Search This Blog

Tuesday, 18 August 2015

Tips Elak Blog Kena Hack

Assalmualaikum wbt,

Hackers, siapa kenal hackers? Sure kita tak kenal kan, kalau tak sure kita bagi pelepuk sekali.. hehe. Pagi tadi, ada kawan sideline wawa bagitahu blognya kena hack. Segala entry yang di post sebelum ni semua hilang. 

Tetiba wawa teringat, satu ketika dulu wawa juga pernah kena. Bila login id blog, tetiba keluar page blog wawa kena hack. Yang bagusnya, si hackers tu letak laa jugak maklumat email dia untuk kita contact suruh betul kan balik. Alhamdulillah, dalam 24 jam juga untuk back to OK dengan bantuan sahabat-sahabat blogger yang lain.

Fenomena hackers ni dah lama wujud dan apa motif dieorang, wawa pun tak tahu. Maybe salah satu cara untuk tunjukkan skill mereka dalam dunia IT. Ada tak cara untuk mengelakkan blog kita di hack? InsyaAllah ada, jom ikuti bacaan selanjutnya dibawah..hihi

Di bawah ni, wawa kongsikan tips bagaimana untuk elak blog dari di ceroboh hackers.

1. TUKAR KEPADA STRONG PASSWORD
- pastikan password email korang panjang.
- masukkan sekali huruf besar dan huruf kecik.
- masukkan nombor dan simbol.
- jangan masukkan nama atau maklumat orang mudah nak teka.
  • Contoh password yang lemah : nick1234
  • Contoh password yang kuat : nickbencioranghackedblog2018*9
2. SELALU TUKAR PASSWORD
Walaupun korang dah ubah password tu kepada password yang kuat, tapi ada jugak hacker yang boleh hack blog korang kalau diberikan masa yang cukup. So, selalu la tukar password korang, sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.

3. PILIH TWO-STEP VERIFICATION
Two-step verification ni tambahan keselamatan kepada akaun email korang. So, bila korang sign up untuk masukkan email dan password, korang akan dibawa ke satu lagi laman di mana korang kena masukkan kod yang dihantar ke handphone korang. Kalau ada orang nak hack blog korang, hacker tu perlu ada password dengan handphone korang sekali.


4. BUAT BACKUP BLOGSPOT
Kalau boleh buat backup ni setiap minggu, bergantung pada kekerapan korang update blog. Ada 5 cara korang boleh backup blog. Korang boleh guna Feed, Export Blog, Window Live Writer dan Httrack. Tapi yang ni aku nak share pasal backup blog dengan export function je. Sebelum blog korang kena hack, (mintak la dijauhkan) elok la download dan save blog korang dalam bentuk *.xml ke laptop korang sebagai backup. Sebab bila dah dihack, password blog korang akan ditukar dan korang dah tak boleh nak login. Caranya : 

  
Semoga bermanfaat..")

Oh Malaysiaku!

Assalamualaikum wbt,

Bersempena bulan kemerdekaan ni, wawa nak sahut segmen bloglis Cik En kita.. Hehe.. Ingat tak Rukun Negara? Haa, kalau tak ingat mai baca sampai habis naa.. Hehe

Klik Banner untuk ke blog Cik En.


Rukun Negara

Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetian Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembangaan
Kedaulatan Undang Undang
Kesopanan dan Kesusilaan

10 Fakta menarik tentang Malaysia
  1. Malaysia mendapat kemerdekaan tahun 1957 dan mula menggunakan nama Malaysia pada tahun 1963
  2. Malaysia mempunyai jalan sepanjang 145000km (145k) termasuk 18000(1.8k) jalan pesekutuan dan 1800km(1.8k) lebuh raya
  3. Bulatan terbesar di Putrajaya mencecah 3.4km dan juga dikatakan mempunyai nama yang terpanjang "Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah"
  4. KLCC dan Menara Kuala Lumpur mempunyai ketinggian yang berbeza dan KLCC berketinggian 452 meter manakala Menara Kuala Lumpur 421 meter tetapi dilihat dari peta, Menara Kuala Lumpur lebih tinggi. Ini kerana Menara Kuala Lumpur didirikan di bukit nanas yang mempunyai ketinggian 94 meter.
  5. Perkataan "RINGGIT" bermaksud BERGERIGI. Ini kerana duit pertama digunakan di Malaysia bergerigi disisinya dan wang itu lebih dikenali sebagai Dolar Sepanyol. 
  6. Malaysia secara rasmi menggunakan perkataan RINGGIT MALAYSIA pada tahun 90 an
  7. Maksud Sebenar Kuala Lumpur adalah " Kuala Berlumpur" semperna pembukaan Lembah Klang untuk perlombongan biji timah pada tahun 1857
  8. Penduduk Malaysia adalah pengguna tertinggu menggunakan Facebook dan twitter di tangga ke 6
  9. Tan Sri Dr. Mani Jegathesan adalah pelari pertama melayakkan diri ke peringkay separuh akhir Sukan Olimpik di Rome 1960
  10. Penggunaan bahasa pasar di MALAYSIA adalah "Lah!"

