Search This Blog

Monday, 18 May 2015

Vitamin untuk Kulit Jerawat dan Parut

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, wanita dan cantik tak dapat dipisahkan.. Betul ke betul? Wawa nak kongsikan soalan yang dikongsikan di ruangan kesihatan Paper Utusan. Dibawah ini jawapan kepada kewajaran kita menjaga kesihatan dalaman.
 

Soalan : Saya ingin memperbaiki masalah kulit berjerawat dan mempunyai kesan parut lama. Kini saya menukar produk penjagaan kulit sebagai langkah memperbaiki masalah jerawat. Saya juga tercari-cari vitamin yang membantu kesihatan kulit. 

Jawapan : Kesihatan kulit boleh dipelihara dan dikekalkan dengan pendekatan yang lebih menyeluruh. Ia bukan sekadar bergantung kepada penjagaan luaran dan kosmetik semata-mata. Apa jua tabiat pemakanan turut memberi kesan kepada kesihatan kulit.Tahap kesihatan kulit juga menjadi penanda luaran kepada kesihatan dalaman. Adakalanya penggunaan krim, losen dan rawatan luaran kulit tidak banyak membantu sekiranya ia berpunca daripada faktor dalaman seperti akibat sesetengah nutrien. Mengambil makanan yang betul dan mengelak makanan yang tidak sesuai boleh menyerlahkan kecantikan, kulit lebih awet muda tanpa kosmetik mahal.
Kajian American Journal of Clinical Nutrition terbitan Julai 2007 menunjukkan kaitan antara makanan yang rendah dengan indeks glisemik dan pembaikan masalah jerawat. Kajian mendapati dalam tempoh 12 minggu, jerawat berjaya dikurangkan dengan lebih baik di kalangan kumpulan peserta yang mengambil makanan dengan kandungan glisemik gula yang rendah berbanding kumpulan yang mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat. Secara umumnya, selain makanan berkarbohidrat ringkas yang tinggi, pengambilan makanan tinggi lemak tepu, makanan berminyak dan bergoreng, bergula akan memberi impak yang lebih ketara kepada masalah jerawat. 


Minum air secukupnya sangat penting. Air yang bersih boleh membantu kulit menjadi remaja. Air penting untuk melembapkan sel-sel selain memudahkan penyingkiran toksin dan dalam masa yang sama menyenangkan kemasukan nutrien. Apabila tubuh dihidrat dengan sempurna, perpeluhan berlaku dengan lebih efisien yang membantu kulit kekal bersih dan cerah.
 
Dari segi vitamin, vitamin anti oksida membantu meneutralkan radikal bebas yang merosak serta mengurangkan kerosakan sel. Antara vitamin anti oksida yang memberi manfaat kepada kesihatan kulit termasuklah vitamin A, C dan Vitamin E. Vitamin A diperlukan untuk pembinaan dan pengekalan sel-sel kulit. Nutrien ini membantu menentang kekeringan kulit, kulit berkuping dan penebalan lapisan luar kulit. Vitamin C diperlukan dan membantu dalam pembentukan tisu-tisu penghubung, kolagen dan pemeliharaannya. Manakala vitamin E boleh memperlahankan penuaan tisu. Untuk kesihatan kulit terutamanya kulit bermasalah, mineral zink diperlukan untuk membantu fungsi normal kelenjar sebum kulit dan penyembuhan jerawat.
 
Oleh itu, pengambilan gabungan anti oksida seperti beta-karoten (pro-vitamin A), C, E, mineral zink dan selenium yang mencukupi akan membantu mencegah kerosakan sel-sel kulit akibat radikal.
Asid-asid lemak yang mencukupi penting untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit. Ini merangkumi asid lemak omega-3 dan omega-6. Asid-asid lemak perlu ini diperlukan untuk menguat dan meningkatkan kebendaliran membran sel kulit. Membran sel merupakan pelindung kulit, mengeluarkan toksin dan memberi lembapan serta nutrien. Ia juga meningkatkan pengaliran darah dengan mencairkan darah dan memperbaiki keanjalan sel darah merah supaya lebih banyak oksigen yang membantu menyubur dan melembap yang penting untuk keremajaan kulit.

