Saturday, 10 January 2015

4 Sebab Wajah Hilang Seri

Assalamualaikum wbt,

Khamis lepas, selepas waktu kerja wawa buka radio ikim.fm.. Kebetulan, Ustazah Norhafizah bt Musa sedang bagi kuliah petang. Sekarang ni, ramai sangat berlumba-lumba mencari solusi untuk menyerikan wajah, nak bagi kulit wajah makin putih dan berseri.

Tetapi, ramai yang tak sedar bahawa keserian wajah kita hilang adalah disebabkan diri kita sendiri. Disamping beria mencari solusi dengan pelbagai cream, supplemen atau apa sahaja kita wajib juga melihat ke dalam diri. Apa yang menyebabkan keserian wajah kita hilang? Ustazah Norhafizah menyebut, ada empat perkara yang menghilangkan seri wajah. Antaranya:

  • Bercakap Bohong - semua orang pernah melakukan kesilapan berbohong. Dari kecil kita dah ajar anak-anak kita berbohong. Contoh nak pergi kedai tak nak bagi anak ikut, kita cakap plak nak pergi klinik untuk kena cucuk dan sebagainya. Itu dengan budak kecil, yang lain-lain past banyak lagi kan. Apa kata sempena tahun baru hijrah ini, kita berazam zero berbohong.
  • Tiada Perasaan Malu - Ini banyak sangat terjadi dalam masyarakat kita. Tak menutup aurat share dekat fb, bergaduh dialam maya dan sebagainya. Tiada dah perasaan malu pada diri dan masyarakat.
  • Orang Yang Suka Buat Dosa - Mereka merasakan perkara yang tidak baik mereka lakukan adalah perkara biasa. Tak rasa kesalahan itu adalah suatu doa.
  • Orang Yang Suka Bertanya Melulu-lulu - Pertanyaan yang menunjukkan kebodohan.

Bersihkan hati dari noda hitam lagi bertambah seri cahaya diwajah.. Elakkan keempat-emat perkara diatas, ada banyak lagi perkara yang menyebabkan wajah hilang seri.. Jadilah insan yang sentiasa memberi manfaat pada orang lain..")

40 Tips Hadapi Kewangan 2015

Perkongsian daripada sahabat wawa di group whatsapp. Tips untuk anda semua, mana tahu boleh jadi panduan kan..hihi

Wawa kongsikan doa untuk melepaskan hutang. Hutang wajib dibayar ye sahabat, nanti tergantung amalan kita untuk dihisab..")


40 cara untuk selamatkan wang anda di tahun 2015 yang agak mencabar ini. Tips ini telah dikongsikan oleh Azizul Azli Ahmad, seorang pensyarah UiTM yang kini juga merupakan seorang penulis buku Mudahnya Beli Rumah.

Kita ikut tips beliau di bawah.

SELAMATKAN WANG ANDA

Lantaklah orang kata apa, yang penting kita jimat belanja. Tarik nafas dan bermulalah :

1. Belanja kurang dari pendapatan
2. Cari cara buat duit lebih
3. Ubah gaya hidup
4. Rancang kewangan anda
5. Mulakan menabung
6. Potong kad kredit jadi 2
7. Kurang cakap di handphone
8. Cari hobi yang tambah pendapatan
9. Hadiahkan diri dengan simpanan
10. Tahan nafsu hingga promosi baru beli
11. Jangan beli kerana “Diskaun Akhir Tahun / Diskaun Awal Tahun”
12. Ciptakan rasa seronok bila tiada hutang
13. Kurangkan insuran kenderaan ikut harga semasa.
14. Nikmati hiburan percuma
15. Kekal prestasi cemerlang
16. Sibukkan diri agar tidak ke shopping mall selalu.
17. Jangan riadah di Pavillion atau Mall
18. Berhenti merokok
19. Diet dan jaga pemakanan, makan untuk sihat
20. Makanan bukan untuk dicuba
21. Jangan berlumba tukar sofa dengan jiran
22. Takaful jangan lebih 10% pendapatan
23. Sediakan dana pelaburan
24. Jangan mudah putus asa
25. Jangan salahkan panda bila kita susah.
26. Barang terpakai bukan dosa.
27. Beli Baju diMyidin pun kacak juga
28. Beli secara tunai
29. Jangan jadi hamba faredadee
30. Jangan jadi hamba honda city
31. Guna moto itu ranggi
32. Jangan berhutang kerana layak pinjaman
32. Berhenti layan Maharaja Lawak Mega. Ia bukan percuma
33. Lupakan impian tambah Nelopah
35. Kereta kecil tetap bergaya
36. Azam beli rumah bukan tambah orang rumah
37. Lupakan sportrim dan spoiler kereta.
38. Mesyuarat keluarga tentang belanja
39. Kurangkan tengok drama orang kaya kaya
40. Didik nafsu

Siapa yang boleh kawal nafsu, ia boleh kawal dunia. Bersedialah untuk tahun 2015. Wallahu A’llam

Bersediakah anda? Tepuk dada tanya poket. Jika poket masih diam tak berbunyi (atau berbunyi duit syiling), bolehlah mula ikut satu persatu senarai di atas.
 No 7 tukar redone

Perbezaan Supplemen Semulajadi

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat wawa? Wawa doakan kalian diberikan kesihatan yang baik berpanjangan. Ramai yang dah tahu tentang shaklee, cuma wawa nak kongsikan juga perbezaan yang ada pada shaklee. Sepanjang 28 tahun, wawa pernah cuba sekali supplemen selain shaklee itu pun wawa tak sure jenama apa. Semata-mata nak naikkan berat badan, hasilnya wawa terkena air kencing kotor... 

