Search This Blog

Saturday, 28 November 2015

Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM

Assalamualaikum wbt,

Jom join Giveaway dari Blogger terkenal iaitu Hasrulhassan.com. Syaratnya mudah saja tau, tuliskan mengapa dan sebab korang follow blog hasrullhassan.com secara ikhlas dari hati.
HASRULHASSAN Random Giveaway RM100 Follower
Kenapa wawa follow blog HASRULHASSAN, sebab awalnya wawa sering guna google search untuk cari info tentang blog. Setiap kali wawa search, sokmo lah keluar blog Hasrul hassan di first page carian google ni.. Dalam hati wawa cakap, siapa laa mamat ni. Asyik keluar nama blog dia je.. haha

lepas tu, wawa pun start follow blogger Hasrul hassan. Banyak jugak informasi yang wawa ceduk dari blog beliau. Harap-harap beliau halalkan laa.. hihi

Sekarang, wawa nak blog wawa sentiasa ada dalam bloglist blogger Hasrul Hassan ni, supaya dapatlah cebisan sedikit femes kat blog wawa ni.. hihi

Ok laa, itu jelah setakat ni..")

Farewell Officemate Di Wok & Grill Kerteh

Assalamualaikum wbt,

Hari khamis lepas wawa dan team ada buat farewell parti untuk ofismate yang berhijrah ke Kuala Lumpur. Jadi, kami bersepakat buat makan-makan di Wok & Grill Kerteh.

First time wawa sampai sini, decoration pun macam berubah baru, kerusi meja berkonsepkan kayu. Mengikut ofismate wawa ni, dulu lain sekarang nampak lain. 

Ok la, tak nak cakap banyak. Jom tengok gambar.
Dari kiri, izzati, me, azie

Team kami.

Bergambar selepas makan.

Senarai harga range rm7-rm15


Lupa namanya.. Hihi

Ni wawa makan , Grill Chicken Chop.

Rasanya so so je, bolehlah bawak family makan. Family wawa kurang berminat dengan western food ni..hihi





Tips Parenting : Cara Meneran Dengan Betul

Assalamualaikum wbt,

Parking sini untuk rujukan masa depan..")

CARA MENERAN YANG BETUL


Bagaimana meneran dengan betul?

1. Jangan panik!

Pertama sekali kita perlu pandai mengawal keadaan, iaitu bertenang bila sakit kontraksi berlaku. Cara mudah untuk mengawal rasa sakit kontraksi ialah tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan hembus perlahan lahan melalui mulut. ulang setiap kali kontraksi. Jika kontraksi makin kerap tarik nafas laju-laju dan hembus (sedut melalui mulut dan lepas melalui mulut juga!)

2. Jangan menangis!

Menangis ketika proses meneran adalah perkara sia-sia, di mana akan membuatkan emosi kita makin terganggu dan menambah kesulitan kepada bayi apabila ibu berada dalam keadaan stress. Tabahlah wahai wanita, sesungguhnya kita dilahirkan ke muka bumi ini sebagai wanita yang kuat. sesungguhnya kesakitan yang kita hadapi adalah bersesuaian dengan tahap ketahanan diri kita.

3. Jangan Menjerit

Ramai yang menjerit ketika meneran, kononnya untuk mendapat kekuatan ketika meneran. Sebenarnya salah sama sekali, dimana apabila menjerit kita telah menggunakan tenaga yang sepatutnya digunakan untuk meneran. Proses meneran dengan betul adalah tanpa bersuara.

4. Jangan angkat Bontot

Kesakitan yang dialami ketika kontraksi bersalin membuatkan kita hilang kawalan dan tanpa sedar dalam proses meneran kita mengangkat bontot. Perkara ini akan membuatkan berlaku koyakan besar pada kawasan perinium.

5. Jangan pejam mata

kita menggunakan tenaga yang banyak dan sekuatnya untuk meneran mengeluarkan seorang bayi. Jadi jika kita pejam mata dikhuatiri akan menyebabkan pembuluh mata akan pecah.

Cara Meneran Dengan Betul

1. Angkat kepala dan dagu cecah dada.

2. Mata pandang perut, mesti buka mata ya.

3. Kedua-dua belah Tangan pegang kaki (bahagian kaki yang berhampiran buku lali)

4. Teran tanpa suara dan mulut tertutup.

5. Tarik nafas sedalam yang boleh dan teran macam nak buang air besar yang sembelit teruk, jangan hembus nafas, teran sekuat yang terdaya selama yang boleh. Curi nafas kita nafas sudah habis jangan hembus semua ya.

6. Baca bismilah, selawat dan Doa (LA ILAHA ILLA ANTA. SUBHANAKA, INNI KUNTU MINAZZHALIMIN) bagi yang beragama islam. Saya percaya bagi yang Non-muslim ada doa tersendiri.

7. Tips tambahan:

kongsi la tips ni dengan suami supaya dapat mengingatkan kita. Mungkin masa tu kita akan terlupa dan lost control menahan sakit. Bila suami dah tahu senang la dia memberi panduan kan (Alangkah indah bila suami dapat meneman dan melihat sendiri bagaimana isteri bertarung nyawa untuk melahirkan seorang zuriatnya)

Credit to: www.tipskesuburan.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...