Kajian mendapati pengambilan Gamma linolenic acid (GLA) daripada minyak Evening Primrose secara berterusan membantu masalah jerawat, ekzema atopik, sindrom pra-haid (PMS), psoriasis dan kesihatan kulit. Mereka yang sering dibelenggu masalah ini lazimnya mempunyai paras GLA yang lebih rendah daripada normal. Ujian menunjukkan pengambilan minyak evening primrose yang kaya dengan GLA boleh memperbaiki kelicinan kulit, lembapan serta memperbaiki masalah dermatitis.


Founder of MME Legacy,
Wawa 019.996.6576
Perunding Kesihatan Keluarga.

Ikan Dan Anti-Penuaan

Jom baca pasal ikan..
Ikan Salmon
- selain dikenal sebagai makanan bagi otak juga memiliki khasiat sebagai makanan untuk menjaga kulit sihat. Ikan salmon juga dapat mengawal kesan penuaan pada kulit dan memeliharan penampilan kulit tetap sihat. Selain kaya dengan omega, salmon juga mengandungi protein tinggi dan coenzim Q-10 iaitu antioksidan.

Ikan Haruan - Mempunyai asid amino dan lemak yang dapat menyembuhkan luka dalam serta amat baik untuk mengubati penyakit gastrik. Ikan haruan juga mengandungi sejumlah besar vitamin A yang dapat membantu menambah daya penglihatan, melembabkan kulit dan bertindak sebagai antioksidan yang melambatkan proses penuaan. Lendir ikan haruan mengandungi asid olelik dan linolik tidak tepu iaitu komponen utama lipid sepenuhnya. Menariknya, ikan haruan turut mengandungi kolagen tinggi bagi mencantikkan kulit.


Ikan Tongkol - Selain enak dimakan, ikan tongkol juga mengandungi khasiat yang cukup khusus iaitu merangsang pertumbuhan sel-sel darah merah dan menghambat proses penuaan. Jika ingin awet muda, disarankan makan daging ikan tongkol. Jika dimakan secara rutin, minimum tiga kali dalam seminggu sebagai menu utama, ia dikatakan dapat membantu mencegah beberapa penyakit seperti rheumatisme dan anemia dan juga mampu menghindarkan kulit kusam
 
Menarik Bukan? Baru tahu khasiat ikan, jom makan ikan tongkol banyak-banyak..")
 
 Founder of MME Legacy,
Wawa 019.996.6576
Perunding Kesihatan Keluarga.

Saiful Nang Minum Cinch Shake Shaklee

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Alhamdulillah, semoga kalian berada dalam rahmat Allah swt. Dikurniakan kesihatan yang baik dan berkah.

Petang ni wawa nak share kisah Saiful Nang pengasas Prihatin yang telah pun mengamalkan Cinch Shake Shaklee. Korang bila lagi? hehe..

Ramai pulak yang share gambar ni..katanya. 'Saiful Nang pun dah minum Cinch, anda bila lagi'. ewahh suke korang yer hihi.
 

Minggu lepas saya bancuhkan Cinch Shake perasa coklat, untuk hidangkan kat Ustaz Shauqi yang mengajar kelas agama kat Faizworld Training Centre. Dah alang2 Saiful nang ada sekali, bagi rasa sekali. Haa bukan senang jutawan nak bancuhkan untuk Saiful Nang, jutawan glemer tu..hihi.Minggu berikutnya, ajak datang lagi. Cuma tercair sikit kalini bancuh, sebab saya tengah ralit dengar kelas agama Ustaz Shauqi, time tu lah saya nak bancuh, haa kurang fokus. Ada sukatankalau nak bancuh. Guna scoop yang dalam tin Cinch tu, add dengan fresh milk. Kalau rajin add on oats, fruits, ice.

