Search This Blog

Friday, 6 November 2015

Ibu Bapa : 5 Cara Jadi Ibu Tegas Tetapi Penyayang

Assalamualaikum wbt,

Hai ibu-ibu yang baik dan penyayang. Semua ibu sayangkan anak, namun jangan sampai anak mendahului ibu. Jadilah ibu yang tegas tetapi penyayang.

5 Cara Jadi Ibu Tegas Tetapi Penyayang



1. Jangan turutkan semua kemahuan

Kebanyakan ibu mudah 'cair' dengan permintaan anak. Ada kalanya disebabkan tidak mahu anak merengek dan mengganggu ibu untuk buat perkara lain, maka ibu turutkan semua permintaan anak. Tindakan ini sangat berbahaya! Tidak kira sama ada anak menangis berguling atau menjerit, ibu perlu tegas dengan pendirian dan tidak mengikut semua kemahuannya.

2. Usaha sendiri

Kadang kala ibu perlu sesekali mengajar anak berusaha sendiri jika mahukan sesuatu. Bagaimanapun cara ini perlu dipraktiskan mengikut tahap usia anak. Contohnya jika anak yang sudah bersekolah tadika, meminta dibelikan barang yang mereka inginkan, ibu boleh menyuruh anak mengumpul duit yang diperoleh daripada ibu ayah  demi untuk membeli barangan tersebut. Biarkan mereka belajar susah senang mengumpul duit untuk mendapatkan barang. Barulah mereka menghargai barangan tersebut.

3. Patuh dengan peraturan

Jika sudah menetapkan peraturan di rumah maka ia wajib dipatuhi oleh si anak. Dalam masa yang sama, ibu perlu tegas melaksanakan peraturan tersebut supaya jangan nanti anak memperlekehkan peraturan tersebut jika ibu tidak melaksanakannya.

4. Disiplinkan anak hormat ibu

Didik anak dari kecil supaya menghormati ibu. Ajar anak supaya segera menjawab panggilan ibu dengan sopan iaitu "Ya, ibu" dan segera tinggalkan apa yang sedang dilakukan ketika itu. Jika anak sudah terbiasa dengan disiplin tersebut, maka sampai dewasa dia akan segera utamakan panggilan dari ibu. Jangan biarkan anak sibuk menonton TV dan enggan mengendahkan panggilan ibu ketika dipanggil. Alasannya konon anak masih kecil. Bukankan melentur buluh itu biar dari rebungnya!

5. Sentiasa jadi ibu yang 'penyibuk'

Oleh kerana kebanyakan anak lebih rapat dengan ibu maka ambil peluang ini untuk menjadi 'penyibuk'. Ia penting untuk kita memantau pergerakan dan perbuatan anak apatah lagi di era semua perkara boleh dilihat menerusi teknologi Internet tanpa mengira batasan usia si anak.

Sumber Majalah PaMa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...