Monday, 2 March 2015

7 Prinsip Kejayaan Oprah Winfrey

Assalamualaikum wbt,
Menarik untuk wawa kongsikan 7 prinsip kejayaan Oprah Winfrey. Siapa tak kenal dengan Oprah? Wanita luar biasa yang berpengaruh di Eropah. 




Beliau mengharungi pelbagai cabaran hidup antaranya kemiskinan, penderaan seksual serta diskriminasi kaum sebelum beliau mencapai kejayaan hidup. Beliau Oprah Winfrey telah diiktiraf menjadi salah satu wanita yang paling berjaya dan dikagumi di peringkat antarabangsa. Oprah Winfrey umpama sebuah media gergasi yang telah dilahirkan di kawasan luarbandar Kosciusko, Mississippi, pada 29 hb Januari 1954. Pada tahun 1976, beliau telah berpindah ke Baltimore dan memulakan kareernya sebagai pengacara program tv bagi rancangan popular bual bicara “People Are Talking”.
Kebolehannya menjadi seorang pengacara yang bagus telah menyebabkan beliau di tawarkan untuk mengacara rancangan pagi tv sendiri oleh stesen TV Chicago. Masa berlalu dengan pantas, beliau kemudiannya telah menjadi penerbit bagi rancangan tv beliau sendiri iaitu “The Oprah Winfrey Show”. Pada waktu yang sama beliau telah lancarkan rangkaian tv (tv network) miliknya yang bernama “The Oprah Winfrey Network”. Bermula dari kesusahan sehinggalah mencapai kejayaan, Oprah Winfrey berjaya menempah namanya di persada media dunia. Di dalam beberapa wawancara bersama Oprah, beliau telah ditanya soalan tentang apakah rahsia yang beliau telah gunakan bagi mencapai kejayaan hidup sehingga ke hari ini. Beliau menyatakan bahawa terdapat 7 prinsip yang membantu beliau untuk terus menerus menempuh kejayaan hidup.
1. Bekerja Keras & Bertanggungjawab Terhadap Diri Sendiri
Oprah : Saya tidak pernah menganggap diri saya sebagai seorang wanita yang miskin dan serba kekurangan. Saya bertanggungjawab terhadap diri saya sendiri untuk menjadikan kehidupan saya lebih baik lagi. Tiada rahsia besar di dalam kehidupan, tidak kira apa sahaja matlamat anda, ianya pasti berjaya dicapai jika anda sanggup bekerja keras untuk mendapatkannya.
2. Bersyukur (Gratitude)
Oprah : Perkara yang paling besar anda boleh lakukan bagi mengubah hidup anda pada hari ini ialah dengan bersyukur di atas apa yang anda miliki sekarang. Lagi banyak anda bersyukur, lebih banyak nikmat kebaikkan anda akan terima kelak.
3. Raikan Masa Kini dan Nikmati Pengembaraan Hidup
Oprah : Tidak ada bezanya berapa banyak puncak yang sudah ditawan jika tidak ada keseronokkan di dalam pendakiannya. Setiap hari kita berpeluang untuk hidup bebas dari kekesalan, jadikan hidup anda penuh dengan kegembiraan dan keseronokkan sebanyak mana yang boleh dalam seharian ini.
4. Meneroka dan Hidup Dengan Tujuan/Sebab.
Oprah : Saya percaya setiap manusia dihidupkan dengan mempunyai tujuan tertentu. Teroka apa yang anda sayangkan dan kongsikannya kepada orang ramai melalui kaedah servis.
5. Pembelajaran Berterusan
Oprah : Saya seorang wanita yang masih dalam proses pembelajaran. Saya mempelajari ilmu berguna melalui rintangan konflik serta pengalaman hidup.
6. Melihat Kegagalan Sebagai Pengalaman Pembelajaran
Oprah : Lakukan sesuatu perkara yang anda tidak dapat buat. Jika gagal, cuba lagi kali kedua. Belajar dari kesilapan dan perbaiki pada cubaan seterusnya. Kegagalan merupakan satu batu loncatan kepada kejayaan.
7. Beri Semula dan Tambah Nilai
Oprah : Saya tidak fikir anda akan berhenti memberi. Memberi bukan hanya menulis sehelai cek tetapi bagaimana anda dapat memberi dan menambah nilai kehidupan orang lain.
Ini merupakan 7 prinsip kejayaan pegangan hidup Oprah Winfrey. Seorang wanita yang biasa bertukar menjadi seorang wanita yang amat LUAR BIASA.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...