka berusia lebih 40 tahun dan masih belum mengalami menopaus akan memiliki tingkatan estrogen, sekitar 152 pg/ ml. Peningkatan estrogen seseorang wanita itu pelbagai dari sehari ke sehari bergantung kepada kitaran haidnya.

Menjelas lanjut mengenai hormon, pakar estetik Marissa Aesthetic & Wellness, Dr Rushmini Maris Ismail, berkata sistem hormon berperanan penting untuk memastikan keremajaan dan kualiti kesihatan seseorang.

Kepentingan hormon

Katanya, hormon dilengkapi dengan sistem kompleks yang berpusat pada otak manusia dan dikawal kelenjar pituitari bertujuan merangsang serta mengaktifkan hormon lain dalam tubuh.

"Bayi baru lahir mempunyai sistem hormon sedang berkembang dan lengkap apabila mencapai kematangan. Hormon pertumbuhan atau growth hormone (GH) memastikan anak berkembang menjadi dewasa. Jumlah hormon mencukupi membuatkan tubuh segar dan sihat.

"Bagi golongan dewasa pula, hormon estrogen dan progestron penting untuk wanita, manakala testeron buat lelaki," jelasnya.

Dr Rushmini berkata, sistem hormon banyak mempengaruhi rutin kehidupan. Justeru, antara hormon yang perlu dirangsang adalah adrenalin kerana ia bertindak memberi tenaga dan perasaan baik kepada kita manakala melatonin mengawal kitaran tidur serta bertindak sebagai hormon menghalang barah.

Hormon calcitonin pula menjaga paras kalsium dalam tubuh dan hormon dhea serta insulin mempunyai fungsi menukarkan gula kepada tenaga bahkan menjana tenaga.

"Hormon seperti leptin pula penting bagi menjaga sel lemak menyebabkan seseorang akan menjadi obesiti jika ia gagal berfungsi. Sementara endorphin dan serotonin ialah bahan menyerupai hormon dan kehadirannya menjadikan otak kita cergas selalu," katanya.

Kadar hormon rendah

Penuaan menyebabkan salur darah halus membawa zat dan nutrisi kepada kelenjar hormon menjadi kecut dan akhirnya tersumbat. Ini membawa kepada kematian sel dan hormon tidak lagi dapat di hasilkan.

Ketiadaan hormon memberi kesan ketara kepada kulit dan menjadi kendur, ingatan kurang tajam, penglihatan semakin kabur malahan turut alami tekanan emosi.

"Ketiadaan hormon estrogen dan progesteron menyebabkan wanita memasuki fasa menopaus kerana tiada sel hormon berdikari membuatkan mereka sering murung, masalah tulang rapuh, rambut gugur, kulit berkedut, jeragat, kulit badan gatal dan kekeringan vagina serta banyak lagi.

"Begitu juga lelaki apabila usia melebihi 40an mereka melalui tanda andropause iaitu sering keletihan, kurang keupayaan seks, wajah murung dan perasaan menjadi tidak ceria. Ingatan juga terganggu dan mereka mula diserang masalah jantung," katanya.

Dr Rushmini berkata, ada juga mereka yang diserang gejala kekurangan hormon secara berperingkat seperti penurunan melatonin menjadikan kualiti tidur terganggu. Keadaan ini disebabkan masalah psikiatri.

Ejen perosak

Jelasnya, ada juga antara individu mengalami tekanan perasaan dan kemurungan lalu tampil mendapatkan bantuan dengan mengambil ubat sakit jiwa.

"Kekurangan hormon calcitonin pula menjadikan tulang rapuh, ringan tidak padat serta mudah patah. Kalsium diminum tidak boleh menyerap ke dalam tulang jika tiada bantuan hormon ini," katanya.

Kelenjar hormon sensitif terdedah kepada pelbagai ancaman ejen perosak hormon yang wujud dalam makanan, kosmetik, botol plastik, pembungkus makanan, racun serangga dan lainlain.

Katanya, kesan hormon rosak berlaku perlahan. Pada peringkat awal, seseorang kerap keletihan dan masalah berat badan pula menyusul.

"Antara bahan berbahaya seperti nonylphenol terkandung dalam pencuci racun serangga dan bahan plastik. Phthalates pula dicampurkan di dalam PVC banyak digunakan untuk pembuatan permainan kanak kanak dan perabot. Malah, logam berat seperti plumbum juga membawa bahan perosak hormon meskipun ia bahan semula jadi dalam tumbuhtumbuhan," katanya.

Pemulihan hormon

Dr Rushmini berkata, rawatan pemulihan boleh dibuat menerusi terapi hormone bioidentical bagi merangsang darah menghasilkan hormon yang tinggi.

"Rawatan ini membuatkan kilang terlalu aktif mula berehat. Tempoh ini sangat penting bagi proses baik pulih kelenjar hormon untuk merangsang kembali penghasilannya, sekali gus penyembuhan mula terjadi.

"Proses penyembuhan menjadikan seseorang kelihatan lebih muda, kembali cergas, meningkatkan kualiti struktur kulit dan tampak lebih segar. Ingatan juga lebih kuat, malahan penglihatan mata pulih. Jangka masa rawatan adalah di antara tiga bulan sehingga beberapa tahun bergantung kepada tahap kemerosotan hormon," katanya.

