Search This Blog

Tuesday, 27 October 2015

Info Kesihatan : Apa Itu Thyroid?

Assalamualaikum wbt,


Gambarajah kawasan kelenjar Tiroid. Boleh nampak kan kat mana kelenjar tiroid ni? Kalau mereka yang ada sakit di bahagian tiroid ni selalunya bahagian leher mereka akan membengkak. Nak tengok bengkak macam mana? 




Scary kan? Seriau wawa tengok, itulah kesan bila kelenjar tiroid makin membesar dan membengkak.

Semua kelenjar yang menghasilkan hormon dalam badan kita ni sebenarnya penting sangat. Kalau hormon kurang bermasalah dan jika hormon terlebih pun satu masalah juga. Pastikan kandungan ia tidak terlebih dan tidak berkurang.

Kelenjar tiroid ni kalau nak tahu fungsinya mengatur kadar pembakaran tenaga dalam tubuh badan kita. Kelenjar ni berfungsi membuat protein yg mengatur sensitiviti tubuh badan terhadap hormon yang lain.

Kelenjar tiroid termasuk golongan endokrin yg menghasilkan hormon tertentu. Hormon ni pulak diperlukan oleh tubuh badan kita untuk menangani hal tertentu. 

Hormon yg dihasilkan oleh tiroid misalnya adalah tiroksin, kalsitonin dan triodotironin. Dua hormon yg bermula dengan huruf T ni penting untuk metabolisme tubuh badan kita. Hormon ni la yg mengarahkan sel tubuh badan untuk lebih banyak mengubah glukosa menjadi glikogen. Kalau hormon yg dihasilkan oleh kelenjar tiroid kurang, maka badan kita akan cepat penat, kulit kering dan berat badan bertambah. Tapi kalau hormon kurang, maka badan kita akan cepat berpeluh dan berat badan akan turun dengan drastiknya. 

Mengikut statistik, gangguan kelenjar tiroid ni paling banyak menganggu wanita daripada lelaki. Jumlahnya mampu mencapai sehingga 5 kali ganda lebih banyak. Maksudnya kat sini, kita sebagai wanita kenalah berhati2 dan kalau ada perubahan fizikal macam bengkak di leher tiba2 ke atau ada benjolan tidak normal kat leher, eloklah berjumpa doktor specialist sebab kalau gangguan kelenjar macam ni eloklah dilakukan analisis khas. 


Jenis-jenis Penyakit Tiroid

Ada 2 jenis penyakit tiroid ni sebenarnya:
  1. Hipertiroidisme
  2. Hipotiroidisme

Kat sini kita guna kelebihan berbahasa kita. Haha. Sebab sepertimana yg kita tahu, hyper merujuk kepada terlebih, manakala hypo merujuk kepada kurang. Kalau hipopotomus, takde kaitan sebab saya nampak kelebihan berat badan je. Haha. =P

Ok, back to discussion. 

Hipertiroidisme ni juga dikenali sebagai Tirotoksikosis. Antara penyebab dan punca penyakit ni adalah:

Grave's disease. Antibodi dalam badan menyebabkan kelenjar tiroid tu membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Dalam kes2 macam ni selalunya semua atau sebahagian besar sel tiroid membesar dan mengeluarkan hormon berlebihan. Kata hiper tadi kan. 

Thyroiditis atau pembengkakan tiroid. Selalunya keadaan ni boleh elok dengan sendirinya. 

Toxic nodule goitre. Ni pulak bila mana terlalu banyak iodin dalam makanan yg diambil. Yg ni boleh la kita control pemakanan kita.

So pendekkan cerita, kalau rasa lain macam pada bahagian leher, refer kepada pakar dan mereka yg lebih pakar akan cek kategori apakah tiroid kita tu.

Tanda-tanda orang yg menghadapi hipertiroidisme ni pulak:
  • Bengkak di leher
  • Cirit birit
  • Degupan jantung yg laju, sentiasa berdebar2
  • Lemah dan cepat penat
  • Tekanan darah naik secara tiba2
  • Insomnia
  • Mata menjadi besar (bluging)
  • Gementar dan gelisah
  • Terketar2 tapi bukan parkinson
  • Penurun berat badan mendadak walaupun selera makan bertambah
  • Haid tidak teratur
  • Kesuburan menurun
  • Angin yg tidak menentu (moody)
  • Kurang penumpuan
  • Kekejangan otot
  • Sukar untuk bernafas
  • Rambut luruh dan mudah gugur
  • Suhu badan naik 
  • Tidak tahan panas
  • Pengeluaran peluh yg banyak
  • Kulit menjadi lembap
  • Osteoporosis

Itu kalau hiper. Kalau hipo pulak macam ni ceritanya. Orang yg menghidap hipertiroidisme ni selalunya mempunyai hormon yg tidak cukup.

Tanda2nya pulak :
  • Masalah memori terganggu
  • Malas
  • Kuat tidur
  • Bengkak kaki
  • Badan selalu rasa sejuk 
  • Masalah jantung

Cara Rawatan

Pesakit yang mengalami penyakit hipotiroidisme mudah dirawat tapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat juga mungkin perlu diubah secara berkala bergantung kepada aras hormon tiroid dalam badan.

Pesakit yg mengalami hipertiroidisme pulak perlu diberikan iodin beradioaktif untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid yg terlebih tu. Pembedahan jugak boleh jadi alternatif kepada rawatan hiper ni.  
  


Vivix tonik ajaib shaklee membantu repair sel dan DNA yang tidak normal. 

Nak cuba? Boleh whatsapp wawa 019 996 6576

7 comments:

Ummul Azkee said...

Takutnya tgk leher membesar gitu

Nurzakiah Hanum said...

great sharing

Mardiah Diana said...

Salam singgah sini wawa...perkongsian yang baik ni...tq wawa sudi kongsikan...

Mardiah Diana said...

Salam singgah sini wawa...perkongsian yang baik ni...tq wawa sudi kongsikan...

Mardiah Diana said...

Salam singgah sini wawa...perkongsian yang baik ni...tq wawa sudi kongsikan...

rubiah kadir said...

Ruby xtau la ruby hyper atau hypo kak wawa..tp kejadian ni masa drjh 1 ...2x jugak operate...skrg da xdek...3x preggy, 3x cek drh tuk tgk bacaan tyroid tu. ...alhdulillah...

Eintan Nurfuzie said...

tkut nengoknya

Jom terjah Blog Nurfuzie.com
Mencuba nasib di Give Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
dan sudi2 lah join Pencarian Bloglist Nurfuzie Dot Com #2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...