Search This Blog

Tuesday, 18 November 2014

Cabut Gigi Tak Sakit, Lepas Cabut Baru Sakit

Assalamualaikum wbt,

Semalam, lepas maghrib Wawa duk mengadap lappy sambil fikir nak masak apa malam ni.. Tetiba en suami panggil, kata nak cabut gigi.. Nak pergi tak? Erkk, hari ni ke? Gigi tak sakit pun..

Haa, pergi malam ni laa siap cepat. Isyak jam berapa? Jam 8.05 malam, wawa jawab. Kita tunggu isyak dulu laa. Ok.. 

Lepas isyak gerak keluar, jam dah 8.45 malam. Nak gi klinik mana ni? Tanya suami. Kita pergi je la mana-mana pun asalkan tak sakit. Ok laa, kita pergi Dungun, kat klinik i pergi hari tu.

Jam 9.10 malam, kami sampai kat klinik gigi Norlela. Wahh, boleh tahan klinik ni tersusun cantik, doktor pun comey, lembut je.. hehe.. Kebetulan time kami pergi tak ade orang, sebab sebelum tu dah LUA dengan suami bila kita sampai sana InsyaAllah tak de orang. Alhamdulillah, memang kami je yang ada, biasa penuh gak kata suami.

Lepas wawa register, doktor panggil masuk. Wahh, sejuk bilik tu, masa kecil asal masuk bilik untuk cek gigi mesti gigil. Malam tadi, wawa cool & rilek aje, Doktor mula dengan tampung @ tampal gigi, katanya gigi wawa tak berlubang pun tempat yang nak tampung/tampal tu. Memang tak ada doktor, cuma bila wawa makan ada sisa melekat kat celah gigi, bila lama-lama rasa makin ade lubang je kat celah tu. Lepas dia tengok betul-betul, ada lah sikit. Lepas tampung/tampal, sambung pula dengan cuci. Tak sakit pun dia buat, cuma ada sikit-sikit rasa ngilu. Lepas cuci, kasi cabut plak gigi wawa.. Dalam kepala fikir yang indah-indah je, sebab takut sakitkan. Kita fikirkan hal yang seronok..Alhamdulillah, tak sakit doktor ni buat.

Gigi geraham yang second hujung, rasa sayang plak nak cabut. Sebenarnya macam tak ready lagi untuk dicabut, tapi suami wawa suruh cabut jugak. Gigi geraham tu wawa dah tampung masa sekolah rendah lagi, memang dah lama sangat la. Dua minggu lepas, kesan tampung tu tercabut sikit dan bila kita makan, sisa-sisa makanan masuk situ. Kita kena korek untuk buang selalu. minggu lepas, ada rasa sakit-sakit sikit tu pun jarang-jarang je dia datang. Bila bagitau suami, dia suggest suruh cabut. Haa, malam tadi selamat laa gigi tu dari gusi wawa. Boleh tahan 3 @ 4 kali kena cucuk, belum rasa kebas doktor dah mula nak cabut. Rasa sengal sikit, tapi sekejap je lepas tu dah tak rasa pape. lepas cabut, rasa bibir & mulut menebal semacam.

Yang bestnya doktor ni, memang cermat buat kerja. Wawa pernah pergi klinik lain tahun lepas, doktor buat cincai-cincai je. Kerak-kerak gigi pun tak hilang semua..Cuci kali ni puas hati laa, comel jadi gig kita bersih je sebab kerak-kerak dah takde,,hehe..Klinik dulu wawa pergi kena dalam

Anda yang nak dapatkan perkhidmatan pergigian yang berada di kawasan paka, kerteh dan dungun wawa sangat-sangat recommend korang untuk pergi klinik ni..


Quote for Tuesday

Assalamualaikum wbt,

"May your sky always be clear, may your dear smile always be bright and happy, and may you be for ever blessed for that moment of bliss and happiness which you gave to another lonely and grateful heart." 





Wawa ambik quote ni dalam web office, setiap hari pasti ada quote yang best2.

Korean Guy Yang Banyak Tanya

Assalamualaikum & selamat pagi,

Bismillahirrahmanirrahim.


Anyeong hashimikaa.. maksud dia boleh guna untuk greeting, say morning, afternoon, evening ,  night pun boleh. 

Aktiviti wawa setiap hari diofis, wawa akan mulakan dengan doa. Sama macam kita nak mula kelas time sekolah2 dulu. Doa awal2 pagi, apa-apa saja kadang wawa baca doa dhuha. 

Bila dah duduk, 'On' Pc wawa akan buka diari, buku kecil yang wawa buat untuk bisness shaklee. Wawa akan senaraikan kesyukuran pagi ni, apa saja nikmat dan kegembiraan yang wawa lalui. Lepas tu, sambung dengan buat 'To do list', apa yang wawa nak buat, kerja apa yang wawa nak siapkan dan status apa yang wawa nak tulis dan share. Sambung lagi dengan menulis kata-kata positif untuk hari ini.

