Thursday, 15 October 2015

Income Kedua Bantu Kewangan Keluarga

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, syukur dengan rezeki Allah bagi. Rezeki Allah ilhamkan untuk menjana income kedua melalui bisness shaklee.

Dari dulu wawa memang minat untuk berniaga, bermula dengan bisness emas kini beralih pula kepada produk kesihatan shaklee. 

Bisness emas tetap berjalan seperti biasa, cuma tiada iklan sehebat dulu kerana wawa ingin fokus kepada produk kesihatan terlebih dahulu. 

Kata para jutawan, untuk berjaya dalam sesuatu bidang, kita perlu FOKUS. Alhamdulillah, hasil fokus wawa pada produk kesihatan shaklee setiap bulan wawa mendapat hasil yang agak lumayan. Sebab setiap bulan, shaklee akan masukkan bonus hasil jualan ke akaun wawa pada setiap pertengahan bulan. Bukan awal bulan dan bukan juga akhir bulan.



Dengan ekonomi sekarang, yang menjadi faktor peningkatan perbelanjaan isi rumah menjadi pendorong kepada wawa untuk terus berusaha meningkatkan jualan. Alhamdulillah, syukur pada Allah sentiasa mengurniakan rezeki pada wawa setiap masa.

Selain dapat menampung keluarga, income kedua juga membantu wawa untuk shopping batang kesukaan. Terutamanya barang kemas. Selain menjual, wawa akan mengumpul koleksi emas 999 atau emas 24 karat. Ini kerana nilainya yang tinggi jika dijual semula.

Menarik wawa baca posting blogger Benashari bahawa beliau shopping pada pertengahan bulan. Keadaan waktu ini tidak ramai yang shopping. Sebab kebanyakan dari kita suka shopping awal bulan atau akhir bulan ketika gaji kerja hakiki telah masuk. 

Wawa juga kurang gemar shopping pada waktu puncak. Waktu puncak adalah waktu kebanyakkan orang dapat gaji. 

Ini antara keistimewaan orang yang menjana pendapatan kedua. Nak shopping bila-bila masa sesuka hati, dapat bantu ringankan kewangan suami dan juga dapat memberi kepada kedua ibu ayah duit lebih.")

Ayuh semua, kita jana income kedua ketiga mahupun keempat supaya kita dapat lebih memberi juga..")

Celoteh diperang hari..")

1 comment:

Jari Manis said...

Celoteh diperang hari..")? hehehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...