Search This Blog

Thursday, 19 November 2015

Tips Penjagaan Kulit : Cara Facial Dengan Betul

Assalamualaikum wbt,

Semalam wawa berpeluang hadiri wellness talk anjuran shaklee di Hotel Grand Puteri Terengganu dan berpeluang menjadi model untuk sesi facial Nutriwhite.

Alhamdulillah, seronok juga orang belai-belai wajah kita kan. Hihi. Pakar Nutrisi dari shaklee iaitu Sarah yang sangat cantik buatkan facial untuk wawa. Suka wawa tengok, bila dia cakap wawa asyik pandang je kulit dia. Tak berkelip mata,sebab cantik sungguh laa kulitnya. 

Ok, tanpa wawa bebel lebih panjang jom lihat cara berfacial dengan betul. Sebenarnya wawa nak add video, tapi terlampau besar plak. 

Tapi, tak apa wawa cuba terangkan secara ringkas senang untuk korang faham kan.

Cara Facial Dengan Betul

Sebelum mulakan sesi demo, tudung wawa dialas dengan kain supaya tak basah.

Pastikan korang guna 3 jari ke bawah (jari hantu, manis dan kelingking) untuk sesi facial wajah.

Step 1 - Gentle Action Make Up Remover



✔️ Picit sedikit di tapak tangan dan letak sedikit dibahagian pipi, dahi, hidung dan dagu.
✔️ Sapukan disetiap inci wajah sehingga keluar sel-sel mati.
✔️ Basahkan sedikit tisu dan sapukan ke seluruh wajah.

Step 2 - Gentle Deel Foaming Cleanser (Pencuci)


✔️ Picit sedikit di tapak tangan dan letak disetiap pipi, dahi, hidung dan dagu.
✔️ Ulang sapuan seperti step 1. Bagi kulit kering, cuci hanya dalam 1-2 minit. Bagi kulit berminyak, urut dalam 2-5 minit.
✔️ Faom cleanser bersifat kering.
✔️ Cuci wajah dengan air yang bersih.

Step 3 - Soothing Radiance Whitening Softener


✔️ Letakkan 1-2 titik softener ke atas tisu muka dan sapu ke seluruh wajah.
✔️ Ia berfungsi bagi menutup ruang-ruang pori yang terbuka. 
✔️ Penjagaan wajah yang baik perlu disertakan dengan toner kerana ia membantu mengecilkan dan menutup liang yang terbuka selepas dicuci dengan cleanser.

Step 4 - Daily Defense Whitening Essence


✔️ Picit sedikit di tapak tangan dan sapukan ke seluruh wajah.
✔️ Ia berfungsi sebagai serum pemutih dan agen pemutih kulit wajah.
✔️ Bagi anda yang ingin mencerahkan kulit, wajib gunakan daily defense ini.

Step 5 - Ultimate Protection Whitening Lotion


✔️ Picit sedikit di tapak tangan dan sapukan ke seluruh wajah.
✔️ Ia bertindak sebagai pelembap yang mempunyai spf 15 melindungi kulit dari sinaran uv.
✔️ Penggunaannya adalah 3 kali sehari, kerana ia bertahan selama 5 jam.

Step 6 - Overnight Renewal Whitening Cream


✔️ Sapukan ke seluruh wajah dalam kuantiti yang sedikit sahaja. 
✔️ Ratakan pada seluruh wajah.
✔️ Ia hanya dipakai pada waktu malam bagi membantu proses pertumbuhan sel2 baru.
✔️ Menyihatkan dan melembapkan kulit wajah.

Spot Whitening Treatment sepatutnya dipakai sebelum step 4. 

✔️ Ia berfungsi mengatasi masalah jeragat. Memandangkan wawa tak ada masalah tu, jadi tak guna laa.. Hehe

Nak lihat hasil selepas berfacial?

Taraaa.. 

Apa yang wawa rasa?

✔️ Rasa sangat best.
✔️ Kulit rasa RINGAN.
✔️ Lotion tak melekit.
✔️ Cream buatkan kulit jadi bertambah SOFT.
✔️ Rasa nak cuit je pipi, tak nak lepas.. Hehe


Bersama Sarah Nutritionist, Master Wan Muliani & Fifi Fizah..") (Gambar sejurus selepas siap buat facial)

Tengah hari tadi sempat wawa buka kelas demo Facial Nutriwhite delat surau office. Sempat laa buat dekat 5 orang.

Feedback dieorang pun bagus, katanya best laa ringan, tak melekit, rasa macam tak pakai apa-apa, lembut, rasa nak senyummm panjang lebar.. Hihi

Alhamdulillah, selesai demo facial wawa..")

Thanks for reading.


1 comment:

Siti Yang Menaip said...

omomomo kakak-kakak semua ehehe.. iols main tibai je tau =P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...