Friday, 23 October 2015

Info Kesihatan : Keistimewaan Herbal Blend

Assalamualaikum wbt,

Wawa yakin ramai yang suka dengan multipurpose cream shaklee iaitu cream Herbal Blend. Untuk pengetahuan semua, cream Herbal Blend antara hot item yang wajib ada di rumah.

Sebab apa? Sebab, ia boleh jadi first aid jika berlaku emergency kecil dirumah seperti melecur, gatal-gatal atau luka. Boleh apply direct pada tempat yang terluka.


Apa keistimewaan Herbal Blend


1. Merawat Eczema & Gatal-gatal akibat gigitan serangga. Herbal Blend sangat berkesan dalam merawat kesan gigitan nyamuk @ serangga supaya bengkak tak melarat.

2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah. Masalah tumit pecah sememangnya membuatkan kita rasa malu. Sapukan sahaja di kawasan tumit pecah dan kawasan kulit yang kering, InshaAllah lepas tu okay. 

3. Ubat luka @ melecur. Herbal Blend pun boleh digunakan untuk menggantikan minyak gamat. Seeloknya kena ada 1 Herbal Blend dalam setiap rumah. Baik juga untuk luka, kesan calar @ akibat benda panas. 

4. Menghilangkan parut. Kalau ada parut akibat chicken pox @ campak, cuba sapukan Herbal Blend. InshaAllah parut akan pudar & hilang.

5. Ruam pada bayi. Bayi sememangnya senang terkena ruam, terutamanya ruam lampin. Jangan tak tahu, Herbal Blend juga mampu melegakan rasa pedih.

6. Losyen harian. Lia juga menggunakan Herbal Blend sebagai losyen harian. Supaya tangan sentiasa lembut. Herbal Blend tidak berminyak, jadi sememangnya nyaman & selesa. 


Your Beauty Health Consultant,

Wawa | 0199966576 

Review : Ilham Jannah Menerima Tempahan Jahitan Tudung Secara Pukal

Assalamualaikum wbt,

Makluman untuk semua, yang berminat ingin membuat tempahan jahitan tudung secara pukal boleh berurusan dengan adik wawa.


Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Oktober 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

OKTOBER GIVEAWAY BY MEKZUMBIE

Assalamualaikum wbt,

Hari cuti ni rajin plak wawa join GA dan segmen. Ye laa, hari cuti je wawa boleh habiskan masa depan lappy. Jadi, wawa nak join laa GA yang dianjurkan oleh blogger Zumbie ni.


Syaratnya sangat mudah, story sikit pasal blog mekzumbie ni.
Wawa dah lupa bila wawa start follow blogger mekzumbie ni, yang pasti awal-awal dulu agak takut juga nak follow, bukan apa takut mekzumbie ni cerita pasal zombie plak. Wawa jenis takut sikit dengan gambar yang pelik-pelik dan mengerikan.. hihi


Tapi wawa klik juga nama Mekzumbie ni, bila masuk sana mak aihh.. Mana zombi, tak de pun.. Yang ada pengisian yang santai dan bermanfaat. Di samping itu, mek zumbie ada juga share tips dan petua nak gi ke vietnam pengalaman perjalanan mekzumbie.


Korang nak tahu lebih lanjut, boleh laa terjah ke sini.


Hadiah yang ditawarkan kepada peserta ialah :
Cawan comel untuk 2 pemenang :
Topup RM10 untuk 3 pemenang :
Topup RM5 untuk 3 pemenang :
Magnet Fridge Vietnam untuk 2 pemenang :
Hadiah Misteri untuk 1 Pemenang (Hadiah misteri yang misteri):
(Hadiah misteri tak ditunjuk kerana misteri)

Giveaway irrayyan | Kalau Dah Jodoh

Assalamualaikum wbt,

Jom sertai segmen mudah irrayyan!

Giveaway irrayyan | Kalau Dah Jodoh
Giveaway irrayyan | Kalau Dah Jodoh

Syarat-syarat  mommy bagi mudah jer. Kena ikut semua tau. 

1. Folow blog irrayyan.com . Yang dah follow, terima kasih.

2. Letakkan banner giveaway irrayyan di atas pada permulaan entri.

3. Tajuk "Giveaway irrayyan | Kalau Dah Jodoh" dan linkkan ke entri ini.

4. Berikan url entry korang kat ruangan komen di bawah dalam entry ni sahaja. Kalau paste kat tempat lain mommh tak kira ye.

Tu jer. Mudah sangat kan. 

Tarikh tutup penyertaan tak ada. Macam mommy kata kat atas, cukup 10 penyertaan mommy terus bagi 1 novel Kalau Dah Jodoh. Sebarang perubahan akan diberitahu dari masa ke masa.

Doa Ketika Bangun Awal Pagi

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, syukur Ya Allah masih beri peluang untuk kami hirup udara hari ini. Menikmati waktu-waktu indah bersama keluarga. Dikurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah.

Allahuakbar, tiada daya dan kekuatan melainkan dari mu Ya Allah. 

