Search This Blog

Sunday, 13 September 2015

TIPS RASULULLAH SAW HANDLE REJECTION

Assalamualaikum wbt,

Tertarik wawa untuk berkongsi dengan kalian, tambah yang menjalankan perniagaan sendiri. Sentiasa Optimis semua orang suka produk kita..")

Maaf juga hari ni wawa punya sedikit kekangan untuk blogwalking, insyaAllah akan singgah ke teratak teman-teman untuk eratkan silaturrahim..

Jom ketahui, bagaimana Rasulullah saw handle rejection. 




TIPS RASULULLAH SAW HANDLE REJECTION

Bagi seorang usahawan (lebih2 lagi kalo usahawan Shaklee), rejection adalah sesuatu yang gerenti akan terima.

Namun begitu, ramai yang tak boleh nak terima rejection. Tak boleh orang kata "Taknaklah". Tak boleh orang tak jadi. Tak boleh orang reject. Tak boleh lah macam tu.... mana ada tempat yang semua orang akan terima kita. Anak kecik kita pun, kadang2 kita nak bagi dia makan pun dia lari. Tak pulak kita fed-up kan? 

Rasulullah SAW menunjukkan kita contoh yg sangat hebat dalam bab hadle rejection. Dan rejection yang diterima baginda bukan calang2.

Bukan setakat orang cakap "Taknak" je. Ni siap orang baling tahi. Orang baling batu... Kita pernah tak kena baling dengan tahi?

Semasa Rasulullah ke Taif, Baginda dibaling batu oleh segenap manusia. Dari budak kecik sampai ke orang tua.. sampai kasut Baginda dipenuhi darah.

Bayangkan bagaimana perasaan seorang Rasul... kalau taknak cakap taknak je lah. Ni menghina, mengejek, mencederakan...

Sampai Jibril offer kat Rasulullah "Wahai Rasulullah, malaikat yang menjaga gunung2 bersedia bila2 masa untuk menghempap mereka di Taif..."

Tapi Rasulullah kata jangan... Hari ni mereka reject, MUNGKIN ANAK CUCU MEREKA NANTI AKAN TERIMA.

Masha-Allah begitu optimis sekali Baginda.

Hari ni orang reject kita, jangan berhenti, jangan putus asa. Mungkin esok dia terima. Kalau bukan dia, mungkin pasangan dia, mak dia, kakak dia, adik dia, sedara dia, sepupu dia, jiran dia, tok penghulu dia....

Optimis, dan percaya ada kebaikan di sebalik kejadian. Insya-Allah, pasti ada kebaikan.

Allah berfirman dalam satu hadis Qudsi:
"Aku mengikuti persangkaan hamba-hamba-KU"

Bersangka baik selalu.... Tak rugi, untunggggg sangat lagi!

-Master Lyna Noh-

Semoga bermanfaat.")

4 comments:

Zizie Zack said...

perkongsian yg baik kak :)

PeRdU cINta said...

Rasulullah SAW tauladan untuk kita..

Puan Wawa said...

Tq zizie..")

Puan Wawa said...

Betul tu..")

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...