Search This Blog

Friday, 11 March 2016

Hidup Terus Memberi

Assalamualaikum wbt,

[ PENGAJARAN SEMALAM LUHUR HATI MU DIK ]

Semalam Kak Wawa sempat ke pasar malam Dungun, saja jalan-jalan dengan hubby. Jalan tak lama, Kak Wawa ajak suami duduk tepi beranda yang ada kat pasar malam tu sambil makan satey ikan. 

Lalu seorang peminta sedeqah yang tak ada kaki, dari jauh Kak Wawa pandang je. Niat kat hati tunggulah dia lalu depan muka bolehlah bagi rezeki sikit. Cuit kat hubby, hubby buat mula selamba sambil makan.

Tetiba ada sorang budak lelaki mungkin dalam linkungan umur 11/12 tahun. Badannya besarrrr, lama Kak Wawa ngan hubby duk perati. Mula gi tengok nasi ayam, pastu burger, pastu kuih muih. Berkerut dahi, mungkin duk fikir nak makan apa. Nampak duit rm5 di tangan.

Tak tahu kenapa, terdetik rasa kesian di hati. Seorang je ke budak ni? Dalam duk bercakap pasal budak ni tadi, Kak Wawa paksa hubby bagi duit kat budak ni sebab tak tahu kenapa ada perasaan belas di hati. Sungguh, rasa sebak camne ntah. Hubby duk layan makan hamlet dia.

Tetiba, sekilas pandang nampak budak ni masukkan duit dalam bekas pengemis tadi dan terus hilang. Subhanallah, mulianya hatimu dik. Kak Wawa lilau juga cari sebab nak bagi duit juga kat dia. Tak jumpa2 dah lepas tu. Terus bangun dan bagi kat pengemis tadi. 

Dalam otw balik rumah, terus terfikir mungkin perasaan belas ini sama dengan Dato Vida yang ambil aniq bekas peserta mentor millenia jadi menteenya.

Hangpa faham dak story ni? 😄

Budak kecil tu pun tahu erti memberi. Kita? 

#JutawanWawa

2 comments:

Farrah MF said...

Baiknya pekerti anak tu. Moga besar jadi insan berguna kebanggaan keluarga :)

Farrah MF said...

Oh, Aniq tu Dato' Vida ambil kerja dengan dia ye? Akak tak leh lupa lagu bangau dia hihihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...