Search This Blog

Tuesday, 26 January 2016

Tips Kejayaan Luar Biasa

Assalamualaikum wbt,

#tipskejayaanluarbiasa

Teknik "Beyond Marketing"

Assalamualaikum wbt

Harini tiba-tiba rasa nak kongsi mengenai teknik beyond marketing yang saya amalkan sejak dahulu.. Yang mana menjadi antara salah satu tips kejayaan dalam bisnes selama ini 😊

Teknik "Beyond Marketing"

Teknik yang jauh lebih hebat daripada segala jenis marketing di atas muka bumi ini.. Iaitu teknik "Menggembirakan Yang Maha Memberi Rezeki"

Kadang kala kita terlalu fokus kepada usaha kita.. Kepada marketing.. Kepada tips2 kejayaan yang dikongsi di sana sini..

Sampaikan kita lupa, walau apa jua teknik yang kita amalkan.. Sehebat mana pun guru kita.. Segigih manapun kita mempromosikan bisnes kita.. Tapi tidak akan bergerak satu pun tanpa izin yang Maha Memberi Rezeki, iaitu Allah yang Satu..

Saya pernah mencipta kejayaan besar dalam bisnes.. Dan bila saya renung kembali, saya dapati pada waktu tersebut saya sangat rajin menggembirakan hati Yang Maha Memberi Rezeki.. 

Saya juga pernah mengalami jatuh bangun dalam bisnes.. Saya sendiri pernah diuji dalam bisnes.. Dan bila direnung kembali, maka sedar lah saya bahawa saya dah banyak tinggalkan amalan-amalan yang saya gigih amalkan semasa bisnes meletop2 satu ketika dahulu..

Tak kira apa juga ekonomi yang melanda dunia.. Tak kira betapa meruncingnya ekonomi negara..

Tapi tidak akan bergerak sesuatu perkara tanpa izin Allah.. Apa-apa sahaja boleh terjadi dengan IZIN ALLAH..

Kerana ekonomi Allah melangkaui logik akal.. Melangkaui apa juga situasi ekonomi dunia..

Maka, lupakan apa sahaja kemelut ekonomi yang melanda.. Lupakan semua kegagalan yang pernah kita lalui.. Lupakan semua rumors2 serta gosip2 ekonomi yang menggangu fikiran kita..

Fokuslah mengejar redha Allah.. Fokuslah mengambil hati Yang Maha Memberi Rezeki.. Fokuslah menggembirakan hati Sang Pencipta.. 

Yakinlah Allah Maha Berkuasa di atas seluruh isi langit dan bumi.. Segalanya MUNGKIN dengan izin Allah..

Kembali lah pada Allah.. 

Buat apa yang pernah kita amal semasa berjaya dahulu..
Tambah apa yang kita rasa kita belum cukup buat..
Tingkatkan AMAL selari dengan tingkatnya USAHA kita..

InshaAllah, walau apa pun yang terjadi, kita tidak akan terkesan.. Rezeki kita akan sentiasa dimurahkan.. Jalan kita akan sentiasa dipermudahkan..

Kita akan kaya, berjaya, dunia dan akhirat dengan penuh keberkatan InshaAllah.. 

Pesanan ini bukan untuk anda sahaja, tetapi untuk diri saya juga InshaAllah.. Sama-sama kita kembali kepada Allah.. 

Kalau selama ini anda dah usaha bermacam-macam tapi hasilnya masih biasa-biasa sahaja, dah sampai masanya kita amalkan formula ini.. 

Jadikan ianya PRIORITY.. Amalkan sepenuh hati.. 

Amalkan formula "Beyond Marketing" ini..

❤️ Sedekah
❤️ Solat Awal Waktu
❤️ Zikir
❤️ Dhuha
❤️ Tahajjud
❤️ Al Waqiah
❤️ Hablum Minallah Hablum Minannas
❤️ Jaga amalan WAJIB. Tambah amalan SUNAT

Jangan risau "menjadi ke kalau aku amalkan semua ni"
Sebab segala urusan yang "DEAL" dengan Allah, hasilnya pasti LUAR BIASA.. InshaAllah! 

-MNM-


Semoga bermanfaat.

3 comments:

PeRdU cINta said...

Allah Ya Razzaq...terima kasih perkongsian ini..betul..sandarkan semua padanya..semua..kita??usaha..in sha Allah..

Kakzakie Purvit said...

Kalau kita percaya pada rukun iman kita akan percaya qada' dan qadar Allah. Usaha dan yakin bahawa Allah itu maha mengetahui. Tak rugi menggembirakan Yang Maha Esa kerana kita ini segala pergantungan hanya pada redhaNya.

Farrah MF said...

Yang pasti Yang Pemberi Rezeki kita utamakan kan,..
Bagus perkongsian Wawa ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...