Friday, 1 January 2016

Tips Kewangan : Tabung Jimat 2016

Assalamualaikum wbt,

Selamat Tahun Baru 2016. Bercakap tahun baru, kita tak dapat lari dari AZAM. Sudah adakah target AZAM tahun 2016?

Alhamdulillah, wawa sudah sediakan list azam dan NEW TARGET for 2016 dimana wawa bahagikan kepada 3 bahagian iaitu Agama, Bisnes dan Sosial. Bila kita bahagikan macam ni, lebih nampak dan kita rasa seronok dan tak sabar untuk capai. InsyaAllah doakan ye.



Opps, maaf ya wawa sentuh topik azam baru sikit. Ok, baiklah. Tahun 2016 agak kabur ekonomi negara dan wawa tak mahu sentuh ekonomi negara tapi nak kongsikan tips menangani ekonomi DIRI dan keluarga.

Tips ini dikongai oleh Tuan Azizul Azli Ahmad, yang mana wawa yakin sangat membantu kita dalam menjimatkan ekonomi keluarga.

#TabungJimat

SELAMATKAN DATANG 2016

Jika kita tidak mampu TAMBAH PENDAPATAN tahun ini, kita KURANGKAN PERBELANJAAN.

1. Batalkan langganan Astora anda, tengok extravaganza bukan boleh jadi kaya.
2. Guna lampu led, mahal mulanya saja
3. Kurang guna hp, banyakkan berbicara dan kerja.
4. Berhenti beli majalah, akhbar dan mastika. Baca online saja
5. Hentikan keahlian gym atau golf anda, padang taman masih percuma.
6. Bandingkan harga sebelum beli & belah terus
7. Guna email ianya percuma
8. Beli barang dapur dalam jumlah banyak di Mydin
9. Kurangkan wang dalam dompet bila jalan jalan.
10. Banyak duduk dirumah dari di pasaraya, semua benda cantik ada disana termasuk promoter jelita.
11. Perpustakaan itu percuma, jangan asyik nak beli Majalah Magga
12. Jangan ke restoran sebaliknya ke gerai saja, ia bukan dosa
13. Pergi kedai seminggu sekali, bukan tiap hari
14. Patuhi peruntukan belanja anda
15. Beli pakaian hujung musim, habiskan stok yang ada.
16. Barang terpakai bukan dosa
17. Sewa bilik jika kita bujang, 
18. Jangan beli kereta jika masih bujang, hantu jembalang tak akan tumpang
19. Berhenti kesalun dan spa, potong timun letak dimata. Lepas guna, jadikan ulam pula.
20. Teliti kembali takaful anda, jangan sampai lebih belanja.
21. Bawa bekal tak mengapa
22. Air kosong tetap sihat dan beri tenaga.
23. Jangan merokok dan vape merata rata.
24. Naik kenderaan awam, banyak awek ada didalam. 
25. Kawasan perumahan yang murah itu masih banyak.
26. Tukar pada jenama lebih murah, jenama Tesco tak salah
27. Hanya satu kad kredit had terendah
28. Mintak diskaun sebelum bayar. tak salah cuba nasib.
29. Beli bila ada diskaun sahaja
30. Tukar kenderaan kepada viva saja. Minyak jimat gila!
31. Melawat tempat yang percuma. Zoo Negara mahal giler sejak bela Panda.
32. Beli untuk guna bukan untuk bergaya.
33. Henti beli dan belah ikut suka, selalunya menyesal bila sampai rumah.
34. Jangan tukar kereta baru, kereta lama banyak jasanya
35. Jangan pasang impian kawin lagi, harga pelamin dah 
berkali ganda. 

Tidak semua orang bijak tambah wang, jika kita belum mampu mulakan dengan berjimat dahulu.

-Tn Azizul Azli Ahmad-

No 35 tu, boleh discuss dengan partner apa kata buat yang wajib je dulu.. Hehe

2 comments:

Alongxp said...

Kebanyakkan tips diatas dah saya amalkan, terutama sekali bab bekal... ketara jimatnya dan lebih puas hati

Keladi Ubi said...

tip yang menarik...sedang diamlkan.....salam perknln daripada keladi ya....www.keladionline.com....blogwalking here

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...