Search This Blog

Thursday, 8 January 2015

Penyakit Apa Ni?

Assalamualaikum, 

Lapan hari 2014 meninggalkan kita, namun ia tetap dalam ingatan.. hehe

Hari ke lapan 2015, tapi asyik tulis & taip tahun 2014 aje.. sindrom di awal tahun, normal laa kan? 

Korang pernah tak macam ni? ")


Korang dah makan? Wawa lunch dengan nasi kukus hari, kenyang.. Alhamdulillah. 

Time untuk makan supplemen plak, kasi nutrisi pada badan. Korang pun kena amalkan makanan tambahan tau, bagi badan sentiasa bertenaga..")

Inilah gula-gula berkhasiat yang wawa ambil tiap2 hari..")

Kisah Malam Tadi

Assalamualaikum wbt, 

Selamat pagi semua, semoga ceria-ceria ya semua hari ni..")

Dah positifkan diri pagi ni? Cara wawa untuk positifkan diri dengan senyum sambil tengok cermin.. hehe

Malam tadi punya kisah, pernah tak jadi kat korang kunci kereta then kunci tertinggal dalam kereta? (Ni case kunci secara manual kerets wira)

Suami punya hal, mungkin excited nak jumpa wife dia.. haha.. Lepas kunci baru sedar, kunci kat dalam kereta. Semua barang kerja ada dalam tu. Kunci pendua pun ada dalam kereta, memang terbaiklah..

Suami pun fikirlah, camne nak buat ni. Wawa ralit lagi main handphone.. kiki.. Sebab ada kelas online dengan group kami,, topik blog.. Lepas tu, wawa pun turun ke garaj nak tengok, apa laa hubby buat kan.

Sekali terkejut, nampak dia masukkan pemanggang besi 1 tu kat dalam tepi tingkap tu. Sampai patah pemanggang tu dibuatnya.. haha.. nak gelak tapi tahan je, sebab tengok muka hubby serius..


Inilah jadinya pemanggang, hasilnya kereta tetap rak dapat buka. Lepas tu hubby guna tali dengan besi pengikat, hubby masukkan dua-dua tu then dia tarik untuk ketatkan tali pada tombol kecik untuk buka pintu kereta tu..

Alhamdulillah,  akhirnya dapat juga buka walaupun kereta ada calar-calar kesan kena besi.. Redha je laa..hihi

Kecian pemanggang I, tak pasal-pasal berubah bentuk..haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...