Auchh, kenangan yang tak pernah dilupakan. Sakitnya Allah sahaja yang tahu, sampai nak bangun pergi klinik pun tak boleh. Alhamdulillah, waktu kena tu wawa ada kat kampung. Mak yang pakaikan seluar baju untuk gi klinik, wawa berserah je waktu tu. Menangis tak tahan menanggung sakit.

Sejak dari itu, wawa taubat tak nak makan apa-apa vitamin atau supplemen untuk tambah berat, untuk sihat atau cantik sekalipun..hihi

Kita hanya merancang, Allah yang gerakkan hati wawa untuk mencuba supplemen semulajadi shaklee selepas berkahwin. Orang kata, lepas kahwin berat akan naik, tapi tidak pada wawa. Sama sebelum kahwin, tiada perubahan. Selepas meneliti tentang produk shaklee, perubahan itu ada. Awal-awal naik 2kg, suka tak terkira. Ye laa, belum pernah naik berat turun tu selalu..hihi.. Alhamdulillah, kini wawa dah naik sehingga 5kg, untuk capat berat yang ideal wawa perlukan 2-3kg lagi..hihi

Selepas itu, wawa konsisten dengan shaklee dan terus bergiat aktif menyebarkan kebaikan yang wawa dapat. Wawa tahu, ramai di luar sana yang berusaha keras untuk menaikkan berat badan walaupun tak seramai orang yang berusaha untuk turunkan berat badan.

Seluruh keluarga wawa syorkan penggunaan dengan supplemen semulajadi ni..Sebab berpuas hati kan..hihi

WELCOME TO SHAKLEE!

Apa Perbezaan Shaklee?


Perbezaan shaklee adalah selamat secara Semulajadi, Terbukti Berkesan selama 50 Tahun.

Sentiasa Selamat:
  • Lebih daripada 80,000 ujian kawalan kualiti tahunan dijalankan.
  • Potensi terjamin dimana setiap bahan botani disahkan oleh pihak ketiga/ third party.
  • Ketulenan terjamin, 350 ujian-ujian pencemaran dikendalikan bagi setipa ramuan botani baru.
  • 100% (peratus) kepuasan terjamin.
Sentiasa Berkesan:
  • $300 juta dilaburkan dalam pengujian penyelidikan dan pembangunan.
  • Terdapat 70 kajian klinikal bercetak.
  • Terdiri daripada 60 saintis shaklee
  • Terdapat 55 paten dan paten tertunda
  • Kajian ulangtahun ke 50 menunjukkan yang pengguna makanan tambahan shaklee dalam jangkamasa panjang mempunyai kesihatan ternyata lebih baik daripada mereka yang mengambil hanya satu multivitamin atau tiada makanan tambahan langsung.
Sentiasa Mesra Alam:
  • Tiada perasa tiruan.
  • Tiada pemanis tiruan.
  • Tiada pewarna atau lemak Trans
  • Tiada bendasing tersembunyi
  • Tiada ujian terhadap haiwan
  • Tiada baha-bahab yang diharamkan
  • Tiada peluntur klorin
Living In Harmony 
Live Natural, Live Well


Perintis Syarikat Nutrisi Semulajadi
  • Healthy You - Pelbagai nutrisi untuk kesihatan
  • Healthy Weight - Bagi anda yang berusaha untuk dapatkan berat ideal tanpa bahan kimia
  • Healthy Beauty - Penjagaan luaran kulit wajah
  • Healthy Home - Khas untuk kesihatan isi rumah 
===

Anda ingin cuba? Boleh tanya wawa..")

DAHSYATNYA TAHAJUD

Bismillahirrahmanirrahim. 

Alhamdulillah, malam ni wawa berkesempatan join kelas online bersama leaders hebat under group jutawan kami. Paling best, kami bukan hanya berbincang tentang bisness dan produk sahaja malah ilmu-ilmu akhirat juga dititik beratkan.

Dibawah wawa ambil dari perkongsian sahabat tentang hadis HEBATNYA TAHAJJUD.



1. Hadis

🌸Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

🌸Salman al-Farisi menceritakan, Rasulullah S.A.W berkata, “Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.”

🌸Diriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” 

🌸‘Amr bin Al-‘Ash meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Sedekat-dekat hamba kepada Allah adalah pada tengah malam yang terakhir. Apabila kamu dapat menyertai golongan orang yang berzikir mengingat Allah pada saat itu, maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat Al-Hakim).

🌸Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Apabila seseorang membangunkan isterinya pada waktu malam, lalu kedua-duanya solat dua rakaat, maka mereka tercatat dalam golongan orang yang selalu berzikir.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

Search This Blog

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...