Friday, 20 November 2015

15 Tips Usahawan Berjaya Utamakan Setiap Hari

Assalamualaikum wbt,

Jika anda ingin menjadi usahawan yang  lebih baik dan berjaya mengembangkan perniagaan anda, anda perlu  mendedikasikan masa dan tenaga untuk memperbaiki tabiat harian anda.



Berikut adalah 15 perkara yang usahawan berjaya utamakan setiap hari walaupun jadual mereka sangat padat.

1. Makan Sarapan  

Untuk bekerja  pada tahap prestasi yang kemuncak, tubuh anda memerlukan tenaga. Anda  bukan hanya sekadar minum secawan kopi dalam perjalanan ke pejabat,  tetapi anda mengambil masa beberapa minit untuk makan makanan sihat atau  minum jus berprotein, tidak kira di mana sahaja anda berada.

2. Merancang Hari Anda  

Perkara  pertama pada waktu pagi, lihat kalendar anda dan aturkan jadual anda  mengikut kepentingan. Jika anda mempunyai masa-masa tertentu yang  terbaik untuk bekerja dalam sehari, gunakan masa itu dengan sebaiknya  untuk lakukan kerja-kerja yang memerlukan ketenangan. Saya membuat kerja  terbaik saya pada waktu pagi, jadi saya cuba untuk jadualkan  sekurang-kurangnya 90 minit untuk kerja-kerja penulisan saya setiap hari  sebelum saya menguruskan aktiviti harian lain. Demi menjaga tenaga anda  supaya konsisten sepanjang hari, jadualkan waktu rehat yang kerap dan  singkat untuk anda makan makanan ringan yang sihat.

3. Jangan Semak Emel Dengan Segera 

Perkara pertama yang ramai orang biasa lakukan adalah menyemak  handphone pada waktu pagi untuk melihat siapa yang telah menghantar emel  dan tabiat ini memang sukar untuk dielakkan. Selalunya, menyemak emel  merupakan satu gangguan kepada tumpuan pada kerja yang anda mahu  selesaikan di awal hari. Cuba tunggu sehingga jam 9 atau 10 pagi untuk  menyemak emel, sekurang-kurangnya selepas anda telah menyelesaikan salah  satu kerja kritikal dalam senarai tugasan anda. Jika anda sedang  menumpukan kerja pada projek yang penting, cuba untuk tidak menyemak  emel anda lebih daripada tiga kali sehari.

4. Ingat Tujuan Anda 

Ambil sedikit masa pada permulaan setiap hari kerja untuk mengingatkan diri  anda tentang matlamat syarikat anda. Fikirkan tentang pelanggan utama  anda dan bidang perniagaan anda yang paling menguntungkan. Kita sering  kali terjebak tumpuan dalam mengerjakan tugasan harian kita sehingga  kita lupa apa yang membuat kita bahagia dan apa yang membawa keuntungan  sebenarnya.

5. Tugasan Tunggal 

Kita hidup dalam dunia yang menggalakkan kepelbagaian tugasan pada suatu masa.  Malangnya, apabila anda ada terlalu banyak tugasan sekaligus, anda  mungkin boleh terganggu tumpuan dengan gangguan-gangguan yang tidak  penting. Untuk menjadi lebih produktif dan berkesan, beri keutamaan  kepada tugasan yang penting dan agihkan tugasan lain untuk memberi  tumpuan sepenuhnya.

6. Bayangkan (Visualisasi) 

Ia  mungkin aneh, tetapi cuba tutup mata anda dan bayangkan kejayaan anda.  Bayangkan apa yang anda akan rasa apabila anda mencapai matlamat anda.  Visualisasi adalah alat yang berkuasa dan boleh membantu untuk sentiasa  mengekalkan aspirasi ini di fikiran anda. Salah satu perkara yang  mungkin dapat membantu adalah dengan memperoleh gambar impian untuk  membantu anda mencapai matlamat. Sebagai contoh, jika anda berminat  untuk bercuti di Paris, letakkan gambar Menara Eiffel di atas meja anda.

7. Mengatakan Tidak  

Usahawan  terutamanya sering rasa tertekan untuk menerima setiap peluang yang  datang pada mereka. Walau bagaimanapun, bukan setiap peluang yang datang  akan memberi manfaat kepada anda atau perniagaan anda. Masa adalah  komoditi yang paling berharga. Beri keutamaan pada apa yang anda telah  setuju untuk lakukan.

8. Hargai Masa Anda 

Tidak seperti  wang, masa adalah sumber yang tidak boleh diperbaharui. Tiada cara lain  untuk mendapatkan lebih masa. Jaga masa anda dan gunakannya untuk  melakukan perkara yang paling penting untuk diri sendiri dan syarikat  anda. Elakkan gangguan sebaik yang boleh. Sama ada anda mengetuai atau  menghadiri mesyuarat, secara online atau secara peribadi, dapatkan  kepastian tentang masa permulaan dan masa berakhirnya mesyuarat itu.  Apabila seseorang meminta masa anda untuk konsultasi atau bermesyuarat,  cuba minta soalan-soalan terlebih dahulu supaya anda boleh menyelidik  sesuatu perkara itu lebih awal. Ini akan membolehkan anda menumpukan  perhatian pada masa dan tugasan anda.

9. Mengagihkan Tugasan  

Pada awal  perniagaan saya, saya fikir saya boleh menyimpan wang lebih dengan  melakukan segala-galanya sendiri. Kemudian saya sedari, tugasan-tugasan  kecil dan biasa telah mengambil banyak masa saya dari menghasilkan  kerja-kerja yang mendatangkan pendapatan untuk perniagaan saya. Saya  pada masa itu sudah kusut mengerjakan tugasan. Apabila anda tersogok  dengan kerja, anda tidak akan dapat memikirkan penyelesaian. Upah  seseorang untuk membantu anda.

