Search This Blog

Sunday, 9 August 2015

Bantu Wawa Please!!

Assalamualaikum wbt,

Hai semua, dah tidur ke? Wawa nak minta tolong dengan sahabat yang mana terrer dengan coding html blogspot. Wawa dah lama nak tanya, cuma tak berkesempatan.

Siapa yang tahu, boleh tolong wawa. kenapa coding blog wawa macam ni ye? Rasanya dulu-dulu lain. Wawa ada masalah bila nak buat coding tambahan, contoh scroll box. Ada yang sudi bantu wawa?


Wawa dahulukan dengan ucapan terima kasih pada yang sudi membantu.

Nikmati Buah Durian Fresh Di Hujung Minggu

Assalamualaikum wbt,

Hai semua, apa khabar? Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah swt kerana kurniakan kesihatan yang baik buat kita semua. Entry hujung minggu wawa, dua hari berkampung di Padang Landak Jerteh Terengganu. Hujung minggu wawa Jumaat dan Sabtu, dua hari ni berhabis waktu dengan mengunjungi dusun Tok Ayoh (Ayah mertua kakak ipar).

Kami dah inform awal lagi iaitu seminggu sebelum nak datang ke sana. Supaya simpan buah-buah durian dan buhan tempatan yang lain untuk kami. Wawa bertolak malam khamis bersama mak mertua, adik ipar, anak saudara dan wawa serta suami. Bertolak lebih kurang jam 10:30 malam dan sampai jam 1 lebih sebab sempat berhenti makan dekat Bandar Setiu.

Alhamdulillah, sampai sana main-main dengan anak buah kejap then tidur dengan lena sampai pagi. Bangun pagi, lepas siap-siap keluar ke dapur tengok apa yang boleh di tolong. Sekali mak mertua panggil pergi rumah Tok Ayoh, makan durian fresh dari kebun.

First day, Ya Allah serius rasa heaven sangat dapat makan durian fresh. Banyak plak tu, wawa sorang yang makan, orang lain tengok je. Nampak sangat kebulur ngan durian.. haha.. Padahal sebab orang lain semua dah puas makan. Hubby wawa yang belah buah durian, wawa yang makan. Memang niat datang nak makan durian semata-mata, jadinya memang sarapan dengan buah durian laa.. hihi


Lihatlah, photo wawa yang sedang bersarapan dengan durian. Khusyuk gitu..kiki

Seharian tempat wawa adalah disitu, sebab durian fresh sentiasa ada. Awal pagi peraih ada juga yang datang ambil durian dari sini, hanya RM1 sekilogram. Sekali ambil berpuluh-puluh kilo. Wawa juga yang seronok, makan tak pandang kanan kiri sampai kembung perut. Hihi

Malam pula, tok mek buatkan kami Pulut Durian Bersantan. Walaupun dah kenyang, makan tetap makan.. hihi .. Seronok kan makan..”)

Hari kedua, juga rutinnya sama. Cuma jam 10 pagi wawa meronda dengan hubby di kawasan Padang Landak dan Kampung Lak Lok Dalam, ingatnya nak pergi cari rumah mak saudara wawa sekali tak kenal jalan. Nak call handphone plak tak bawak, jadi kami balik aje ke rumah. Makan durian lagi sampai muntah.. kiki

Petang, kami bertolak balik ke Paka semula. Sangat enjoy dengan pengalaman ni. Dah lama rasai makan durian sebanyak ni, time kecil-kecil dulu rajin jugak sebab atok pernah bawak kan. Sekarang atok dah tak ada, kampong pun jarang balik.

suami sedang membersihkan sampah sarap di duri buah durian.

Alhamdulillah, selamat sampai Paka petang semalam.”)

Thanks semua, sudi baca celoteh petang wawa..”)

7 Punca Kulit Berjerawat Dan Cara Minum Vivix Hilangkan Jerawat

Assalamualaikum wbt,

Perempuan dan lelaki sekarang sama-sama lebih cenderung menjaga kesihatan kulit. Dulu, wawa boleh katakan hanya perempuan agak jarang dan janggal bila lelaki menjaga kecantikan wajah, meraka pasti dipandang enteng dan lebih dikenali sebagai maskulin.

Kini, kedua-dua golongan ini sama-sama bersaing untuk menjaga kecantikan wajah dan kulit. Jika wajah berjerawat, pasti cinta mereka ditolak mentah-mentah. Memilih sangat akn? ")

Wawa nak berkongsi dengan korang, ada tujuh punca kulit kita berjerawat dan tidak sihat. Nak tahu tak? Jemput baca sampai habis ya..")

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...