Friday, 18 December 2015

Carilah Hidup Yang Berkat

Assalamualaikum wbt,

Perkongsian hebat untuk orang hebat. Jemput baca sahabat vitaminwawa.")

Tazkirah : Kisah si Tukang sapu sampah by Ustaz Hanafiah Abdul Malek.



Ada seorang sahabat saya, dia seorang penyapu sampah di Dewan Badaraya Kuala Lumpur.
-mlm yg lepas kami bertemu.
-dia dtg ke rumah saya.
-dia seorang penyapu sampah tinggal dirumah Flat.
-rumah Flat di Sentul tuan²...Subhnaallah..
-apa kisah hidup dia ni?

-Dia pergi kerja sampai umur dekat nak 50 tahun tp masih kayuh basikal.
-kawan² dia yg kerja tempat yg sama ada kereta tp dia tak nak . Dia tetap naik basikal.
-tuan² apa yg berlaku?
-kawan dia ni sentiasa Hina dia.
-Satu bangunan Flat hina dia, kata kat dia macam².

-tp tuan² pd hari ini, anak 2 org Doktor & 2 org lg Arkitek.
-anak yg kerja doktor ni bg kat ayah tiap² bulan RM 2 ribu seorang. 2 anak orang anak jadi RM 4 ribu.
-dan anak yg kerja Arkitek pula seorang bg RM 1 ribu, 2 org RM 2 ribu.
-jumlah RM 6 ribu sebulan.

-Tuan² tau tak org yg sapu sampah kdg² hati dia lebih Mulia drpd kita semua.
-lebih mulia dari saya.
-dia hanya sapu sampah...Allahuakhabar...
-tapi hati dia Mulia.
-tuan² dgn RM 6 ribu, tuan² tau tak apa yg dia buat?
-agak² lah apa yg dia buat?
-dia SEDEKAHKAN pd kawan² yg kerja sama tempat yg budak² baru ni yg ada masalah bayar sewa ruma, dia tolong sewakan.
-tolong bayar duit deposit rumah.
-cuma dia pesan, Jangan Tinggal Solat, jangan claim overtime lebih, jangan ada komisen ataupun rasuah.

-tuan² satu hari nanti saya cerita, tuan² tak berapa nak percaya.
-satu hari nanti kalau tuan² jumpa dia, saya bawa sembang dgn dia.
-org yg bercakap ni dia akan bercakap di hati.
"Ustaz, harta bukan milik kita ustaz."
-anak dia baru belikan dia BMW yg latest punya, 320i. Allahuakhbar.
-tp dia kata : " ustaz , drpd naik BMW ..saya ada sifat SOMBONG, BONGKAK, RIAK. Saya lebih selesa naik basikal ustaz."
"Basikal saya tak pernah putus rantai, tak pernah pancit tayar, botak ja tukar."
-apa maknanya? Maknanya itu BERKAT.
-anak dia tak pernah sakit tuan².
-kita ni? Gaji RM 10 ribu tapi tak bayar zakat.
-zakat pendapatan pun tak nak! Zakat simpanan pun tak nak! Zakat harta pun tak nak! Ohh...semua tak nak! Zakat perniagaan pun tak nak bayar!
-bab kata org cina "suai maa" kejap² anak sakit, kejap² kamu sakit..mcm² masalah.

Nabi Muhammad Saw Ajar Kita Hidup Bersyukur

Assalamualaikum wbt,

Bila aku tak suka pada rasa makananku
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar

Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya

Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan ku
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya

Apabila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain ..
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya

Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku

Bilaa aku kecewa pada mereka yg banyak menyakiti aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa memaafkan sesiapa shj yg berbuat jahat padanya

Bila aku berfikir tentang mereka yg membenci aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghina nya

Bila orang lain tidak berterima kasih pada tiap kebaikan yang aku lakukan pada mereka, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yg hebat hanya dari Allah SWT

Bila tiada siapa menyayangi aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang mencintaiku semenjak beribu tahun dulu

Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku..
aku teringat pada Baginda
Muhammad ﷺ
yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yg dicintai & dan itu bagai cas positif yang menguatkan aku !

