Wednesday, 23 September 2015

Doa Hari Arafah

Assalamualaikum wbt,

Selamat menyambut hari raya aidiladha buat semua sahabat blogger wawa sayangi..")

Jom doakan untuk diri, keluarga serta ummah..")


Doa Arafah - Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam saya dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi 

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindingi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27 Ya Allah, izinkan kami menjadi antara jemaah menunaikan Haji pada tahun 2016.

28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Semoga bermanfaat...😊
InsyaAllah waktu wuquf di Arafah akan bermula waktu zuhr hingga maghrib pd 9 Zulhijah bersamaan 23/9/2015. Waktu Malaysia 5.30pm -11.00pm. Gunakan waktu ini untuk berdoa kerana ini adalah waktu yang amat mustajab..

Produk Review : CoqHEALTH Plus Vitamin Untuk Jantung

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, syukur Allah hidupkan kita hari ini. Masih bernafas dengan izin Allah swt.

Tahukah anda, jantung kita mengepam hampir 2000 gelen darah keseluruh bahagian tubuh kita setiap hari. Jantung adalah otot paling bekerja keras didalam tubuh kita dan merupakan pusat kawalan utama sistem peredaran darah. Jadi, jantung memerlukan jumlah tenaga yang besar untuk berfungsi dengan cekap.

Tenaga tersebut diperolehi dari nutrien yang dipanggil KOENZIM Q10 (CoQ10) serta membantu kesihatan salur darah.

Bagaimana nak dapatkan CoQ10? 


CoQ10 dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh dan wujud di dalam semua sel. Namun, disebabkan faktor pemakanan, faktor usia dan pendedahan harian kepada radikal bebas menjadikan penghasilan CoQ10 semakin berkurang iaitu kurang daripada 10mg sehari.

Korang Tau Tak? 
Jantung berdenyut 100,000 kali setiap hari
• Aorta, arteri terbesar didalam tubuh, diametermyanhampir menyamai hos taman
• Penggunaan ubat-ubatan tertentu akan mengurangkan tahap CoQ10 didalam darah

Bagaimana CoQ10 Dapat Membantu Menjana Jantung yang Sihat

* Coqhealth menampilkan campuran semulajadi proprietari 100mg CoQ10 dan resveratrol di dalam softgel yang bioavailable.

COQ10 Juga Terbukti :

1. Membantu penghasilan tenaga didalam organ jantung.
2. CoQ10 membantu meningkatkan penghasilan tenaga didalam otot jantung, meningkatkan kekuatan mengepam. Kajian menunjukkan CoQ10 meningkatkan peredaran darah, mengurangkan serangan angina dan mengurangkan palpitasi jantung.
3. Menggalakkan dan melindungi arteri sihat dari oksidasi LDL.
4. Kajian menunjukkan CoQ10 mempunyai potensi untuk mengurangkan tekanan darah secara semulajadi tanpa kesan sampingan.
5. Tindakan CoQ10 sebagai antioksidan kuat menghalang oksidasi LDL kolesterol "tidak baik" dan menghalangnya dari melekat dan menyumbat salur darah.
6. Membantu menambah dan mengekalkan tahap CoQ10 didalam darah.
7. Meningkatkan tenaga.
8. CoQ10 menambahkan stamina dan mengurangkan kelesuan.
9. Kecerdasan mental.
10. CoQ10 merancakkan sel-sel otak  meningkatkan memori dan keupayaan kognitif. Ia mengurangkan serangan migraine, pening dan perasaan loya.
11. Kulit yang lebih muda / awet muda.
12. CoQ10 meningkatkan peredaran darah untuk membekalkan tisu kulit dengan cukup oksigen dan nutrisi unuk pemulihan, rejuvenasi dan penghasilan kolagen. Ini membantu kulit agar lebih tegang, lebih cerah dan berseri.
13. Meningkatkan kesuburan.
14. CoQ10 mengurangkan stress oksidatif yang telah dibuktikan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih sihat untuk meningkatkan kiraan sperma, pergerakan sperma dan mutu sperma.
15. CoQ10 juga meningkatkan mutu ovum wanita.
16. CoQhEalth mengandungi resveratrol yang terbukti merehatkan salur darah dan membantu pengaliran darah.

Adakah anda pengidap sakit jantung?  Jika ya, amalkan koenzim Q10 supaya dapat meningkatkan keupayaan jantung anda mengepam dengan lebih lancar dan cekap.

Untuk konsultasi percuma, boleh hubungi wawa di talian 019 996 6576

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...