Alhamdulillah, done semuanya. Wawa akan mula dengan kerja-kerja ofis.

Bila nak mula buat kerja, wawa akan sarungkan tasbih digital untuk menyebut, memuji Nama Allah Asma AlHusna. Dekat ofis, wawa suka zikir Ya Wahhab Allah Yang Maha Pemberi.. Setiap hari wawa buat hal yang sama. 

Sebelah wawa, staff from Korea nama dia "You Hanbyul" wawa panggil Hambyol je. Masa awal-awal dulu, dia just tanya apa wawa pakai tu, untuk apa tu. Then, wawa explain laa kat dia. Ini tasbih digital, untuk zikir, sebut nama Allah. Dia cuma mengangguk, tapi tak faham.

Lepas dari tu, dia selalu tanya berapa dah you sebut Allah? Bila wawa bagitau berapa2, dia cakap ok je. Ada masa dia ajuk wawa dengan gerakkan mulut dia ikut macam wawa laa, kononnya.. haha.. gelagat dia kelakar laa jugak.. kadang, kiteorang panggil dia 'mungcungi'.. ngee

Setiap hari tanye, hari ni dah berapa. Semalam, tak sangka dia panggil wawa. Tengah ralit buat kerja. 

Hambyol : wan, berapa kali dah u tekan button sebut Allah? 

Me : wawa tunjuk, lebih kurang 4000 lebih semalam. Kenapa?

Hambyol : kenapa you selalu sebut Allah? Bila u sebut, Allah datang ke? Mana Allah? Saya nak tengok. 

Me : emm.. hehe.. Sebab saya nak dekat dengan Allah. Ya, Allah datang pada saya. Bila saya rasa tak tenang, saya sebut allah dan perasaan tu akan hilang. Bila saya sebut Allah selalu, saya yakin Allah sedang menjaga saya. Allah ada dimana-mana, cuma saya tak dapat nak sentuh, nak lihat dan nak gambarkan bagaimana bentuk Allah. Saya yakin, Allah ada.

Hambyol : Macam mana u yakin, sedangkan u tak nampak Allah, u tak tahu Allah macam mana.. Bila i sebut Allah, tak ada rasa pape pun..

Me : hmm, macam mana nak cakap ye? Ini adalah kepercayaan, awak ada agama awak, awk percaya dengan agama awak melalui bentuk, bila nampak bentuk baru u yakin itu God korang kan?? Dalam islam, kami telah diajar dengan Kepercayaan dan Keyakinan bahawa Allah itu ada. Contoh, dalam exam. ketika kita jawab exam, tetiba kita terloss tak tahu nak jawab apa. Apa yang korang buat? Kami cuma zikir nama Allah, istighfar then ilham pasti datang dengan tiba2. U tahu angin? 

Hambyol : ya, tahu.

Me : Ok, u nampak angin? U rasa angin? 

Hambyol : ya, bila nampak kertas terbang disitu ada angin. Yes, I feel it. 

Me : u tahu macam mana bentuk angin? Can u describe the shape of wind?

Hambyol : i can't describe how wind it is.. saya tahu ada angin, saya boleh rasa ada angin tapi saya tak dapat nak jelaskan.

Me : Haa, macam tu jugak Allah.. Kami yakin Allah ada, kami tak tahu nak gambarkan macam mana Allah tu, sebab Allah tak sama dengan apa-apa pun. Allah sendiri. sama dengan konsep angin, kita tahu angin ada, kita dapat rasa angin tapi kita tak tahu macam macam angin..U faham?

Hambyol : emm..emm.. can u show me, the beautiful girl in your phone??
[pegang phone wawa nak tengok gambar]

Me : u masih kurang jelas kan??takpe. ohh, sorry.. u tak boleh tengok phone i sebab, ade photo yang tak berhijab.

Hambyol : kenapa u kena pakai hijab? u & orang lain tak sama, i nampak u lebih beragama dari orang lain..

Me : sebab we are muslim, we need to cover our aurah, so we use hijab laa..hahaha... apa yang bezanya? sama je laa..

Hambyol : No, awak berbeza sangat. oo, ok..

Me : yang ni terpulang pada individu, dieorang memilih untuk dekat dengan Allah dengan cara bagaimana..

[habis, sebab wawa nak balik dah. tak nak dia tanya lagi, nanti jenuh nak menjawab..haha..sebab wawa bukan arif sangat nak bercerita pada non muslim, setakat mengajak kawan2 buat solat2 sunat tu Alhamdulillah..]

Waktu ni dah jam 6 petang, jadi wawa pun kemas-kemas barang bersiap untuk pulang..hehe.. Mungkin ada lagi percakapan kiteorang, tapi wawa lupa dah.. Budak ni suka cakap, kalau layan dia cakap takkan habis.

Kalau korang ada penambahan ilmu untuk dikongsikan boleh share dengan wawa ye, mana tahu kalau dia tanya lagi, wawa boleh explain panjang lebar.. kan..


Thanks for reading..")

Kaja! jom BALIK..")

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...