Search This Blog

Tuesday, 1 September 2015

Half Day at Pulau Kapas

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, Ogos sudah meninggalkan kita datang pula September. Semoga ia memberi seribu kejayaan dan kekayaan buat kita.

Semalam wawa ada bagitahu pergi ke Pulau Kapas. Hanya setengah hari, itupun tak sampai sebenarnya. Merancang on the spot, terus pergi tanpa ada booking hotel atau bot. Sekadar ingin melihat kebesaran Allah swt di tengah lautan.")

31 August 2015, hari sejarah dalam hidup wawa singgah ke Pulau. Selama 29 tahun, sekali pun wawa belum pernah pergi dan jejakkan kaki ke sana. Padahal dekat sahaja, hanya 2 jam dari rumah wawa untuk ke jeti. 

Jam 9.40 pagi, wawa dan suami bertolak dari rumah terus menuju ke jeti Pulau Kapas. Jam 11.45 pagi wawa sampai dan terus ke jeti, sebab tak tahu pun kena beli tiket dulu..hihi.. Dalam 15 minit juga kami bersantai di jeti, then wawa ajak suami pergi ke deretan kedai untuk bertanya samada perlu beli tiket terlebih dahulu atau bayar ketika sampai di pulau.

Alahai, tiket tak ambil gambar plak.. dieorang ni banyak bot tau. Wawa punya tiket biru (Suria Link), yang lain-lain wawa kurang pasti.

Terus dioffer tiket pergi dan balik RM40/pax, on the spot dieorang bawak kami ke bot. Hanya kami berdua sahaja waktu itu dalam bot. Apa lagi, berwefie laa kami..hihi

Tadaaa.. Dapat map Pulau Kapas, kecil je pulaunya bersaiz 21.33km persegi sahaja. 

Agak menakutkan juga sebenarnya naik bot sebab tak pakai jaket keselamatan, dengan cara dieorang racing dalam air berdebuk berdebuk jatuh bot jatuh atas ombak.. Hihi.. Tapi sangat best, subhanallah luas sangat lautan tengok darat kecik je..")

Wefie laa dulu dalam bot..")

Untuk sampai ke Pulau ambil masa dalam 15-20 minit sahaja. Kami dihantar terus ke kawasan yang nak snorkeling. Disebabkan kami pergi sehelai sepinggang, tak ada maknanya nak bersnorkeling bagai. Melepak je dibawah pohon rendang sambil menikmati pemandangan laut yang sangat indah. 

Sambil bersantai, terjumpa awek cun ni. Terus ajak ambil gambar, laju je dia datang.. Hihi

Agak lama juga kami bersantai sambil makan, hubby baca paper dan main handphone saja.")

Bermain buaian dengan angin yang menderu..

Selepas puas bersantai, kami mandi manda sekejap untuk hilang kempunan. Alang-alamg dah sampai, kita melawat sepanjang pantai pulau ini. 

Selepas dibilas di bilik air awam dan surau, kami bersantai lagi dan mengambil gambar. Sambil menunggu bot datang ambil kami jam 5.30 petang.

Bot petang lebih menakutkan sebab ombak makin besar taiko yang bawa bot tu lebih ganas. Hihi.. Racingnya buatkan kami mandi air laut berkali-kali, terasa seolah-olah macam nak terbalik bot. 

Alhamdulillah, 15 minit kemudian kami sampai ke Jeti Marang dengan selamat. Jangan panik ya, jika laluan pergi dan pulang tak sama. Suami wawa agak cuak bila pulang dieorang guna laluan lajn. Takut tersilap bot katanya..")

Alhamdulillah, subhanallah, Allahuakbar, sungguh indah ciptaan Allah swt. Jemputlah pergi untuk melihat keindahan Allah swt.")

Oh ya, jangan takut dengan sun burn ya sebab memang akan kena kalau dah berjemur seharian di pulau. Hihi.. Wawa dah agak dari awal lagi, so wawa prevent dengan satu sachet COLLAGEN POWDER shaklee. Sangat berbaloi sebab bila balik rumah petang semalam dan tengok kat cermin kesan terbakar tu ada, cuma tak ketara. Pagi ini, wawa ambil lagi satu sachet untuk baiki balik kulit wajah. Alhamdulillah, kawan wawa comment kulit wawa tak burn pun..mood happy. So, lepas ni boleh buat trip lagi..")


Yang nak pergi trip ke pulau mana-mana tu, jangan lupa ambil collagen powder ye..")

Kulit cantik dan sihat sepanjang hari. Mood happy always.

Wawa 

6 comments:

Encik Gajah said...

Kami x pernah g pulau2 dekat Terengganu walaupun pernah duduk kat sana lebih 5 tahun. Haha

paridah said...

ulangalik jer dari tempat wawa ke pulau kapas yer..dekat juga...kak belum pernah sampai lagi kecuali pulau pinang n pulau pangkor..

PeRdU cINta said...

Wah..siap bergambar dengan aweks cuns comels..hihi..subhanallah..

fifi fizah (pearl) said...

Noted..leh ajk hubby lop g skli lg.heehhee

Noor Afifah said...

Ifa tak pernah jejak lagi di Pulau Kapas ni, Pulau Perhentian, every year pergi, hihi.. sebab ayah bertugas sebagai MA kat klinik sana di musim tengkujuh

Puan Wawa said...

Pulau Matdan ni..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...