Search This Blog

Thursday, 27 August 2015

Tips Blogging : Ringankan Loading Pada Blog

Assalamualaikum wbt,

Hai semua, selamat bersantai bersama family tersayang. Entry santai di waktu malam sambil-sambil mengajar kelas blog kepada sahabat-sahabt di mukabuku.")

Wawa mengajar online sahaja, melalui kelas di whatsapp. Nak duduk ke, tidur ke, senang kan. Semuanya dihujung jari, sambil mengajar wawa blogwalking juga. 

Ada beberapa blog yang wawa jalan-jalan dan tak sempat nak drop comment sebab loading blog yang agak berat. Agak membazir masa untuk menunggu, jadi wawa beralih ke blog lain pula. Ada beberapa faktor yang memberatkan blog seseorang. Antaranya mempunyai gadjet yang banyak dan berat serta menggunakan gambar yang bersize besar.


Wawa nak tekankan gambar yang bersaiz besar, biasanya kita edit guna paint, power point dan handphone. Tahukah kalian, bahawa semua application dan program yang kita guna tu buatkan gambar kita bersaiz besar. Kalau line internet laju berdessup, insyaAllah gambar kita bersaiz apa pun akan cepat je keluar. Tapi, amat kecian pada blogger yang mempunyai line yang tersangat laju dalam braket macam siput untuk blogwalking. Dari nak drop comment, terus tak jadi pastu kita ingat orang tak sudi datang rumah kita. betul ke betul? ")

Ada cara untuk ringakan blog dan kecilkan saiz gambar yang nak di upload ke dalam blog, samada dalam entry, header mahupun di tepian gadjet kanan dan kiri. Jika update menggunakan laptop, boleh laa apply cara wawa kongsikan ni.

Gambar printscreen dari Paint (145kb)

Selepas edit guna paint, dan save. Korang right klik gambar tadi dan klik open with -> microsoft office->klik edit pictures->crop-> save.

Gambar selepas diedit menggunakan microsoft office 2010 (76.0kb)

Perbezaan yang agak besar dari segi saiz photo yang di uplaod. Jadi, untuk ringankan loading di blog korang pastikan dulu saiz picture lebih kecil.

Semoga bermanfaat. Thanks for reading..")

4 comments:

ENA said...

Selepas edit guna paint, dan save. Korang right klik gambar tadi dan klik open with -> microsoft office->klik edit pictures->crop-> save.

++

wawa, dah klik open with, takde la 'mcrosoft office'/

paridah said...

tutorial yg berguna ni...tq wawa.

rubiah kadir said...

Thx kak wawa..atas tips ni

fifi fizah (pearl) said...

nice..tq sharing.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...