Pagi ini berlalu di newsfeed wawa, satu video yang sangat menyentuh hati. Kuliah tentang bangun malam. Pernah tak, diwaktu malam tanpa kita kunci alarm, tiba-tiba kita tersedar. Tengok jam, ya Allah baru jam 3 pagi.

Tahukah kalian, apakah petanda itu? Sebenarnya Allah kejutkan kita untuk bagun bersujud padanya. Namun, apa yang kita buat? Hanya melihat-lihat handphone, siapakah yang whatsapp, siapakah yang call, siapa pula yang update di FB.

Allahuakbar, sesungguhnya sedarkanlah kami dari perihal ini. 

Lepas ini, kalian boleh cuba ubah tabiat itu dengan ikuti perkongsian dari dalam video tersebut.

Barang siapa yang terbangun di malam hari dan membaca do'a, maka akan dikabulkan segala macam permintaan-nya.

Lihat panduan dzikir ketika terbangun di malam hari berikut ini :

"Laa ilaa ha illallaah wahdahu laa syarikalahu
Lahulmulku walahul hamdu wahuwa 'ala qulli syai'in qodir
Subhanallah
Walhamdulillaah
Walaa ilaa ha illallaah
Wallaahu akbar
Wala haula wala quwwata illa billaahil 'aliyyil 'adzhim
Kemudian berdoa : Allaahummagh firli"

"Ya Allah, Ya Tuhanku, barangsiapa yang menyebarkan video ini, berikanlah solusi bagi segala kegundahannya. Dan jalan keluar dari segala kesempitannya. Dan karuniakanlah baginya rizqi dari jalan yang dia tidak sangka. Dan jadikanlah dia orang yang mendapat pahala bersama kami."

Aamiin.

Doa Pagi Jutawan #6

Assalamualaikum wbt,

Jom aminkan doa ini..")

Ya Allah Ya Rahman...Ya Rahim...Ya Malik..Ya Kuddus..

Segala puji-pujian bagi yang Agung lagi Maha Berkuasa, selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, sekeluarga serta sahabat-sahabatnya...

Ya Allah Ya Tuhanku, pada hari Jumaat penuh barokah ini, izinkan kami untuk memohon dan merayu padaMu Ya Allah..Kau
lapangkanlah dada kami Ya Allah dalam menerima apa saja dugaan yang Kau berikan ini Ya Allah..

Kami redho Ya Allah..kami tawakkal Ya Allah..Kami berserah Ya Allah...kami sabar Ya Allah.. Kau berikanlah kami pengajaran, hikmah dan hidayat di sebalik segala yang Kau turunkan kepada kami Ya Allah..

Kami yakin padaMu Ya Allah..Kau akan sentiasa menguji kami..tapi ujianMu itu setimpal dengan kudrat kami Ya Allah..Kau tak akan uji kami melebihi dari apa yang kami boleh tanggung Ya Allah..

Semoga dengan segala ujian hebat ini..dapat membersihkan jiwa kami..dapat menghapuskan segala dosa silam kami..dapat menghapuskan segala penyakit kami Ya  Allah..Dan kami merayu padaMu jauhkanlah kami dari penyakit hati Ya Allah..Kami ingin punya hati yang putih mulus Ya Allah...

Ya Allah Ya Haq Ya Mubin...segalanya atas kekuasaanMu. Segalanya atas kehendakMu. Segalanya atas perintahMu. 

Kami mohon Ya Allah..Kau bukakanlah liang-liang tanah untuk menyerap segala limpahan air di bumi ini Ya Allah..Kau bawakanlah hujanMu itu ke tempat yang sedang kekeringan Ya Allah...

Amiiin Ya Robbal'alamiiin. 

Assalamualaikum dan selamat pagi wahai saudaraku. Semoga hari ini hari yang penuh keinsafan kepada anda semua kerana mendapat ilmu yang paling berharga. 



<Indahnya hidup dengan beristighfar, berselawat, bersyukur &  bersedekah.. >

Info Kesihatan : Best Time To Drink Water

Assalamualaikum wbt,

Badan kita amat perlukan air untuk melakukan proses detoksifikasi dan keperluan badan. Setiap hari badan kita memerlukan paling kurang 8 gelas air. 

Bagi sesetengah individu, 8 gelas itu biasa macam minum air milo. Hehe. Setengah yang lain pula, amat culas untuk minum air. Pelbagai alasan mereka lontarkan, kerap buang air kecil, rasa tak sedap, loya, air tak best dan macam-macam lagi.

Tahukah anda, jika badan kekurangan air menyebabkan toksin dalam badan sukar untuk keluar. Ia akan terkumpul di dalam badan dan boleh menyebabkan datang pelbagai penyakit. Nak ke? 

Jika tak nak, kena banyak minum air masak. Paling kurang 2-3 liter sehari. Bila nak minum air masak ni? Haa, kena ada masa yang sesuai juga. Bukan ikut sedap teguk 3 liter air dalam masa tu juga. Kecian buah pinggang, tak sempat nak berfungsi dengan baik nanti.

Waktu Terbaik Minum Air

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...