Search This Blog

Monday, 14 September 2015

Resepi Nasi Ayam Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum wbt,

Hai semua, buat apa tu? Wawa masih lagi di ofis, menanti waktu untuk pulang kerja..hihi

Siapa suka makan Nasi Ayam? Nak makan kat kedai, boring kan. Tak kena dengan selera sendiri, ada yang cepat muak sebab nasi dia macam lain laa. Wawa ni memilih juga kalau nak makan nasi yang macam-macam ni. Kalau tak kena dengan tekak, tak habis. Membazir je.

Semalam wawa masak special sikit dari biasa, first time masak nasi ayam. Alhamdulillah, menjadi dan sedap. Wawa tak pernah buat sebab ingat masak nasi ayam ni leceh, lambat dan susah.

Konon-konon nak masal special untuk husband, wawa nekad dan redah je walaupun kepala ligat duk fikir apa yang perlu wawa buat step by step. Ok, dah panjang lebar mukaddimah ni jom kita masak memasak plak.

Pertama, kita perlu sediakan bahan-bahan senang dan semua ni dah ada kat rumah.

Deco yang berseni.. Hehe.. Nasi tak sempat hidang dah ambil gambar..

Bahan-Bahan:
(untuk 2-3 orang makan)

1- 2 cawan beras 
2- 5 ketul ayam 
3- Daun salad
4- Timun 1 biji
5- Tomato 2 biji
6- 3 biji cili besar
7- 1 biji bawang besar sederhana
8- 2 ulas bawang putih
9- 3 inci halia
10- 1.5 liter air
11- Kicap
12- Minyak untuk menggoreng
13- Garam, gulan dan secukup rasa
14- Bahan-bahan rempah kasar (bunga cengkih, bunga lawang, biji limau, kulit kayu manis)
15- Daun sup

Cara-Cara Memasak:

Untuk dapatkan hasil dan boleh makan dengan cepat, wawa syorkan korang masak bersama-sama suami. Boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri bila sentiasa bekerjasama..hihi

Mulakan dengan merebus ayam bersama  dengan air dan halia. Rebus sampai masak dan toskan ayam ke dalam pinggan. Salut ayam dengan Kicap Manis Cap Kipas udang. 

Step 2 : Ambil 3 cawan air rebusan ayam untuk masak nasi. Letak dalam rice cooker dan biarkan ia masak. Guna air rebusan ayam lagi power dari letak marjerin.

Step 3 : Panaskan 2 sudu minyak dan tumis bersama bawang besar, bawang putih dan rempah kasar. Tumis sampai biji limau kuning dan naik wangi. Masukkan bahan yang ditumis tadi ke dalam air yang direbus ayam tadi. Tambah garam, gula dan secukup rasa. Ikut rasa masing2. Wawa serahkan rasa ni dekat husband. Hehe

Step 4 : Goreng ayam yang digaul dengan kicap tadi sampai masak. Dah siap boleh letak dalam pinggan dan hidang.

Step 5 : potong 3 biji cili dan 1 biji tomato dihiris kecil (buang biji) dan blend bersama. Lepas siap, letak dalam mangkuk atau bekas masukkan sedikit garam.

Step 6 : Hias salad, potong kecil2 daun sup, tomato dan timun. Hidangkan.

Step 7 : Selepas semuanya siap, boleh dihidangkan untuk makan. Alhamdulillah, done..hehe

Senangkan? Tengah siap-siap nak pergi kerja pun boleh masak..hehe..

Selamat mencuba. 



The Power of Alfalfa

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Wawa doakan kalian yang sudi singgah di blog wawa jni dikurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah. Ameen.


Semalam punya cerita, wawa rebus kerang dengan serai, halia dan bawang. Satu periuk wawa dan suami makan sampai nak habis. Sebab dah lama tak makan, mengidam agaknya kami berdua..hihi

Makan tak ingat, padahal kami berdua ada resdung alergik dengan makanan berkerang, seafood, belacan, budu dan sewaktu dengannya. Sebelum ni kalau makan, cari penyakit laa namanya bila hidung kami saling merenyam..

Sebab dah tahu akibatnya, selepas makan kerang kami terus telan Alfalfa. Wawa ambil 5 biji dan suami ambil 2 biji (penakut nak makan vitamin) hehe..

Alhamdulillah, amazing kami tak ada rasa gatal-gatal hidung langsung. Suami wawa pulak langsung tak bersin. Kalau dulu, jenuhlah nak hilang kalau lepas makan kerang. Walaupun dah tahu diri sendiri alergik, tetap jugak nak makan.

Nikmatkan bila kita dapat makan makanan feveret. Bila berpantang hilang sudah nikmat itu. Macam tak ada feel gitu..hihi

Semestinya Alfalfa sangat bagus untuk orang yang punya alergik. Ia membantu mengurangkan dan menghilangkan simpton-simpton alergik kita.

Didatangkan dalam dua saiz iaitu small (s) dan Large (L).

Price (L) Non-Member : RM103.35 (700 tablets)
Price (s) Non-Member : RM56.98 (330 tablets)
Price Member : 15-30% diskaun

For info & order:



Doa Pagi

Assalamualaikum wbt,

Salam pagi isnin semua, mulakan hari dengan penuh keceriaan. InsyaAllah, hari kita sentiasa indah..")

Jangan lupa baca doa permulaan perkerjaan atau sebarang aktiviti. Surirumah juga perlu baca na, jangan skip naa.. Hehe


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...