Search This Blog

Tuesday, 4 August 2015

Cara Transfer Duit Maybank2u Ke Akaun ASB Dengan Mudah

Assalamualaikum wbt,

Menyimpan wang adalah amat penting, ia adalah asas kepada pengurusan kewangan dalam kehidupan. Kata ramai bijak pandai, menyimpan emas lebih baik dari menyimpan wang. Wawa akui, namun kita perlu bijak untuk menyimpan sedikit wang bagi menghadapi waktu-waktu kecemasan. Contohnya, sakit, kerosakan kereta, balik kampung, yuran persekolahan anak-anak dan sebagainya.

Wawa juga penyimpan emas dan peminat emas, cuma wawa optimis untuk menyimpan sedikit wang untuk kegunaan kecemasan. 

Bagaimana korang menguruskan penyimpanan diwaktu kecemasan korang? Dimanakah korang menyimpan wang tersebut? Berapakah jumlah simpanan anda setiap bulan? Paling kurang 10% daripada gaji kita adalah untuk simpanan.


Wawa lebih prefer menyimpan wang di Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebab tiada kad ATM. Simpanan itu tidak boleh diusik dan hanya boleh jika berlaku kecemasan. Pesan mak wawa, walau tiada duit macam mana sekalipun, elak dari mengambil dari akaun tersebut. Itu cara didikan simpanan wang mak wawa.

Biasanya, wawa akan ke kaunter maybank atau pejabat pos untuk proses menyimpan. Baru hari ini wawa tahu, sebenarmya kita boleh transfer melalui maybank2u. Ya Allah, serius tak tahu boleh buat online sebelum ni. 

Nak tahu cara transfer duit simpanan ke dalam akaun ASB? Klik SINI.

Semoga bermanfaat.")

Lunch Dengan Ikan Bakar at Tepi Pantai Paka

Assalamualaikum wbt,

Sudah makan tengah hari? Alhamdulillah, dengan rezeki yang Allah bagi. Semoga makin bertambah rasa syukur kita pada Allah swt.

Makan apa kalian hari ni? Wawa bersantai di tepian pantai Paka, pekena ikan Asoh bakar, ikan pari bakar dan sup tulang. Sedap sangat. Korang boleh lah datang ke sini, lokasi belakang esso.

Harga agak berpatutan juga, boleh bawak family datang cuba. Bagi yang suka travel tu, nak cuba pun boleh. Waktu operasi jam 11-5pm. Sebelum datang pastikan buat tempahan dahulu supaya korang tidak membuang masa menunggu.
Asoh – RM40/RM45
Pari – RM8
Contact No Kedai Ikan Bakar Tepi Pantai:
019 476 4046



Thanks sudi singgah..")

Resepi Tomyam Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum wbt,

Hai korang, apa khabar? Wawa doakan kalian dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah. Diperluaskan rezeki dan dipermudahkan urusan seharian.

Hari ni mood memasak datang dan makanan favorite wawa semestinya TOM YAM ALA THAI.hihi

Sudah dua hari wawa masak tom yam,  bila sekali makan tu macam tak dapat nak stop. Sudahnya, esok pun masak tom yam lagi. Jom cuba resepi  Tom Yam dari dapur wawa.

Tom Yam Ayam untuk dua orang makan.

Kawal Resdung, Hidung Gatal, Bersin Dan Jerawat Dengan Alfalfa Complex Shaklee

Sengsara Pengidap Resdung

------

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Semoga sihat-sihat aja, sentiasa mendapat rahmat Allah swt, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan yang optimum.")

Siapa yang ada resdung? Cuba angkat kaki! Hehe

Semua orang ada resdung, yang membezakannya adalah sikit atau banyak. Resdung ada beberapa katogori iaitu, resdung gatal, resdung jerawat dll.

Bagi yang banyak, kesannya amat menyedihkan. Ada yang kesan keluar jerawat di bahagian muka, belakang, kepala, telinga dan lain2. Ada juga yang jenis gatal-gatal hidung, bersin, selasema berpanjangan. Ada juga yang jenis gatal mata, hidung, telingan, kepala dan sebagainya.

Pengidap resdung terdiri dari semua golongan antaranya, perempuan, lelaki, tua, muda mahupun kanak-kanak. Ia agak sukar dihilangkan, namun jika kena pada caranya pasti dapat diatasi dan kita bebas dari resdung.")

Wawa antara salah seorang pengidap resdung. Alergik dengan makanan laut (sotong, ketam, udang, kerang dll), budu, sambal belacan & kekacang. Jika tersilap makan, padah menanti.. Hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...