Sunday, 18 January 2015

Di Sangka Hamil, Ikhtiar Sampai Jadi!

Assalamaualaikum wbt,

Bismillahirrahmanirrahim.


Allahuakbar, tak sangka status wawa di facebook hari ini mengundang salah faham dikalangan rakan-rakan. Lebih parah, mak saudara wawa sms bertanya soalan bertalu-talu. Siap-marah-marah lagi sebab tak bagitahu dan tak cerita hal wawa dah pregnant.

Allahuakbar, serius tak tahu nak jawab macam mana dah.. haha.. Mak saudara asyik cakap wawa nak sorok dari dia.. Kelakar pun ada, tapi biarlah dieorang nak fikir apa pun. kan2? 


Inilah status wawa yang jadi kontroversi pada mak-mak saudara wawa..hehe

Bercakap tentang hamil, shaklee pun ada supplemen untuk kesuburan. Kebanyakan customer wawa dan rakan-rakan SID yang lain, Alhamdulillah dengan izin Allah mereka berjaya hamil. Ada juga sahabat-sahabat wawa yang makan tapi belum ada hasil, rupanya cara makan tak seperti yang dianjurkan. Sahabat wawa dia beli dengan orang lain, jadi tak sama lah cara makan untuk set kesuburan tu.

Wawa belum terasa nak makan lagi untuk set kesuburan tu, sebab sekarang wawa lebih kepada supplemen penjagaan kulit. Nanti bila dah rasa nak makan, baru wawa try untuk set shaklee plak..hihi.. Jangan ada yang marah wawa plak ye..")

Kisah customer wawa yang berjaya hamil dengan izin Allah. KLik link untuk baca..")

2ND GIVEAWAY SULAMAN LACE HEAVEN - HAPPY BIRTHDAY FUZA

Assalamualaikum wbt,

Selamat malam semua, jom meriahkan segmen GA blog Fuza. Untung-untung boleh menang..hehe
Korang berminat nak join sekali? Jemput klik banner bawah ni ye. 



Kandungan Bahan Vivix Shaklee

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, sales hari ini dan semalam dah cecah RM1.5k. Antara hot item yang jadi pilihan adalah set cadangan vitamin kecantikan dan kurus. Special item yang jadi pilihan customers wawa adalah Vivix. Vivix adalah antara produk best seller. 

Jom kita rungkai, apa yang ada dalam vivix ni. 

Kandungan Vivix

1.muscadine grape


♥anggur hebat ini adalah satu-satunya anggur di alam semulajadi yang mempunyai lebih satu kromosom, yang mana ahli sains percaya mengukuhkan profil polyphenolnya dan berpotensi untuk memanfaatkan kesihatan.

♥ia juga mengandungi asid ellargik dalam kepekatan yang tinggi, satu phyto-nutrient yang tidak dijumpai di dalam anggur jenis lain dan telah menunjukkan mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti-bakteria

2.purple carrot



♥sumber terbaik vit A,mengandungi phytokimia & anthocyanin yang bertanggungjawab pada warna merah biru & ungu pada buah/sayur

♥anthocyanin adalah antioksidan utama dlm lobak

3.elderberry(sambucus nigra)



❤satu daripada manfaat elderberry adalah keberkesanannya dalam mengubati sistem flu terutama sekali influenza B.

❤berry mengandungi flavanoids, yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat dengan yang demikian mengukuhkan sistem immun melawan jangkitan virus dan bakteria

❤pada masa yang sama elderberry adalah sangat kaya dengan sebatian yang dikenali sebagai anthocyanin,  yang memberi kesan anti radang.

❤ia juga mengurangkan simpton seperti sakit otot, sakit atau demam yang berkaitan dengan selsema dan influenza. 

4.polyganum cuspidatum


♥dikenali sebagai knotweed jepun

♥tumbuhan perenial yang berasal dari asia,sumber komersial resveratrol 

♥digunakan untuk merumuskan supplimen anti penuaan & banyak jenis perubatan tradisional cina


====

Inilah ramuan yang terkandung dalam vivix. Untuk pengetahuan korang, anggur muscadine sangat mahal. Saiznya sebesar bola golf dan harga satu biji antara RM60 - RM80. 

Ini satu biji, kalau satu kilo? Kira laa ye.. hehe

Semoga bermanfaat...")

Kpop Buat Lawak

Assalamualaikum, 

Hai, selamat pagi & ceria semua.. Apa aktiviti korang hari ni? Actually,  entry ni patut post semalam tapi tersave plak kt draft..hihi.. cerita ni wawa rasa lawak sangat sebab perkara ni jarang sangat terjadi. 

Korang tahu kan, wawa kerja dengan geng-geng korea. Dalam ramai-ramai tu adalah 2 3 orang kpop, jambu semacam je tapi hensem..kiki


Tengah hari semalam, yang paling hensem buat lawak. Buat kerja memalukan diri sendiri. Nama dia pun dah pelik, Paik Gun atau Gun Paik wawa lupa plak. Alkisahnya, dia nak cari barang tempat member korea dia juga. Budak tu duk depan wawa, sebelah yang korea tu budak india (dari negara india betul). Bercakap pun geleng-geleng kepala. Hihi

Korang nak tahu apa dia buat? Nampak tuannye slow je, tapi dia nak geledah tempat member dia. Sekali mamat Paik Gun ni geledah tempat India punya, siap buka laci tu, buka beg lappy, geledah macam dah lama kenal je. Wawa macam pelik je, nak tanya tapi tak tertanya. Duk tengok je laa dia buat.

Tetiba budak india tu datang, dari jauh macam terkesima tempat dia ada orang geledah. Dengan muka terkejut, dia gi sentuh bahu budak korea tu. Terkejut laa dia, lepas tu say sorry kat mamat india, muka dah merah sangat.

Wawa tak nak gelak, tapi tak tertahan. Terlepas jugak wawa duk gelak kat dia, sampai keluar air mata. Hahaha. Nakal sungguh dia..

Ok, sambung kerja balik.. hehe


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...