Assalamualaikum wbt,

Jerebu, setiap tahun pasti datang. Allah, suatu ujian yang terpaksa kita hadapi akibat daripada kebakaran di negara jiran. Apapun, kita perlu jaga kesihatan diri kita dari sebarang penyakit.

Disini wawa kongsikan tips yang boleh kita guna untuk kesihatan diri bertambah baik ketika musim jerebu. Memandangkan tahap jerebu semakin bertambah kepada tidak sihat. 

Untuk ketahui indeks bacaan pencemaran di kawasan masing-masing boleh refer di LINK ini. Peningkatan pencemaran yang semakin ketara sehingga sekolah-sekolah banyak ditutup.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit dada.
  • Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

[Sumber]

Dibawah ini ada beberapa nasihat berkaitan dengan jerebu. Wawa 
kongsikan dengan pembaca semua, semoga sama-sama dapat manfaat daripada nasihat tersebut.


  • Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah.
  • Sentiasa cuba berada di dalam bangunan (indoor). Jika terpaksa berada di luar, anda dinasihatkan menggunakan penutup hidung dan mulut (mask).
  • Pastikan udara di dalam rumah / bangunan sentiasa bersih. Kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok.
  • Apabila memandu, gunakan penghawa dingin. Pilih operasi (mode) kitaran udara dalaman.
  • Banyak minum air kosong ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
  • Basuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan aktiviti / menghadiri aktiviti luar.

Selain itu, korang juga boleh prevent dengan supplemen untuk tingkatkan imuniti badan.



Vitamin-vitamin ini berfungsi meningkat imuniti badan seseorang. Antaranya ialah;

1- Nutriferon
2- Sustained Release Vita C Plus
3- Garlic Complex
4- Zinc Complex

Nutriferon misalnya dapat mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari – Ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi didunia. 

Jadi, lindungilah kesihatan anda dengan mengamalkan supplemen semulajadi..")

Semoga bermanfaat.