Search This Blog

Tuesday, 22 December 2015

Aplikasi Find Iphone Elak Phone Dicuri

Assalamualaikum wbt,

Sejak wawa guna iphone ni, semalam baru wawa perasan ada aplikasi "Find Iphone" dalam handphone ni. 



Pernah wawa tengok ofismate cari iphone dia hilang menggunakan internet. Wawa tak ambil port sangat la, ingatkan perlu register ke apa. Just ignore je. Alhamdulillah, phone ofismate dapat balik.

Sampailah semalam, wawa godek iphone dan jumpe aplikasi ni. Ya Allah, mudah sangat kalau korang nak trace iphone korang hilang ke atau lupa letak ke apa. Sebab dia akan tunjuk tempat iphone tu duduk.

Nampak tak yang color hijau bulat tu? Haa, guna yang  tu bila nak cari phone korang hilang. Ini untuk pengguna iphone shaja tau, android wawa tak pasti pula.

Inilah salah satu sebab wawa suka guna iphone, security dia sangat tinggi. Kalau korang curi pun, takkan dapat guna juga sebab owner boleh detect. 

Jom tukar ke iphone semua..hihi

Hulurkan Tangan Ringankan Beban

Assalamualaikum wbt,

Keadaan dalam rumah Zainal yang sudah bocor teruk bumbungnya manakala dinding rumah banyak yang sudah berlubang dan reput.
KEADAAN ekonomi sebuah keluarga yang sudah sedia dihimpit kemiskinan di Kg Simpangan (Sungai Gali), Tumpat, Kelantan kian sempit selepas rumah tempat berlindung pula rosak teruk dijilat api, baru-baru ini. 

Pihak surau kampung berkenaan kemudiannya tampil membantu dengan menampal dinding yang berlubang akibat kebakaran namun keadaan rumah yang dihuni keluarga Zainal Awang, 41, masih kelihatan daif.
Memang menyedihkan. Apa yang boleh dikatakan rumahnya sekadar untuk berlindung daripada hujan dan panas semata-mata, dapur sering tak berasap kerana ketiadaan barang dapur manakala tandas tidak dibina di dalamnya untuk jimatkan kos.
Bahagian dapur rumah Zainal yang kadangkala tak berasap.
Demi empat anak yang perlukan makanan untuk masuk ke perut saban hari, Zainal berusaha keras mencari pendapatan dengan melakukan kerja-kerja kampung termasuk bertukang dan menyalurkan tenaga tulang empat keratnya buat sesiapa sahaja demi sedikit upah.
Biasanya dia hanya mampu memperoleh sekitar RM30 sahaja sehari, jumlah yang sekadar ‘cukup-cukup makan’ sebelum perlu mengais rezeki lain keesokan harinya.
Keempat-empat anak Zainal iaitu Nurul Alisya, 16, Nurul Aliya Nadhira, 15,  Nurul Ilyanis, 10, dan Mohd Zairul Hilman, 6, dijaganya sendiri selepas berpisah dengan isteri dua tahun lalu.
Kini menjelang tahun baru 2016, bukan soal makanan buat anak-anak sahaja yang difikirkan Zainal tetapi kos untuk mereka memulakan sesi persekolahan baharu turut buat fikirannya buntu. Hingga ke saat ini tidak ada sebarang persediaan dapat dibuat kerana keadaan kewangan yang terhad.

Zainal (kanan) bersama anak bongsunya, Mohd Zairul Hilman, 6.
Justeru, insan-insan pemurah di luar sana diseru untuk membantu meringankan beban ditanggung Zainal sekaligus dapat membantu keempat-empat anaknya meneruskan persekolahan seperti rakan sebaya mereka.
Selain wang ringgit, keluarga ini boleh dibantu dengan menyalurkan sumbangan berupa peralatan, buku dan baju sekolah selain barangan dapur dan keperluan hidup lain.
Difahamkan kerana kasihan melihat kepayahan Zainal membesarkan anak-anaknya dengan sempurna, penghulu kampung Sha’ari Abd Kadir pernah menyarankan agar anak-anaknya itu ditempatkan di rumah Jabatan Kebajikan Masyarakat namun dibantah olehnya yang berkeras, mahu berusaha selagi mampu dengan tulang empat keratnya.
Justeru bagi mereka yang memerlukan khidmat tukang, anda boleh juga membantu keluarga ini dengan memberikan pekerjaan kepada Zainal yang mempunyai kemahiran bertukang.
Selain itu, keadaan rumah keluarga ini juga memerlukan bantuan agar Zainal dan anak-anak dapat hidup lebih selesa. Antara yang perlu dibetulkan adalah bumbung yang bocor teruk, dinding berlubang dan reput, ketiadaan elektrik serta bekalan air paip yang kecil disebabkan tekanan rendah.
Pada masa sama, ketiadaan tandas menimbulkan masalah sanitasi kerana anggota keluarga ini terpaksa ke Sungai Golok berhampiran rumah untuk melepaskan hajat, dan situasi ini sudah tentu kurang manis buat anak-anak Zainal yang sudah mencecah usia gadis sunti.