10. Dengar 

Apabila anda bercakap  dengan rakan sekerja atau pekerja, dengar dengan sepenuhnya. Ambil masa  untuk memahami sepenuhnya apa yang orang lain katakan. Pemimpin yang  mendengar dengan berkesan dapat mengelakkan salah faham dan akan kurang  cenderung untuk meminta penjelasan kemudian.

11. Tunjukkan Rasa Terima Kasih 

Jadikan ia satu tabiat harian untuk duduk dan selalu bersyukur atas  peluang yang diberikan kepada anda dan untuk semua perkara yang anda  telah capai setakat ini. Ingatkan diri anda tentang kejayaan masa lalu  anda untuk membantu anda fokus, sentiasa berada di masa sekarang dan  produktif.

12. Berdiri Dan Bergerak 

Tahukah  anda perlakuan duduk adalah seperti rokok pada masa ini? Perjalanan  dengan kereta dan gaya hidup yang terikat pada meja boleh membahayakan  kesihatan anda. Kajian menunjukkan ia meningkatkan risiko hilang upaya,  kencing manis, penyakit jantung, beberapa jenis kanser dan obesiti.  Tidak kira bila, anda boleh mengambil masa beberapa minit untuk berdiri  dan melakukan beberapa aktiviti singkat yang merehatkan setiap satu atau  dua jam. Aktiviti ini baik untuk badan dan minda anda.

13. Tarik Nafas  

Ramai orang  bernafas pendek. Setiap jam atau lebih, berdiri di meja anda, regangkan  badan dan ambil 10 kali nafas yang dalam. Pernafasan sebegini akan cepat  merangsangkan oksigen dan mencergaskan semula badan anda untuk tugas  seterusnya.

14. Berehat Makan Tengah Hari 

Bangun dari meja anda dan makan tengahari di tempat lain. Jika anda  tidak boleh meninggalkan kerja anda untuk seketika, jadikan waktu makan  tengahari masa anda membina rangkaian. Jadualkan mesyuarat makan  tengahari sepanjang minggu dengan pelanggan penting, kenalan profesional  atau rakan-rakan.  Pada  akhir setiap hari, bersihkan semak dari meja anda. Simpan pen, tindanan  kertas-kertas dan aturkan barangan lain. Sebuah meja yang teratur akan  memberikan pencerahan yang jelas untuk hari berikutnya dan menghalang  anda dari terasa buntu dengan kerja semalaman.

15. Kosongkan Meja Anda 

Pada akhir setiap hari, bersihkan semak  dari meja anda. Simpan pen, tindanan kertas-kertas dan aturkan barangan  lain. Sebuah meja yang teratur akan memberikan pencerahan yang jelas  untuk hari berikutnya dan menghalang anda dari terasa buntu dengan kerja  semalaman.

Sumber : DAO

FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA

Assalamualaikum wbt,

Sebutlah nama Allah sentiasa, kerana dengan mengingati Allah hidup menjadi lebih tenang..")

FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA 


وَلِلّهِ الأَسْمَاء الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُواْ الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَآئِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ

“Hanya milik Allah nama-nama (asmaul husna), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut nama-nama (asmaul husna) itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.”(QS. Al A’raf 7:80)

Kenapa Perlu Pakai Overnight Renewal Whitening Cream Nutriwhite?

Assalamualaikum wbt,

Wawa nak kongsi pengalaman pakai Overnight Cream Nutriwhite.

Alhamdulillah, hari ni dah masuk minggu kedua wawa pakai. Kulit wawa rasa sangat lembut, betul walaupun masih ada lagi jerawat yang tumbuh tapi tidak sebanyak dulu. Kadang jerawat naik juga bila wawa makan sambal belacan, sotong bila wawa skip ambil alfalfa atau vivix.

Bangun pagi, kulit rasa lebih segar tak berminyak dan lembu gebu. Korang tahu tak, waktu paling sesuai nak tengok seseorang tu cantik atau kurang adalah waktu bangun tidur. Waktu itu adalah wajah kita yang sebenar.

Bila bangun tidur dan lihat wajah penuh dengan minyak, buruk kan? Kita sendiri nak tengok pun tak lalu. Dengan memakai set penjagaan wajah nutriwhite pasti anda tersenyum riang. Wajah lebih cantik dan berseri..")

Ok, sebenarnya wawa nak cerita pasal overnight cream kan? Sebab overnight cream nutriwhite sangat membantu memulihkan kulit kita setiap malam. 

Jom kita study sikit pasal Overnight Cream Nutriwhite. Ramai yang beranggapan bahawa kita tak perlu pakai Overnight Cream.

7 Waktu Mustajab Doa

Assalamualaikum wbt,

Hai semua, salam jumaat yang berkah. Alhamdulillah, syukur Allah masih bagi peluang pada wawa untuk coretkan penulisan di blog ini. Semoga dengan setiap apa yang wawa kongsikan disini menambahkan lagi saham yang baik diakhirat nanti. Amin , insyaAllah.

Macam mana cuaca di tempat kalian hari ni? Di Paka dan Kerteh hujan turun mencurah-curah. Tiada tanda untuk berhenti. Waktu hujan adalah waktu mustajab doa. Jom semua, kita submit doa pada Allah moga-moga diperkenankan.

Waktu-waktu mustajabnya doa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...