Search This Blog

Thursday, 30 April 2015

Mengapa Bukan Aku?

Assalamualaikum wbt,

Nice sharing, wawa copy paste dari group telegram kami. Semoga kita berfikir sejenak.


Luangkan masa utk membaca. Speed reading pun takpa. Pasti terkesan di akhir cerita. Cerita biasa yg hari2 kita alami.. 😔

---
Kisah untuk pagi ini..

Saya akan kenang kisah ini sampai bila2. (Dengan izin Tuhan)

Tadi, pengunjung di pesta buku tidak ramai. Jadi selepas asar, ada ruang saya dan rakan ke booth Arab Saudi. Dapatlah Quran free lagi.

Selepas itu, di pentas utama, mereka adakan cabutan bertuah. Hadiah utamanya dapat mengerjakan Haji. (Mereka adakan setiap hari jam 6 petang selama pesta buku) Ini sesuatu yang semua orang Islam cita2 kan.

Saya ikut sekali. Sangat mudah. Cuma isi borang.

Nama : Mohamad Bahruddin (biasanya saya letak Bahruddin Bekri sahaja, tetapi entah mengapa tergerak letak nama penuh tanpa nama bapa)
Umur : 34
IC : ...
No hp : ...

Kemudian jawab soalan yang mereka sudah tandakan jawapannya.

Sementara menunggu borang dikutip, diadakan acara menjawab soalan2 mudah. Hadiahnya Quran.

Antara yang saya ingat adalah, "Siapakah khalifah Islam yang ketiga?"

Soalan mudah tetapi kerana saya sudah ada Quran percuma, saya diam2 sahaja.

Seorang lelaki datang ke pentas dan menjawab dengan yakin, "Saidina Ali."

Terus saya meraup wajah. Geleng2 kepala. Mungkin dia nervous atau panik berada di pentas utama.

Selepas diberi beberapa klue, akhirnya dia menjawab dengan betul.

Apabila borang2 sudah dikumpulkan, mereka pun adakan cabutan itu. 20 cabutan yang terawal dapat Quran. Kemudian cabutan yang terakhir barulah hadiah utama.

Selepas kertas cabutan akhir sudah berada di tangan orang Arab, dia berkata, "Pemenangnya berumur lebih 30 tahun."

Saya sudah berdebar2. Ada harapan.

"Dia adalah lelaki."

Saya tambah berdebar2. Harapan semakin naik.

"Umurnya, 34 tahun."

Saya sudah hampir melayang2. Harapan semakin jelas.

"Siapa umur 34 tahun di sini, angkat tangan?"

Ada dua orang sahaja yang angkat tangan, termasuk saya. Peluang saya 50 50.

"Pemenangnya adalah, Mohamad...."

Kaki saya seperti sudah tidak jejak ke tanah. Terlalu ingin saya naik Haji. Memang Tabung Haji sudah cukup syarat minimum, tetapi menunggu giliran itu yang entah bila. Harapan pula sudah meninggi ke langit.

"Mohamad Naim."

Saya tergamam sebentar. Bukan saya. Ya, bukan saya. Saya hanya diam. Kelu.

Rakan saya segera berkata, "Bukan ini orang yang jawab salah tadi?"

Saya amat-amati dia. Memang dia yang jawab salah tentang khalifah Islam yang ketiga.

"Tadi dia malu, sekarang Allah muliakan dia," sambung rakan saya.

Saya pula, pada mulanya hanya tergamam sehinggalah ketika naik motosikal dalam keadaan renyai2, terfikir mengapa bukan saya yang dipilih menjadi tetamu Dia?

Mengapa tadi sepertinya sudah diberi harapan, hampir sempurna dan seketika itu ia direntap. Sekiranya tidak tepat pada umur dan nama, mungkin tidak ada apa2. Mungkin dengan mudah saya berkata, ia belum rezeki. Tetapi ini persis sekali.

Apa yang Allah mahu beritahu? Ia bukan sekadar mahu memberi ingat yang saya belum ada rezeki. Mengapa tadi perasaan saya diangkat tinggi2, hanya kemudiannya untuk disentap jatuh? Mengapa Allah beri rasa seperti itu sekali kepada saya?

Tidak ada kata kebetulan melainkan semua dalam rencana-Nya.

Ingatlah kembali, pada laku saya ketika pemenang tadi yang menjawab salah. Saya meraup2 wajah sambil geleng2. Perbuatan yang identik dengan kata2 sombong, "Takkan itu pun tak tau? Malunya aku."

Mungkin itu yang terdetik dalam hati saya tadi. Kesombongan. Belum lagi layak menjadi tetamu-Nya. Walaupun hanya itu.

Apapun, Allah yang lebih tahu.

Dalam renyai tadi, entah mengapa tumpah jugalah air mata.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...