Untuk sebarang bantuan persekolahan, tawaran kerja dan sebagainya, bolehlah salurkan ke akaunMaybank 1530 9207 1962 atau berhubung dengan Zainal sendiri di talian 011 14928540.



Jana Pendapatan Mudah Dengan Shaklee

Assalamualaikum wbt,

Ramai sekarang ni bercita-cita menjadi bisnesswoman yang berjaya. Tapi berapa ramai yang mampu bertahan sampai ke puncak? 

Ya, sangat sedikit orang yang sampai ke puncak. Sebab apa? Sebab tiada keseronokan dalam melaksanakan bisnes mereka.

Suka wawa nak kongsikan kata-kata yang super semangat bagi anda yang ingin menjadi bisnesswoman.


Pilihlah perniagaan yang menyeronokkan.  Pilihlah perniagaan yang tidak membebankan. Pilihlah perniagaan yang tidak menjauhkan kalian dengan keluarga. Maksudnya masa anda sentiasa bersama keluarga walaupun tengah menjalankan bisnes.

Siapa tahu bisness apa yang tidak membebankan? Bisnes yang PASTI meneronokkan? Bisnes yang tidak memisahkan anak-anak dengan kita? Bisness yang tidak menjarakkan kita dan suami.

Nak tahu ke? Hehe..

Tak lain tak bukan, bisnes ini adalah bisness shaklee. Hanya menjalankan perniagaan dari rumah, bermodalkan hanya rm80 sekali seumur hidup, tak perlu simpan stok, tak perlu beratur panjang di pejabat pos, tak perlu berjumpa orang untuk buat marketing. Boleh attend kelas bersama anak-anak dan suami.

Inilah life yang menggembirakan. Selain dapat mendidik anak dengan acuan sendiri, kita juga dapat menambah income hanya dari rumah. 3 angka, 4 angka, 5 angka mahupun 6 angka. InsyaAllah, dengan tawakkal dan usaha bersama anda pasti BERJAYA.

Ingin menjana income? Hubungi wawa sebagai mentor anda.

Your Bisnes Mentor,
-wawa-

Collagen Powder Terbaik Untuk Kecantikan Anda

Assalamualaikum wbt,

Promosi Collagen Powder shaklee berbaki 8 hari lagi. Bagi anda yang sedang mencari Collagen terbaik untuk kecantikan dan awet muda,inilah Collagen patut anda amalkan.

Korang tahu tak? Peratusan tinggi Collagen dalam badan kita semakin menurun adalah seawal usia 20 tahun. Sekarang umur korang berapa? Cuba bayangkan peningkatan umur kita berkadar songsang dengan jumlah collagen di dalam badan. 

Jom makan collagen..")


Fungsi Collagen Powder ;


✔️ Anti Penuaan - Mengecilkan liang-liang pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan

✔️ Menghidratkan - Melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan mengelupas pada muka. 

✔️ Mengembalikan Keanjalan Kulit - Meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan. 

✔️ Melicinkan - Meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit.

✔️ Menyubur - Menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar. 

✔️ Mencerah - Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit. 

✔️ Menegang - Membantu menegang dan menganjalkan payudara. 

✔️ Menguatkan- membantu kuatkan tulang dan  kurangkan rasa sakit sendi.

✔️ Menganjalkan - membantu mengekalkan otot mata supaya anjal

✔️ membantu meningkatkan fungsi otak. 


Your heatlh & beauty Consultant:
WAWA
vitaminwawa.blogspot.my
Postage ke seluruh Malaysia serta luar negara.


Doa Pagi Jutawan #24

Assalamualaikum wbt,

Jom aminkan doa ini..")

Ya Allah..Ya Musawwir..Ya Ghaffar...Ya Qahhar...

Kaulah Maha Pembentuk, Kau Yang Maha Pengampun dan Kau lah Yang Maha Mengalahkan...kami mohon padaMu Ya Allah, Kau jadikanlah kami ini di kalangan orang yang mudah memaafkan Ya Allah...Maafkan segala kesalahan orang lain Ya Allah kerana sesungguhnya kami juga pernah melakukan dosa Ya Allah..tapi Kau sentiasa mengampunkan kami Ya Allah...

Ya Allah, kuatkanlah hati kami Ya Allah, semoga kami dapat pelihara jiwa kami supaya tidak terdorong ke arah hawa nafsu yang terlalu cintakan keduniaan Ya Allah...Kami mencari mencari kasihMu yang abadi.....

Terimalah doa kami ini Ya Allah..Makbulkanlah permintaan kami ini Ya Allah..

Selamat pagi yang fresh JUTAWAN semua....dan selamat menyambut hari yang penuh kegembiraan pada anda semua kerana hari ini anda semua akan mendapat order yang tak dijangka-jangka banyaknya bagi yang berniaga!!...

Alhamdulillah...syukurrr......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...