Search This Blog

Wednesday, 28 October 2015

Hadiah : Replika Burj Khalifa Hotel Dhubai

Assalamualaikum wbt,

Hai semua, apa khabar? Alhamdulillah, besar harapan wawa semoga sahabat semua sihat-sihat belaka. Jaga kesihatan sebaik mungkin, almaklumlah di musim jerebu ini antibodi masing-masing tidak sekuat badang. 

Pagi tadi wawa terima hadiah daripada bos, dia pun dapat dari Subcon yang wawa jaga. Bos wawa bawa balik 2 paper bag, terus bagi kat wawa satu. Wawa pun buka isi kandungan dalam paper bag tu.

Wahh, sangat terkejut terima replika mac ni. Sebenarnya wawa tak pernah tahu pun wujud Burj Khalifa Hotel di Dhubai, ia laa wawa mana pernah pergi kan..hihi



Terus on google, cari info sikit pasal Burj Khalifa hotel. Terkejut laa den, sebab Hotel ni ketinggiannya nak cecah 1 kilometer. Wowww, terus terfikir macam mana dieorang boleh terfikir untuk design dan buat construction pada ketinggian macam ni.

Sedikit info tentang Burj Khalifa, ia mula dibina pada 21 September 2004 dan siap sepenuhnya pada 1 Oktober 2009. Dibuka secara rasminya pada 4 Januari 2010. Keluasannya 2km persegi bersamaan dengan 490 ekar.. Wowww2, memang project super super megabni..")

Burj Khalifa mempunyai 206 tingkat dan 160 tingkat yang boleh diduduki. Struktur  binaannya yang unik dan tinggi tanpa ada sokongan iaitu FREEDOM TOWER.

Subhanallah, segala puji bagi Allah yang mendatangkan ilham dan kemudahan.

1 comment:

paridah said...

TAHNIAH DPT HADIAH...TINGGI SUNGGUH BURJ KHALIFA TU YA...ITULAH KELEBIHAN SKIL MANUSIA BERTUBUH KERDIL DI AKHIR ZAMAN...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...