Friday, 9 October 2015

Tips Makan Makanan Sihat

Assalamualaikum wbt,

Dewasa ini penyakit yang dialami oleh masyarakat kita semakin meningkat. Muda-muda lagi sudah dikesan dengan penyakit merbahaya seperti jantung, kencing manis, darh tinggi dan lain-lain.

Tahukah anda, apakah punca sebenar datangnya pelbagai penyakit ini? Salah satunya adalah daripada faktor pemakanan. Lihatlah ibu bapa atau muda mudi sekarang, makanan segera sudah menjadi trend, makanan sejuk beku sudah menjadi satu kewajipan, jajan sentiasa kena ada di rumah untuk mengunyah di depan tv. Maggi menjadi santapan pilihan kedua selepas nasi, rata-rata di setiap rumah pasti ada maggi. Betul ke betul? 

Allahuakbar, semoga wawa dijauhkan dari memgamalkan pemakanan yang kurang sihat ini. Alhamdulillah, wawa cuba elakkan dari memakan maggi walaupun dulu ia adalah feveret.hihi 

Jom semua, kita ubah pengambilan makanan harian kita supaya selain mengelakkan penyakit yang tidak diingini, ia juga adalah salah satu usaha membantu minda kita menjadi lebih pekandan tajam..")

Wawa nak kongsikan tips makan makanan yang berkhasiat setiap hari mengikut piramid makanan. 



Tips Makan Makanan Sihat

1. Makan sedikit lemak, minyak, gula dan garam.

2. Susu dan Produk Tenusu - Ambil 1-3 sajian sehari susu dan produk tenusu. Makan secara sederhana.

3. Ikan, Ayam, Daging dan Kekacang -
Ambil 1/2-2 sajian ayam/daging/telur sehari. 1 sajian ikan sehari. 1/2-1 sajian kekacang sehari. Makan secara sederhana.

4. Sayur-sayuran - 3 sajian sehari. Makan sebanyak mungkin.

5. Buah-buahan - 2 sajian sehari dan makan dengan banyak.

6. Nasi, Mi, Roti, Bijirin, Produk Bijirin dan Ubi-ubian - 4 hingga 8 sajian sehari dan makan secukupnya.

Apa yang kita makan itu yang menggambarkan dalaman diri kita. Jika makan yang sihat, maka sihatlah badan. Jika makan makanan yang kurang berkhasiat, nantilah natijahnya. 

Badan kita, kita yang tentukan. Nak sihat ke nak sihat? Tanya diri sendiri naa..hihi


1 comment:

Kakzakie said...

Betullah kesihatan kita sendiri kena jaga
Pemakanan itulah yg penting.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...