Vita-Lea Multivitamin No 1 Di Dunia

Assalamualaikum wbt,

Multivitamin No satu di dunia adalah Vita-Lea. Dr Forest telah mencipta multivitamin yang pertama pada tahun 1915. Asalnya Vita-Lea dikenali sebagai "Vitalized Mineral" dan disingkatkan menjadi "Vita-min".90 tahun dahulu, Vita-Lea adalah berbentuk cecair dan melalui perkembangan teknologi ia telah mengubah bentuk kepada tablet sehingga sekarang.

Untuk pengetahuan korang, nama vitamin yang ada dipasaran sekarang ini adalah nama yang diguna pakai bersempena nama vitamin ciptaan Dr Forest C. Shaklee. 

Tips Jadi Follower Yang Bijak

Assalamualaikum wbt,

Ada yang bertanya wawa, untuk tambah follower kita digalakkan untuk blogwalking dan follow sahabat blogger yang lain. Namun, kenapa 100 blogger yang kita follow hanya 50 sahaja yang follow kita balik?

Allah, agak mencabar juga soalan ini. Ya, bagi seorang blogger baru mendapat follower yang tinggi menjadi satu keperluan bagi meningkatkan motivasi untuk terus berkarya di blog. Menaikkan semangat untuk terus aktif menjadi blogger.

Sebenarnya, sebagai seorang blogger kita tidak boleh meletakkan 100% syarat wajib bahawa setiap seorang blogger yang kita follow, mereka perlu follow kita balik. Jika itu yang berlaku, itu adalah bonus bagi seorang blogger baru. 

Cuma dari pihak kita, perlulah ada usaha untuk membaiki ke"best"an dalam penyampaian penulisan dan kreativiti kita berkarya. Selain itu, kita haruslah menajdi follower yang bijak. Pastikan blogger yang kita follow itu, seorang yang aktif berblog. Lihatlah jika mereka sentiasa update entry setiap hari, itu bermakna blogger tersebut aktif.

Jangan pula kita blogwalking dan follow blogger yang sudah bertahun tak update. Entry yang latest pun tahun 2013, sudah pasti mereka tidak akan follow kita balik. Betul ke betul.hehe


Jadi, rajin-rajinlah follow wawa, insyaAllah wawa follow korang balik.. hihi

Surat Cinta Tentang Solat

Assalamualaikum wbt,


Surat Cinta Tentang Solat

..Bila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya &
tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.

..Anggaplah solat itu Pertemuan yg kau nanti dgn  Tuhanmu.

..Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau Bercerita dengan Allah.

..Anggaplah solat  itu sebagai kondisi terbaik untuk kau berkeluh kesah dgn Allah SWT.

..Anggaplah solat itu sebagai seriusnya kau dlm bermimpi.

..Bayangkan ketika "Azan berkumandang," tangan Allah melambai kepadamu utk mengajak kau lebih dekat denganNya.

..Bayangkan ketika kau "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah bangga terhadapmu.

..Bayangkanlah ketika "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya.

..Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hambaKu."

..Bayangkan ketika kau "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila org mengusikmu."

..Bayangkan ketika kau memberi "Salam," Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia berhati bersih.

..Masya Allah.. sungguh nikmat solat yg kita lakukan. Tak akan sia2  org yg menyebarkannya. Maka sebarkan lah wahai teman2 ku.   Allahuma,  saksikan lah......

Terima kasih sudi baca..")

Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 bermula pada jam 10.00 malam 17 OGOS 2015 hingga 11.59 malam 31 OGOS 2015. Menawarkan hadiah yang bernilai RM 155.00 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI...
Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.


Syarat-syaratnya :
1. Wajib Follow Blog Sponsor
| Diari Jejaka Hangat | Wan Sarah | Shalminadya | Missakuradiary | Aderakukeysah
| Awansayatasana | Azirahman | Yayacendana |


2. Wajib Like Fanpage Sponsor













3. Follow Instagram Sponsor


5. Buat entri bertajuk Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015


6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.


7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Sekian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...