Assalamualaika ya Rasulullah

Assalamualaika ya habiballah

Selawat dan salam keatas baginda junjungan besar , contoh terbaik sepanjang zaman . Sohibul Azman . Terima Kasih Ya Rasulullah untuk nikmat iman dan islam . Syafaatkan daku di akhirat nanti

Kerinduan padamu takkan pernah padam selamanya pada mu 
Ya Habiballah

#dariwhatsappgroup

Tutorial Cara-Cara Nak Buat Segmen Copy Paste

Assalamualaikum wbt,

Ya Allah, baru jumpa tutorial nak buat segmen copy paste. Wawa parking sini dulu laa ye.. Thanks Kak MIA sediakan tutorial ini..

Tutorial Cara-Cara Nak Buat Segmen Copy Paste


Diharap ini dapat membantu para blogger dalam membuat segmen copy paste seperti yang Mia maklumkan dalam entri SINI. Semoga idea segmen copy paste dari Mia ini menjadi sumber inspirasi kepada blogger lain.

"Mini Giveaway - Saya Nak Topup"

Assalamualaikum wbt,

jom join GA

"Mini Giveaway - Saya Nak Topup"

klik banner - join
Syarat-syaratnya :-
  • Follow blog 
  • Buat entri bertajuk "MINI GIVEAWAY - SAYA NAK TOPUP"
  • Copy coding yang disediakan & paste kan dalam ruangan HTML
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini 
  • Giveaway berlangsung 18.12.2015 - 25.12.2015
  • Giveaway tamat 25.12.2015 jam 11.59 malam
  • Pemenang dinilai melalui RANDOM.ORG


Testimoni Alfalfa : Susu Banyak Badan Ringan Dan Lawas

Assalamualaikum wbt,

Ini adalah testimoni customer wawa sendiri. Alhamdulillah tinggal beberapa hari je lagi bakal merdeka dari sesi berpantang.. hehe

16 Kelebihan Dan Khasiat Cinch Shake Shaklee

Assalamualaikum wbt,

Lately ni kan, ramai pula yang duk mengomel dengan wawa. Badan makin naik, peha makin besar, lengan makin mengembang, perut makin membuncit dan macam-macam lagi.

Allah, bahagia sangat orang Malaysia ni kan. Ye la, makan sampai tak ingat kesan selepas tu. Badan makin mengembang barulah rasa tak selesa. Ye dak? Hihi.

Tapi tak apa, jangan risau Cinch Shake kan ada. Shake shake setiap pagi dan petang, insyaAllah badan korang fit balik.

Apa kelebihan cinch shake ni? Mai nak story sikit.. Hihi

Doa Pagi Jutawan #23

Assalamualaikum wbt,

Jom aminkan doa ini..")

Ya Allah...Ya Waliy...Ya Waliy..Ya Waliyy....

Pada hari Jumaat yang penuh keberkatanMu Ya Allah, sesungguhnya Ya Allah Yang Maha Melindungi, kami ingin memohon Ya Allah, lindungilah ibu bapa kami, guru-guru kami, suami atau isteri kami, anak-anak kami, jiran tetangga kami, ahli keluarga kami, pekerja kami, sahabat handai kami, rakan perniagaan kami, perniagaan atau kerjaya kami serta semua orang yang kami kenali atau tidak kenali ini Ya Allah...

Kami mohon Ya Waliyy, lindungilah hidup kami, lindungilah perbuatan kami Ya Allah, lindungilah percakapan kami Ya Robbi, lindungilah pemikiran kami Ya Tuhan, lindungilah kami, bantulah kami dalam mengenal segala kebaikan dan keburukan Ya Allah...

Kami mohon Ya Allah, semoga saudara kami semua ini berada dalam kalangan orang yang dilindungiMu Ya Allah...

Assalamualaikum & selamat pagi saudaraku sekelian!..Semoga bisnes kita ini atau kerjaya kita semua dilindungi Allah selamanya..Aminnn..Ya Robbal'alamin...

Terima kasih Ya Allah....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...