Assalamualaikum wbt,

Hai semua, apa khabar? Alhamdulillah, wawa doakan kalian semua sentiasa sihat, ceria, positif, bahagia, kaya dan Berjaya dunia akhirat. Amin, insyaAllah.

Kak Wawa nak sharing ilmu baru yang Kak Wawa dapat dari mentor Shiqeen Sattar. Ramai yang tak sedar dan tak tahu sebenarnya doa kita ni Allah perkenan hari-hari. Kalau siapa yang cakap Allah tak bagi yang dia mintak, itu sebenarnya hangpa tak minta betui-betui. Betui ka Kak Wawa cakap utara ni? Hehe.

Biasa kita duk minta, Ya Allah panjangkan lah umurku, murahkan rezekiku, ampunkan dosaku. Hangpa rasa, Allah makbul dak doa hangpa semua? Makbul lah, tengok sekarang masih hidup lagi kan. Rezeki melimpah ruah, tiap-tiap hari boleh makan. Tu hangpa minta main-main pun Allah bagi. Cuba minta betui-betui, confirm 200% Allah bagi kat kita.

Kak Wawa nak ajar hangpa, macam mana nak submit doa betui-betui.

1.       Minta DOA secara SPESIFIK.

Maksudnya, doa apa yang hangpa nak. Nak income RM5juta, doa sungguh-sungguh, rayu macam anak kecil nangis kat mak dia nak beli mainan.

Perasan dak, budak-budak kalau dia kata nak, dia minta, nangis-nangis, merayu, menjerit sampai mak pak dia bagi. Itu adalah tanda KEYAKINAN kanak-kanak terhadap ibunya akan bagi.

Sama lah kita, minta doa sungguh-sungguh, rayu ,nangis-nagis kita nak. Allah tengok kesungguhan kita, insyaAllah bagi.

2.       Submit DOA pada WAKTU yang TEPAT.

i)                    Waktu hujan lebat
ii)                   Ketika minum
iii)                 Ketika mandi (jaga adab nak berdoa)
iv)                 Ketika buat zero mind power
v)                  Waktu di sepertiga malam. Allah kata, siapa yang doa waktu ini umpama panahan yang tepat mengenai sasaran.
Doalah sungguh-sungguh, Allah pasti tunaikan segala doa kita. Letak keyakinan 200% kepada Allah swt, bahawa DIA Maha Kaya.

Semoga bermanfaat.”)