Friday, 12 December 2014

Cara Hilangkan Parut Hitam Di Muka

Assalamualaikum wbt,

Wawa nak kongsi tips dengan korang cara-cara hilangkan parut. Kesan parut yang hitam dimuka boleh mencacatkan penampilan seseorang. Kalau boleh nak kulit kembali sihat dan cantik sebelum terkena jerawat. Tapi ada ke caranya?


Tentulah ada, boleh pilih cara semulajadi atau cara moden. Tapi yang moden biasanya mahal. Yelah nak pergi pakar kulit, laser-laser kulit, mahu ribuan RM yang keluar.

Mari cuba cara hilangkan parut hitam di muka dengan cara yang lebih natural. Paling penting ianya selamat. Tiada risiko muka berubah jadi lebih hodoh dek kerana bahan kimia yang merbahaya.

Jom tengok jika ada cara hilangkan parut hitam di muka yang sesuai dengan hati anda:
  • Scrub
Salah satu cara. boleh scrub muka. Boleh gunakan bahan-bahan yang natural. Macam lemon, gula dan tomato. Nak scrub kena tunggu jerawat reda, selepas gunung berapi meletop. Lakukan secara konsisten, mungkin jika baru buat seminggu hasilnya masih belum ada. Konsisten buat, insyaallah akan nampak kesannya.
  • Guna Madu
Campurkan madu ke dalam bedak sejuk. Dan tepekkanlah di muka anda. Buat dengan kerap, sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
  • Kayu Manis
Hah ini pun bagus. Tambah lagi baunya yang wangi. Tumbukkan beberapa batang kayu manis, sampai jadi serbuk. Lepas tu letakkan sedikit air. Jadikan 'paste' dan letakkanlah di bekas jerawat. Lakukan secara kerap. Atau boleh gantikan air dengan madu. Caranya masih sama, tampalkanlah pada bekas jerawat.
  • Timun
Selain baik untuk hilang mata 'panda' a.k.a dark circles, timun juga baik hilangkan parut hitam di muka. Kisar timun, tapiskan air. Dan tepekkanlah hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Muka akan rasa lebih 'fresh' dan tegang. Jika buat selalu, parut di muka akan pudar.
  • Daun Senduduk
Nie kalau rumah anda ada daun nie. Boleh guna beberapa helai, campurkan cekur dan segenggam beras. Guna batu giling (kalau ada) atau tumbukkan sampai lumat. Dan siap letakkan di muka yang ada parut. Lebihan boleh simpan dalam peti ais untuk ulang guna. Jangan buang, membazir.
  • Guna Sirih
Banyak kelebihan daun sirih. Selain baik untuk penjagaan kewanitaan, sirih juga baik untuk parut degil. Tumbuknya beberapa helai daun sirih. Tempelkan pada muka yang ada jerawat. Tunggu sehingga kering. Kemudian bilaslah muka dengan air bersih. Amalkan secara konsisten. 

Atau boleh cuba cara hilangkan parut hitam di muka dengan cara yang lebih senang, cepat, selamat dan paling penting berkesan.

Caranya adalah amalkan sebiji Vitamin E Complex setiap hari. Kandungan anti oksidan yang tinggi membantu untuk hasilkan sel kulit yang baru dan sihat. Hasilnya parut hitam di muka semakin pudar.

Nak lagi berkesan, boleh makan dua biji. Dan cucukkan Vitamin E Complex Shaklee, lepas tu ambil sedikit dan sapukan pada bekas-bekas atau parut hitam di muka. Lagi yang membuatkan Vitamin E suka, adalah kerana ia juga mengawal muka dari 'melahirkan' lebih banyak jerawat. Jerawat stop, parut pun hilang. 

Sumber

Berminat untuk dapatkan Vita- E Complex? Anda boleh hubungi wawa seperti tertera dibawah. Vita-E sedang berlangsung PROMOSI BESAR-BESARAN.

BELI 6 PERCUMA 1, MEANS KORANG DAPAT 7 DENGAN HARGA 6 BOTTLES
====

For Info and Order:



emel : wanrokiahwanismail@gmail.com 
 sms/whatsapp : 019 996 6576 ID Shaklee: 1109915 
COD Vitamin Shaklee : Paka & Sekitar 

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

 “INGINKAN PENDAPATAN LUMAYAN SEHINGGA 6 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA SEKARANG UNTUK SAYA BIMBING ANDA. KELAS BIMBINGAN 100% ONLINE TANPA PERLU ANDA KELUAR RUMAH. WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH LAGI DIPERLUKAN”

Power Of Tahajjud

Assalamualaikum wbt,


Apa khabar sahabat? Wawa doakan kalian yang singgah baca di blog wawa dikurniakan rezeki yang banyak, melimpah ruah..

Wawa nak berkongsi dengan korang. Kisah wawa melakukan tahajjud. Apa yang wawa rasa masa berjalan teramat perlahan. Alhamdulillah,  wawa cuba bertahajjud 4 rakaat. Sebelum ni wawa biasa buat 2 rakaat je.

Sungguh wawa tak sangka, pagi tu seolah-olah pagi yang sangat panjang. Wawa sempat masak, iron tudung / baju dan update entry kat blog.. Sebelum pergi kerja, sempat lagi wawa duk main-main, cari hand sort, stokin dan macam-macam lagi. Allah kurniakan masa yang panjang pada sesiapa yang meminta padanya.

Jika sebelum ini, wawa selalu rasa tak cukup masa. Buat itu, buat ini tengok jam "ehh, dah masuk jam 7. 30 pagi" mula laa kelam kabut bersiap. Padahal sama je waktu kita bangun pagi.

Selain dari itu, Allah permudahkan urusan kita. Sepanjang hari, wawa rasa smooth sangat perjalanan hidup. Tak de rasa nak marah, stress atau apa sahaja yang mengganggu emosi kita.

Allah kata, di sepertiga malam yang akhir, mintalah apa sahaja Allah akan kabulkan tanpa hijab. Allah dengar permintaan kita. Allah dekat dengan kita waktu ni.

Jadi, marilah kita sama-sama untuk mengimarahkan tahajjud setiap hari. Wawa sedang berusaha untuk bertahajjud setiap hari. Jom sama-sama kita bertahajjud.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...