Tuesday, 13 January 2015

Rumah Kecil Cantik Di Tepi Pantai

Bismillahirrahmanirrahim,

Wowww, cantik sangat rumah kecil yang dibina di tepi pantai Whitsand Bay di CornwallEngland, milik seorang wanita . Jom layan gambar cantik menawan rumah kecil molek ni.. Keluasan rumah ni hanya 320 kaki per segi. 

Dari pandangan luar rumah




Pandangan ruang tamu

Laluan keluar yang cantik

Dalaman yang ekslusif



Ruang Dapur yang menawan




Ruang Tidur mendamaikan



Lawakan.. Wawa pinjam gambar dari sini..")

Semakan BR1M 2015 Secara Online

Assalamualaikum wbt,


Selamat petang semua, dari semalam kecoh pasal BR1M dah masuk. Betul ke? Sampai ofis pagi tadi pun sama, masing-masing bunyi BR1M dah masuk. Ada yang dapat, ada yang tak dapat. Wawa punya tak pasti dapat ke dapat. hehe

Korang jangan risau, tak payah nak pergi ATM untuk beratur panjang-panjang semata-mata nak cek BR1M ni. Ni haa, cek online pun boleh. 


Anda boleh klik LINK ni atau photo BR1M kat atas untuk cek status permohonan anda hari ini. Masukkan IC anda dan jawab beberapa soalan keselamatan yang telah anda daftarkan sebelum ini.

Photo dibawah ini adalah status permohonan Wawa.

 Permohonanan Dalam Proses

Sebelum cek tu, Bismillah dulu banyak-banyak ye.. Mana tahu rezeki korang kan..hihi

Dari Dia Kita Datang, Kepada Dia Kita Kembali

Assalamualaikum wbt,

Bismillahirrahmanirrahim. 


Innalillahiwainnailahiraajiun. 

"Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali".


Allah, malam tadi wawa terima berita pemergian rakan niaga wawa, merangkap adik susuan puan Aeinna Musa ke rshmatullah.

Pemergiannya Enda Ahmad disebabkan oleh penyakit SLE (Sistematik Lupus Eritematosus) stage 4 atau Lupus adalah penyakit kronik "Autoimmune". Sebelum ni wawa kenal dengan enda seorang yang periang, berisi, suka senyum, baik orangnya. 

Allahurabbi, Allah lebih sayangkan enda. Beberapa bulan enda tempuhi dengan tabah untuk melawan SLE ini. 

SLE merupakan penyakit auto-immune yang terjadi apabila sistem daya tahanan badan menjadi bercelaru. Puncanya tidak diketahui tapi mungkin disebabkan faktor persekitaran, keturunan dan hormon.

Arwah tak tahu pun dia ada SLE sehingga ke stage 4 baru dapat detect. Jadi sentiasalah kita menjaga kesihatan dari awal. 

Sesubgguhnya mati itu pasti. Sakit itu hanya asbab sahaja..

Selamat Pagi Malaysia!

Assalamualaikum wbt,

Bismillahirrahmanirrahim. 

Alhamdulillah,  masih bertemu lagi kita.. selamat pagi semua, semoga hari ini lebih ceria. InsyaAllah.

Cerita malam tadi, keluar makan jam 10 malam. Beria hubby nak tengok majalah tiga pasal banjir, sebabnya nak tengok kemaman masuk tv.. hehe

Sampai kedai, rasa macam nak panggil waiter nak suruh dia cepat hantar.. Lapar berkeruk2 dah perut ni.. hehe

Sampai je makanan, doa sekejap terus ngap. Lepas makan 2 mulut, baru teringat nak ambil gambar.. haha..


Bila makan kat luar, ini je makanan biasa yang kami makan. Nasi putih, khailan ikan masin, sup tulang/tom yam ayam, ayam goreng kunyit garing, telur dadar dan air ikut suka. ")

Best laa sup tulang dia, pedas ya amat. Wawa suka sup je, tulang tak makan pun.


Lepas makan, ronda-ronda tapak karnival dekat Paka ni je, sebab nak ambil gambar ni. Comel kan, cute je..


Sambil ronda-ronda, hati ni meronta-ronta nak makan asam. Jumpa jeruk salak ni, sampai rumah tak sabar nak makan.. Sempat lagi makan, jam dah 12 malam time ni.. 12:30 malam selamat dialam mimpi..

Bangun pagi tadi, hidung ni berair je. Wawa ada resdung jugak, pagi-pagi kadang-kadang macam selsema je. Lepas isi perut sikit dengan karipap, sempat laa wawa menggoreng tadi. Terus telan Alfalfa,  untuk hilangkan alergik gatal & selsema. 


Ok, Alfalfa juga bantu jadi pelawas tau. Tengah siap-siap nak gi keje, perut pulak bagi isyarat untuk masuk toilet.. Sebelm ni wawa biasa makan alfalfa malam je, tu pun time perlu je..")

Alhamdulillah,  lega hidung dan perut lepas makan alfalfa.  

Habis dah story malam & pagi ni.. Selamat pagi semua. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...