Wednesday, 14 October 2015

Salam Maal Hijrah 1437H

Assalamualaikum wbt,

Salaam maal hijah buat semua bloggers yang sudi mengunjung ke blog wawa.



Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar.

Pejam celik, pejam celik, kita sudah menjejak ke tahun baru hijrah. Apakah segala impian di tahun yang lepas tertunai? Adakah masih lagi berjalan? 

Semoga tahun ini di permudahkan segala urusan. Wawa mohon pada semua sahabat untuk doakan impian wawa pada tahun baru ini tercapai.

Doakan penghijrahan wawa jadi isteri solehah, penyejuknhati suami, penenang hati suami. 

Doakan wawa supaya bergelar master coordinator shaklee pada tahun ini.

Doakan wawa semoga istiqamah melaksanakan solat dhuha, tahajjud, taubat, hajat setiap hari.

Doakan wawa istiqamah mengaji setiap hari walaupun satu ayat.

Doakan wawa mampu istiqamah bersedeqah setiap hari.

Doakan wawa mampu membahagiakan suami setiap masa.

Doakan wawa mampu membahagiakan kedua ibuayah juga mertua.

Doakan wawa supaya dapat memberi inspirasi pada masyarakat setiap masa.

Doakan wawa supaya istiqamah menjaga  pertuturan, pergaulan, berpakaian dan akhlak yang terpuji.

Jika nak disenaraikan semua, rasanya terlampau banyak. Walau apa pun, wawa mohon doakan kalian supaya sentiasa mendoakan wawa. Jasa kalian hanya Allah mampu membalaskan. Doa wawa juga, apa yang kalian doakan pada wawa berbalik kepada kalian juga. Ameen

3 comments:

paridah said...

SALAM MAAL HIJRAH..DIDOAKAN ALLAH MEMAKBULKAN DOA2 DAN HARAPAN WAWA

Mardiah Diana said...

Salam Maal Hijrah wawa...amin...semoga semuanya terlaksana...

Jari Manis said...

salam maal hijrah Wawa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...