Assalamualaikum wbt,

Khamis lepas, selepas waktu kerja wawa buka radio ikim.fm.. Kebetulan, Ustazah Norhafizah bt Musa sedang bagi kuliah petang. Sekarang ni, ramai sangat berlumba-lumba mencari solusi untuk menyerikan wajah, nak bagi kulit wajah makin putih dan berseri.

Tetapi, ramai yang tak sedar bahawa keserian wajah kita hilang adalah disebabkan diri kita sendiri. Disamping beria mencari solusi dengan pelbagai cream, supplemen atau apa sahaja kita wajib juga melihat ke dalam diri. Apa yang menyebabkan keserian wajah kita hilang? Ustazah Norhafizah menyebut, ada empat perkara yang menghilangkan seri wajah. Antaranya:

  • Bercakap Bohong - semua orang pernah melakukan kesilapan berbohong. Dari kecil kita dah ajar anak-anak kita berbohong. Contoh nak pergi kedai tak nak bagi anak ikut, kita cakap plak nak pergi klinik untuk kena cucuk dan sebagainya. Itu dengan budak kecil, yang lain-lain past banyak lagi kan. Apa kata sempena tahun baru hijrah ini, kita berazam zero berbohong.
  • Tiada Perasaan Malu - Ini banyak sangat terjadi dalam masyarakat kita. Tak menutup aurat share dekat fb, bergaduh dialam maya dan sebagainya. Tiada dah perasaan malu pada diri dan masyarakat.
  • Orang Yang Suka Buat Dosa - Mereka merasakan perkara yang tidak baik mereka lakukan adalah perkara biasa. Tak rasa kesalahan itu adalah suatu doa.
  • Orang Yang Suka Bertanya Melulu-lulu - Pertanyaan yang menunjukkan kebodohan.

Bersihkan hati dari noda hitam lagi bertambah seri cahaya diwajah.. Elakkan keempat-emat perkara diatas, ada banyak lagi perkara yang menyebabkan wajah hilang seri.. Jadilah insan yang sentiasa memberi manfaat pada orang lain..")