Terapi pemulihan hormon:

Kaedah rawatan ada pelbagai cara dan ia bergantung masalah kadar penurunan hormon

- Suntikan

- Pengambilan pil

- Sapuan krim

- Semburan 10 tanda kekurangan keseimbangan hormon

- Keletihan walaupun selepas berehat atau tidak melakukan aktiviti berat sepanjang hari.

- Mengalami masalah tidur malam.

- Mengalami tanda menopaus pada awal usia bagi wanita berusia 30-an.

- Hilang nafsu syahwat bagi lelaki.

- Jika berat badan menurun atau meningkat secara mendadak.

- Kawalan perasaan tidak seimbang.

- Mengalami masalah kulit seperti kekeringan atau tanda perubahan lain.

- Masalah jangkitan pundi kencing atau bahagian mulut, hidung dan mata sering kering.

- Tanda fizikal seperti perubahan bau badan, mulut terasa panas, keanjalan payudara dan kesakitan otot atau masalah keguguran rambut.

- Sering berhadapan masalah ingatan dan tidak mampu memberikan tumpuan.

Kredit to Fatin Hafizah Mohd Shahar

Tips Tingkatkan Berat Badan (Underweight)

Apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan berat badan ?
                                                                                                                                                                   


  • Kurang berat badan berlaku apabila Indeks Jisim Tubuh (BMI) adalah kurang daripada 18.5 kg/m2.
  • Anda mungkin sihat tetapi anda mempunyai kadar metabolisma yang tinggi.
  • Anda mungkin mengalami kekurangan berat badan kerana masalah gangguan pemakanan ("anorexia/bulimia"), masalah perubatan yang berkaitan (masalah tiroid) atau berpenyakit.
  • Anda yang mempunyai kurang berat badan ini juga  berisiko tinggi untuk mendapat beberapa masalah seperti senang mendapat penyakit, susah untuk sembuh jika sakit (reduce immune function), hormon tak stabil (haid tiada atau tidak teratur), osteoporosis, cepat letih, kurang tumpuan dan kekurangan zat.

Tips untuk meningkatkan berat badan kepada yang kurang berat badan (BMI <18.5 kg/m2)
  • Tingkatkan pengambilan kalori atau kuantiti makanan dari biasa. Contohnya, letak marjerin dalam setiap hidangan makanan termasuk roti, lempeng, bijirin sarapan pagi, nasi goreng, atau sayur. Selain itu, boleh diletakkan cheese atau krim dalam hidangan harian untuk tingkatkan pengambilan kalori. Untuk roti, bolehlah diletakkan mentega kacang. Untuk susu,digalakkan mengambil susu penuh krim dan elakkan susu rendah lemak atau tanpa lemak. Susu juga boleh diambil dalam pelbagai perisa seperti coklat, strawberry atau vanilla kerana ia lebih tinggi kalori daripada susu biasa.
  • Jika kuantiti menjadi masalah, ambillah makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Instead of 3 hidangan sehari, ambillah 6-8 hidangan kecil sehari. Ini kerana, selera sesetengah orang akan menurun apabila melihat hidangan dalam kuantiti yang banyak yang menyebabkan mereka merasa muak. Selain itu, kurangkan pengambilan makanan berkuah seperti sup. Ini kerana ia akan menyebabkan seseorang itu cepat kenyang dan mengurangkan pengambilan kalori.
  • Exersice atau aktiviti fizikal boleh membantu stimulate selera makan. Jadi, lakukan sedikit aktiviti fizikal seperti berjalan laju atau jogging sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Ini akan membantu meningkatkan selera seseorang. Selain itu ia akan membantu menukarkan makanan yang dimakan kepada otot berbanding disimpan sebagai lemak. Exercise yang disarankan adalah “weight-lifting” seperti dumbbell dan “aerobic exercise” seperti berbasikal, berjalan laju dan berenang.
  • Semasa makan, seseorang akan lebih berselara jika makan beramai-ramai daripada makan seorang diri. Oleh itu, elakkan makan berseorangan. Ajaklah kawan atau keluarga untuk makan bersama.
  • Anda juga boleh mengambil nutritional supplement jika perlu. Jika anda tiada sebarang penyakit seperti kencing manis atau darah tinggi, anda boleh mengambil susu formula yang mengandungi tinggi kalori. Contohnya Ensure (38 kcal/scoop) atau Enercal Plus (90 kcal/scoop). Produk ini boleh didapati di farmasi atau pasaraya.
  • Dapatkan waktu tidur yang cukup. Badan akan menyimpan kalori pada waktu anda tidur.
=====

Ehh, ada cara yang lagi mudah tau. Hanya d3ngan mengamalkan supplemen shaklee, insyaAllah anda bakal mendapat berat yang ideal.

Wawa dah makan banyak makanan tambahan sebelum ni, dah cuba macam-macam. Susu, pil, vitamin hasilnya tetap sama. Sejak amalkan supplemen shaklee, berat wawa dah bertambah 4kg dalam masa sebulan.