Saiful nang sendiri nak beli.  Sedap katanya perasa coklat ni. Cinch Shake ada tiga flavor - Coklat, Cafe Latte dan Vanila. Saya sendiri suka dengan Coklat dan Cafe latte. Macam minum ice coklat. Nanti kita tengok yer perubahan beliau..hihi

Bila tanya kat Saiful nang... Nak minum Cinch untuk kurus ke? Saya suka dengan jawapan beliau. Katanya untuk sihat. memang betul. sekarang ni nampak kurus, nampak gemuk tak menandakan sihat. ada orang kurus, tapi kolestrol, gula semua tinggi. ada yang nampak gemuk tapi bila medical checkup, kolestrol gula semua okay fit

Dan saya nak tekankan kat sini, jenama Shaklee tiada model, tiada duta. Pengedar tu sendiri adalah model kepada produk Shaklee

Kita kalau betul nak sihat, takyah tunggu orang glemer macam Saiful Nang untuk start dulu. Kita sendiri kena tanya diri kita, sejauh mana kita jaga kesihatan tubuh badan yang Tuhan beri kat kita. Jaga kesihatan tu pun salah satu tanda kita bersyukur. Haa ni saya nak start jadi ustazah ni bagi tazkirah..hihihi
 

Founder of MME Legacy,
Wawa 019.996.6576
Perunding Kesihatan Keluarga.


Kisah Inspirasi May 2015

Assalamualaikum wbt,

Hai selamat pagi semua..")

Jom baca kisah berinspirasi ni. Nak jadi duck or eagle?

Ducks Quack, Eagles Soar

I was waiting in line for a ride at the airport. When a cab pulled up, the first thing I noticed was that the taxi was polished to a bright shine. Smartly dressed in a white shirt, black tie, and freshly pressed black slacks, the cab driver jumped out and rounded the car to open the back passenger door for me.

He handed me a laminated card and said: 'I'm Wasu, your driver. While I'm loading your bags in the trunk I'd like you to read my mission statement.'

Taken aback, I read the card. It said: Wasu's Mission Statement:
To get my customers to their destination in the quickest, safest and cheapest way possible in a friendly environment.

This blew me away. Especially when I noticed that the inside of the cab matched the outside. Spotlessly clean!

As he slid behind the wheel, Wasu said, 'Would you like a cup of coffee? I have a thermos of regular and one of decaf.'

I said jokingly, 'No, I'd prefer a soft drink.'

Wasu smiled and said, 'No problem. I have a cooler up front with regular and Diet Coke, lassi, water and orange juice.'

Almost stuttering, I said, 'I'll take a Lassi.'

Handing me my drink, Wasu said, 'If you'd like something to read, I have The Hindu, Times  of India, ET and India Today.'

As they were pulling away, Wasu handed me another laminated card, 'These are the stations I get and the music they play, if you'd like to listen to the radio.'

And as if that weren't enough, Wasu told me that he had the air conditioning on and asked if the temperature was comfortable for him.

Then he advised me of the best route to my destination for that time of day. He also let me know that he'd be happy to chat and tell me about some of the sights or, if I preferred, to leave me with my own thoughts.

'Tell me, Wasu,' I was amazed and asked him, 'have you always served customers like this?'

Wasu smiled into the rear view mirror. 'No, not always. In fact, it's only been in the last two years. My first five years driving, I  spent most of my time complaining like all the rest of the cabbies do. Then I heard about power of choice one day.'

'Power of choice is that you can be a duck or an eagle.'

'If you get up in the morning expecting to have a bad day, you'll rarely disappoint yourself. Stop complaining!'

'Don't be a duck. Be an eagle. Ducks quack and complain. Eagles soar above the crowd.'

'That hit me right,' said Wasu.

'It is about me. I was always quacking and complaining, so I decided to change my attitude and become an eagle. I looked around at the other cabs and their drivers. The cabs were dirty, the drivers were
unfriendly, and the customers were unhappy. So I decided to make some changes. I put in a few at a time. When my customers responded well, I did more.'

'I take it that has paid off for you,' I said.

'It sure has,' Wasu replied. 'My first year as an eagle, I doubled my income from the previous year. This year I'll probably quadruple it. My customers call me for appointments on my cell phone or leave a message on it.'

Wasu made a different choice. He decided to stop quacking like ducks and start soaring like eagles.

Have an eagle Life ahead ..πŸ˜€πŸ‘πŸ’

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...