Search This Blog

Tuesday, 19 May 2015

Merawat Secara Sunnah

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Wawa doakan semua dikurniakan kesihatan yang baik dan diperbanyakkan rezeki kepada kalian..😊

Jom baca kisah seorang doktor.

Kisah dari rakan seorang doktor....

[Ikhtiar yang Pertama apabila sakit]

Ada seorang doktor cuba buka klinik/rumah rawatan di Madinah/Mekah.
Selama 6 bulan dia buka tiada seorang pesakit pun yang datang untuk dapatkan rawatan dengannya.
Jadi dia pelik. Org org di sini tidak pernah sakitkah?

Akhirnya dia jumpa jawapannya.

Bila mana saja kami sakit.
Perkara yg pertama kami akan buat ialah solat dua rakaat dan memohon kesihatan dari Allah.
Insyaallah sembuh dengan izin dan kasih sayang Allah.

Kalau tak sembuh pergi pada cara kedua.
Iaitu baca Al Fatihah 7 kali tiup pada air dan minum.
Dan alhamdulillah kami akan sihat.

Tapi kalau kami tidak sihat juga.
Kami akan pergi pada cara yg ketiga
Iaitu bersedekah.
Bersedekah dengan niat pahalanya di jadikan asbab penyembuh sakit tu.
Dan insyaallah akan sembuh.

Kalau tidak sembuh kami akan pergi pada cara yg keempat
Yaitu solat taubat dan istighfar.
Sebab Nabi saw beritahu sakit ni salah satu asbab pengampunan dosa.
Jadi kena banyak istighfar dan taubat.

Kalau tak sembuh jugak baru pergi pada cara yg ke lima.
Iaitu madu dan habbatussauda.

Dan yg keenam yaitu tumbuhan dari bumi yaitu seperti bawang putih, zaitun, halia dan lain-lain.

Dan alhamdulillah la haula wa la quwwata illa billah.
Disini kami pasti dan pasti akan sembuh tanpa pergi pada cara ketujuh yaitu tabib/doktor/ubat.

Wallahu a'lam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...