Search This Blog

Monday, 19 October 2015

Info Kesihatan : Punca Rambut Gugur

Assalamualaikum wbt,

Pernah tak gugur rambut? Perkara paling menakutkan bagi seorang wanita adalah rambut gugur. Betul ke betul? 

Jika sehelai rambut mungkin ok, tapi jika setiap kali kita sikat rambut sampai nampak rambut je kat sikat tu. Itu adalah perkara yang sangat menakutkan. Silap hari bulan boleh botak tau.

Korang tahu tak? Jika seseorang mempunyai rambut kurang atau amjarang ia mempengaruhi wajah kita. Kita akan nampak lebih tua dari usia.

Tahukah anda, kenapa rambut boleh gugur? 


PUNCA-PUNCA RAMBUT GUGUR


1.            Menggunakan Perapi dan Bahan Kimia Berlebihan. Ramai dari kita yang gemar menggunakan produk penjagaan rambut dengan tujuan menjaganya. Contohnya untuk teknik rebonding / meluruskan rambut ataupun mewarnakan rambut. Sesetengah produk mengandungi bahan kimia yang menyerap sehingga ke akar dan menyebabkan keguguran.
2.            Hormon Wanita Berubah Semasa Kehamilan dan Bersalin. Semasa hamil, badan ibu mengalami banyak perubahan fizikal dan dalaman. Ini semua melibatkan hormon dalam badan seperti estrogen dan progesteron. Kandungan hormon yang berubah ini menyebabkan masalah rambut gugur pada ibu hamil dan baru bersalin.
3.            Keturunan dan Baka. Sejarah keluarga dan keturunan kita memainkan peranan dalam punca keguguran rambut. Sekiranya ibu bapa kita mengalami masalah ini selepas umur tertentu, besar kemungkinan kita juga mewarisinya daripada mereka. 
4.            Gangguan Sistem Peredaran Darah. Badan kita mempunyai satu sistem pengangkutan yang cekap. Sistem yang dinamakan peredaran darah ini mengangkut nutrien dan oksigen ke seluruh badan. Atas sebab tertentu (seperti diet harian dan salah urat) berlaku gangguan pada sistem ini yang menghala ke kulit kepala. Menyebabkan masalah kekurangan nutrien pada rambut dan akarnya menjadi tidak kuat.
5.            Banyak Memakan Makanan Yang Berangin. Sesetengah makanan boleh menyumbang kepada masalah angin badan.  Mempunyai masalah angin badan yang serius dan sakit kepala. Kesannya juga dapat dilihat pada bilangan rambut yang gugur.
6.            Tabiat Suka Mengikat Rambut. Bergantung pada individu, ada yang gemar menggayakan pelbagai fesyen rambut terkini. Ini melibatkan mengikat, menyikat dan menarik rambut dengan kerap dan ketat. Lama kelamaan, akar rambut akan menjadi lemah dan senang luruh. 
7.            Diet Dan Gizi Makanan Harian. Makanan yang diambil seharian memainkan peranan penting pada kesihatan diri. Sekiranya nutrien yang diperlukan badan tidak mencukupi. Ataupun mengambil makanan yang mengganggu hormon badan, rambut boleh gugur.
8.            Memakai Tudung Yang Kurang Sesuai. Ada tudung dan selendang yang di perbuat dari baan yang tidak menyerap peluh dan panas kerana pengudaraan yang tidak baik. Ini akhirnya menyebabkan masalah kelemumur. Gunakan kain tudung dan shawl chiffon kapas dan koshibo untuk keselesaan.
9.            Kerap Menukar Syampoo Yang Di Gunakan. Elakkan menukar penggunaan syampoo dengan kerap kerana ini akan menyebabkan tindak balas pada kesihatan kulit kepala.
10.         Tidak Menjaga Kebersihan Rambut. Wanita muslimah yang memakai tudung dan bekerja di luar mestilah kerap membersihkan rambut supaya lapisan minyak dari peluh dapat dibersihkan dan mengelakkan pembiakan koloni bakteria. Yang akhirnya menyebabkan kelemumur.


Sumber : SINI

3 comments:

paridah said...

banyak sbb yg menjadikan rambut gugur ya...

Fifi Fizah said...

good info.. :)

Cikna said...

Time shampoo mmg bnyk rambut yg gugur, sedih je rasanye.... Tp klu Cikna xbuat perkara yg ke-6 tu mmg xsah kot rasa rimas je....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...