Wednesday, 14 January 2015

Aktiviti Malam Rabu

Assalamualaikum, 

Selamat malam semua. Buat apa tu? Dah makan belum? Alhamdulillah, wawa baru lepas makan. Malam ni makan luar lagi, bagi reward untuk suami dengan bonus shaklee. Inilah rutin wawa bila dapat bonus, pasti reward kat hubby..")

Padahal selalu je makan luar, tapi ada hari yang special sikit..hehe

Malam ni wawa makan dekat area Kerteb, tempat ikan berlabuh, kedai tepi sungaj. Menu pun banyak, ada western food, timur food pun ada..hihi

Inilah makanan kami tadi, Alhamdulillah kenyang dan sedap. Untuk menu dibawah ini berharga RM44.

Ikan kerapu masak 3 rasa

Tom yam campur

Kailan ikan masin

Jus epal

Lepas makan, kami ke kaunter untuk bayar. Tetiba nampak burung kecil comel cute miut ni. Terus snap pict. Nampak tak yang 2 ekor tu buat ape? Hihi




Thanks for reading..")

Hari Raya Shaklee

Assalamualaikum wbt,


Setiap 15hb bagi setiap bulan adalah hari raya bagi kami Shaklee Independent Distributor. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Setiap pertengahan bulan, shaklee tak pernah miss masukkan bonus kami sebagai SID.

Sesiapa yang nak Bonus Shaklee lebih, kene usaha lebih bulan ni, memang boleh dapat punya.


TAHNIAH kepada team MME yang gojes kerana pencapaian telah meningkat sehingga 48% bulan lepas. Suatu kejayaan kepada anak-anak bisness wawa yang baru nak bermula.")

Bila dah dapat Bonus ni, kita kena pandai asingkan dan beri kepada yang memerlukan :

1. Bayar hutang dulu : kereta, rumah, pinjam duit kawan.
2. Bagi menghadapi aura GST ni, kena lebihkan pasa saving
3. Zakat & Sedekah
4. Beri pada mak ayah dan adik beradik especially yg bersekolah.
5. Reward suami dan anak2
6. Reward diri

Bila dah dapat BONUS ni jangan laa sombong pula. Jom sama2 kita latihkan diri untuk bersedekah walau rezeki yang kita terima tu banyak ke sikit ke..formula dia : 1 yg kita beri, 10 balasan yang Allah akan berikan pada kita.

Selepas 9 Bulan Bekerja

Bismillahirrahmanirrahim. 

Allah, kejap je masa berlalu. Selepas kahwin, wawa berehat seketika dari kerja lebih kurang 2 bulan lebih. 

Waktu tu, rasa best sangat tambah plak suami baru habis projek dia. So, kami sama-sama menikmati cuti selepas kahwin. Boleh katakan setiap petang kami keluar meronda pantai, itu pun area Dungun dan Paka sahaja. Ajak suami pergi jalan jauh-jauh sikit, katanya nanti ada orang panggil dia masuk kerja. Akhirnya, kami menghabiskan masa di rumah sahaja.

Selepas kerja, waktu kami sangat terbatas. Kerja dari jam 8 sampai jam 7 malam, setiap hari. Kami dah jarang keluar, makan biasa wawa masak je kat rumah, kadang-kadang makan luar jugak bila malas nak masak. Makan luar pun, area Paka je.

Serius, dah lama sangat kami tak outing jauh-jauh. Malam tadi, pecah rekod selepas 9 bulan bekerja kami ke Kuala Terengganu, itu pun sebab nak pergi ambil adik kat airport. Hehe..

Alhamdulillah,  boleh juga kan berjalan dimalam hari. Rasa macam baru keluar dati gua.. haha.. (ok, itu tipu).. 

Kekangan masa yang kami hadapi membataskan kami.. impian wawa untuk bekerja dari rumah dan bebas masa untuk melakukan aktiviti keluarga tanpa terikat dengan mana-mana company. INSYAALLAH,  doakan wawa ye..")

Jom, layan beberapa gambar yang wawa snap sepanjang jalan semalam.

S3belum gerak ke Airport malam tadi, sempat singgah isi perut di kedai Char Keaw Teow Sedap di Dungun. Cantik tempatnya, romantik gitu.

Boleh tahan laa rasanya, harga pun ok je. Yang biasa harganya rm5 & special rm10. 

Ralitnya hubby.. main ape laa terr.

Inilah suasana romantik, romantis bersama nyamuk..haha


Chaw Keaw Teaw Biasa RM5


Inilah hasilnya bila snap picture time kereta gerak.. hehe







Terima kasih sudi luangkan masa..")

Selamat Pagi Yang Ceria!

Assalamualaikum wbt, 

Bismillahirrahmanirrahim. 

Alhamdulillah,  syukur Ya Allah masih panjangkan usia kami. Terima Kasih Allah, dengan nikmat hidup yang Engkau berikan.

Allah, sungguh besar nikmat Allah bagi. Mengapa kita sering lalai? 

Hari ini, insyaAllah akan dimanfaat sebaik-baik mungkin.

Ehh, macam mana nak jadikan hari ini bermanfaat? Mudah saja, sentiasa berzikir dikala senang mahupun susah.

Allah janjikan, sesiapa yang berzikir padanya akan diberikan kemudahan dalam setiap sesuatu. 

Mudah kita buat kerja, mudah kita selesaikan masalah, mudah kita dapat rezeki, dijauhi perkara yang tidak baik, tidak bercakap perkara yang sia-sia dan banyaklah.. hihi

Jom istighfar kawan..")


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...