Thursday, 1 October 2015

Testimoni Set Tambah Berat Badan Shaklee

Assalamualaikum wbt, 

Apa khabar semua? Alhamdulillah, wawa doakan kalian semua dikurniakan kesihatan yang terhebat. Semoga kita terus sihat untuk beribadat kepada Allah swt.

Dalam orang nak kurus, ramai juga yang mencari solusi untuk menaikkan berat badan yang ideal. Wanita dan lelaki yang mempunyai BMI kurang atau pun underweight sememangnya agak sukar mencari penyelesaian. Ini wawa akui sendiri kerana telah mencuba pelbagai ikhtiar, namun hasilnya tetap hampa.

Namun, tahukah anda shaklee mampu merialisasikan masalah anda dengan lebih sihat dan berkesan. Jom kita ikuti pengalaman pengamal set tambah berat badan shaklee.



Pengalaman Rahayu Mengalami Berat Badan Underweight
---------------------------
Sekadar nak berkongsi pengalaman yang dah lama saya alami...saya ni sejak anak dara lagi berat saya tak pernah cecah 40kg...rasanya lebih 15 tahun dah...

Yang menjadi masalah kat saya masa nak cari size baju...selalunya kena cari size XS atau S...tapi memang susah nak jumpa...dan kadang-kadang size S tu pun besar dengan saya...Lama juga saya alami masalah ni sebab saya makan la banyak mana pun, makan tengah-tengah malam sebelum tidur pun memang berat akan maintain 36-37kg je...

Ingatkan selepas kahwin berat akan naik la macam kebanyakkan orang...tapi dah kahwin pun berat saya maintain sama...sampai la saya pregnant baru la dapat cecah sehingga 50kg...

Tapi lepas jer dari pantang turun balik ke berat asal...alahai...sampaikan nurse-nurse kat Klinik Kesihatan marah la suruh makan banyak lagi hehe...tiap kali check-up klinik mesti kena tahan telinga...tapi saya dah tak tahu nak buat apa lagi dah nak bagi berat saya ideal...

28/10/2013 saya register sebagai ahli Shaklee dengan tujuan utama saya nak tambahkan production susu untuk menyusu Ammar yang dah cecah setahun...

Saya beli Vitalea, B Complex, Alfalfa dan Ostematrix. Sehari selepas barang-barang ni sampai, suami saya tanya "Set naik berat badan ada x?..." Saya terfikir ada ke? Masa ni zero knowledge pasal Shaklee...So terus saya Google info dan ternyata ada! 

Mata saya dah bersinar-sinar dah tak sabar nak order lagi...jadinya saya order ESP dan Mealshakes sebagai tambahan. Makanya suami saya juga consume set berat badan ni iaitu Vitalea, B Complex dan Mealshakes. 

Alhamdulillah dengan izin Allah berat badan saya dan suami naik. Pipi pun dah takde la nampak tulang pipi je. Naik berat badan tak bermaksud gemuk ye...sebab masih ramai yang cakap saya slim hihi...tapi shape your body and built muscle...bukan berat air hehe...BONUS yang saya dapat, kesan sampingan dari produk yang saya ambil adalah tenaga dan kulit...itu nanti kita cerita lagi 

Kat sini saya kongsikan berapa berat saya naik selama 10 bulan consume Shaklee...

Tinggi : 149cm
Target berat Ideal : 45-47kg

28/10/2013 - berat asal 36.5kg
28/11/2013 - berat naik 38kg
14/12/2013 - berat naik 38.6kg
11/1/2014 - berat naik 39.3kg
02/02/2014 - berat naik 39.8kg
29/08/2014 - berat naik 42.5kg
Total kenaikan - 6kg

Yeay...Akhirnya...berat saya cecah jugak angka 40kg tu...usaha bakal diteruskan...InsyaAllah selagi diizin olehNya...   

=====

Adakah korang juga alami perkara yang sama? Jika ya, jom ikhtiar sekarang untuk dapatkan berat badan ideal.

Wawa juga sama seperti Rahayu, sebelum kahwin berat wawa dalam 39kg - 40kg sahaja. Jika wawa demam, berat wawa turun secara mendadak, sehingga 3kg. 

Bayangkan dengan ketinggian 157cm, berat wawa tak cecah 40kg. Kawan-kawan dan adik beradik semua panggil wawa "tengkorak hidup", katanya macam tengkorak tengah jalan.

Sedih hati bila digelar macam tu, tapi apakan daya dah pelbagai multivitamin dan susu wawa cuba. Hasilnya tetap sama. 

Selepas kahwin, beratnya tetap sama. Sampaikan ada yang bercakap pada wawa, "ko ngandung pun, berat ko mesti sama. Tak naiknya badan macam ni." Selepas sebulan kahwin, wawa terjumpa dengan shaklee. Bermula dengan mencuba set tambah berat. Wawa konsisten makan sampai ke hari ini.

Alhamdulillah, selepas amalkan set tambah berat shaklee kini berat wawa sudah cecah 46kg. Kenaikan tak banyak, tapi cukup untuk wawa rasai badan wawa kini sudah berisi dan berotot. 

Paling best, walaupun demam berat wawa tetap maintain. Tiada penurunan lagi. Alhamdulillah.

Dapatkan konsultasi percuma dengan wawa.

2 comments:

paridah said...

dapat berat badan ideal baru best kan wawa.

Siti Yang Menaip said...

eeerk..nak turunkan hahah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...