Wawa hanya amalkan empat supplemen untuk tambah berat, iaitu Mealshakes, Vitalea, B-Complex dan Sustained Release Vitamin C Plus.

Bagaimana supplemen-supplemen ni membantu untuk menaikkan berat wawa?



1. Mealshakes

》Membekalkan 24 jenis vitamin dan mineral yang memberi nutrisi penting kepada badan kita.

2. Vitalea 

》Pelengkap nutrisi, membantu melengkapkan nutrisi akibat amalan pemakanan seharian kita yang tifak seimbang.

3. B-Complex

》Membantu tumbesaran dan menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal. Selain itu, ia menukarkan makanan kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan/ kelesuan.

4. Sustained Release Vitamin C Plus

》Meningkatkan sistem imun bagi meningkatkan kesihatan yang baik. Wawa akui bila kita selalu demam, berat badan cepat je susut. Jadi, kita perlulah mengambil supplemen pelindung diri.

Anda yang punyai masalah berat badan? Jom bersolusi bersama wawa, membantu anda dengan aturan makan yang betul untuk tambahkan berat badan.

Wawa bileh dihubungi melalui whatsapp/telegram ; 0199966576


Silap Siapa?

Usah Letak Kesalahan Pada Orang Lain
====

Teringat kisah lama! Nak tambah berat badan punya pasal, habis vitamin gi telan.hehe

Fakta untuk anda, sepanjang 25 tahun lalu berat wawa paling tinggi yang pernah dicapai adalah 43kg. Itu pun sebab duduk je kat rumah makan tidur, tidur makan lepas SPM tiga bulan menunggu ambilan upu.

Orang kata, ucapan dan kata-kata tu doa. Betul lah, sepanjang wawa jumpe mak2 saudara, pak2 saudara, sepupu, atuk nenek, jiran tetangga semuanya cakap , "wawa ni, dari kecik sampai besor tak pernah nak ada isi. Kurus keringgg je, cekeding." Lama kelamaan, kurus lah hasilnya kan.

Tahun 2004, wawa cuba macam-macam supplemen, vitamin, minyak ikan. Boleh kata semua laa pasal nak tambah berat, yang tin habis bertin, yg pil habis beberapa botol. Hasilnya sama je.

Satu hari, time tu wawa duk asrama kat pinang. wawa pergi farmasi. Tanya orang yang jual tu, vitamin apa yang boleh nak tambah berat, nak gemukkan badan. Dia pun bagi laa satu botol vitamin ni, katanya makan pagi dan malam. Tak ingat vitamin nama apa.

Balik hostel, wawa pun makan laa. Semangat kan nak gemuk. Makan seminggu, wawa sakit perut, sakit yang amat sangat. Sampai menangis-nangis. Pastu pergi hospital, doktor cakap kena kencing kotor. Tak pernah2 sepanjang hidup, kena penyakit ni. Tak bagitau pun kat doktor pasal vitamin tu.

Balik hostel makan lagi, cuma selang hari la. Air masak minum banyak jugak tapi tak sure berapa liter. Lepas seminggu kena, wawa balik kampung. Masa duk kat kampung, tetiba sakit perut yang amat sanagt. Sampaikan nak bergerak pun sakit. Terpaksa emak yang tukarkan seluar baju untuk bawak gi klinik.

Lepas doktor cek, die bagitau ade kencing kotor. Wawa tanya dia camne blh kena sebab sepanjang umur tak pernah ada pun. Soal punya soal, ada kaitan dengan vitamin gemuk tu. Lepas tu, langsung buang. Tak ambil apa-apa supplemen dah. Pasrah terus , tak gemuk pun tak pe laa asalkan sihat.

========

Apa yang wawa nak tekankan kat sini adalah, siapa yang patut dipersalahkan?

Salah ubat atau salah wawa yang ambil tanpa ada orang yang guide?

Vitamin tu kita tak tahu kandungannya apa, kenapa wawa ambil jugak? Betul ke betul?

Kesilapan wawa yang harus anda elakkan;

1. Silap diri wawa sebab ambil tanpa study dulu bahan yang ada dalam vitamin tu. Sepatutnya, kita kena pastikan bahan yang digunakan baik untuk diri kita.

Camne nak pastikan? Dengan membacalah, cari fungsi setiap bahan yang ada dalam setiap vitamin tu. Baru kita jelas dengan apa yang kita nak makan.

2. Membeli dengan orang yang betul. Dalam kes ni tidak ada orang yang memberi panduan. Maksudnya, carilah nutrionist yang berilmu dan senang untuk kita rujuk.

Kalau kita beli kat kedai, agak2 dieorang ingat tak kita customer dia?

========

Jadi, anda haruslah jadi pembeli dan pengguna yang bijak. Pilih produk yang halal, selamat dan semulajadi.

Produk shaklee menjalankan ujian klinikal sebanyak 100000 kali sebelum sesuatu produk dikeluarkan.
Kedai Vitamin Wawa Paka,
0199966576

*photo nenek berumur 81 tahun pergi National Conference kat US haritu. Cergas dan sihat! Nenek kita umur 81 tahun, camane ye?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...