Search This Blog

Friday, 18 September 2015

Tidur Yang Efektif

Assalamualaikum wbt,

Salam pagi penuh keceriaan buat pengunjung blog wawa. Apa khabar kalian? Alhamdullillah, syukur Allah kurniakan kesihatan yang baik juga diberi peluang untuk hirup udara pagi ini.


Apakah tidur yang efektif? Ada yang mengatakan bahawa tidur yang efektif adalah rehat yang cukup walaupun hanya tidur beberapa jam. Ya benar, tidur yang efektif adalah tidur yang berkesan dan kita boleh bangkit dengan rasa segar bugar.

Berapa jam kita perlu tidur untuk dapatkan tidur yang efektif. Paling kurang tiga ke lapan jam. Tahukah anda, waktu bila kita hanya tidur tiga jam umpama bersamaan tidur lapan jam sehari.

Ia adalah waktu tidur antara jam 9 malam  ke 2 pagi. Ini kerana, waktu ini badan kita sedang beroperasi samada proses pembersihan hati, proses pertumbuhan sel baru dan sebagainya. Waktu ini, badan kita perlukan rehat dan tidak boleh diganggu sebab badan sedang menggunakan tenaga untuk menjalankan proses dalaman. 

Sebab itu, islam menganjurkan kita tidur awal. Siapa pernah tidur diantara wawa 9-10 malam? Korang pasti terkejut jam 1 ke 3 pagi dalam keadaan cergas. Langsung tak rasa letih. Siapa pernah, ce ngaku! Hehe

Ya, wawa pernah. Jika kita tidur seawal yang mungkin, kita pasti merasakan badan yang lebih sihat, cergas dan bertenaga. Jadi, jom lah amalkan tidur awal. 

Korang pun boleh buat extra amal ibadat,  solat sunat tahajjud ke, istiqarah ke, hajat ke, taubat ke, witir ke, ngaji ke. Semua laa boleh.. Hehe

Salaam subuh kawan2..
Semoga bermanfaat..")

2 comments:

Farrah MF said...

Kena latih diri tidur awal ni.

paridah said...

SALAM JUMAAT WAWA..KALAU XCUKUP TIDUR BADAN LEMAH WAJAH PUN SURAM...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...