Assalamualaikum wbt,

Vision Board elemen penting bagi seorang JUTAWAN yang BERJAYA. Ia merupakan salah satu gambaran kejayaan yang bakal dicapai satu hari nanti, insyaAllah.

Vision Board membantu minda kita untuk bekerja keras kearah matlamat dan impian kita. Cuba korang koret rahsia kejayaan para jutawan, apakah rahsia disebalik kejayaan mereka.

Ia bukan hanya para jutawan yang menggunakan vision board, malah orang yang berjaya sekarang ini. Wawa ambil contoh Dai'e Farhan, menurut ceritanya beliau potong gambar di surat khabar yang menggambarkan beliau juara dai'e. Setiap hari Dai'e Farhan membayangkan gambar tersebut adalah beliau, dan tidak putus-putus berdoa. Akhirnya, siapa sangla beliau dinobatkan sebagai juara Dai'e.




Salah seorang jutawan yang menggunakan vision board adalah John Assaraf. 

======

John Assaraf antara usahawan yang berjaya menarik impiannya dan menjadi jutawan dengan memahami Hukum Tarikan Universal menggunakan papan visi.

.

Ceritanya bermula pada tahun 2000 apabila anak lelakinya datang ke ruang pejabatnya di Southern California. Di suatu sudut berdebu di dalam ruang pejabat beliau, ada banyak kotak barang-barang lama yang belum dipunggah keluar.

.

Anaknya yang berumur lima tahun itu bertanya,

"Apa yang ada di dalam kotak itu, ayah?"

Dengan penuh kasih sayang, John memberitahu di dalam kotak itu terdapat papan visi beliau. Anaknya bertanya lagi,

"Papan visi itu apa?"

Bagi menjelaskan perkara itu, John mengeluarkan papan visi di dalam kotak lama itu dan tunjukkan kepada anaknya.

.

Ketika menarik papan visi kedua dari dalam kotak itu, beliau terkejut kerana pada papan visi itu terdapat gambar yang beliau potong daripada majalah "Dream Homes" pada tahun1995. Rumah itu adalah rumah yang beliau duduki sekarang, selepas berpindah beberapa kali sebelum ini. Rumah yang berkeluasan 7000 meter per segi di atas tanah seluas enam hektar sudah pun menjadi milik beliau tanpa beliau sedari.

.

Itulah kesan daripada pengaktifan minda bawah sedar, hasil penggunaan papan visi.

----

Ayuh semua, kita bangkitkan minda separa sedar dengan VISION BOARD IMPIAN kita..")

Ingin capai impian sebagai usahawan?  Hubungi wawa 0199966576.