Search This Blog

Friday, 8 April 2016

Tiada Istilah Mulut Masin

Assalamualaikum wbt,

Hati terdetik rasa nak makan sup daging, alangkah sedapnya dapat makan, fikiran sudah membayangkan semangkuk sup daging panas di depan mata hinggakan air liur nak meleleh. Walhal tak ada pun, bayangan je lebih.

Tup. Tup. Petang tu, jiran datang hantar semangkuk sup daging. Allahuakbar, lita menyangka itu adalah kerana mulut kita masin. Betul ke betul?

Sebenarnya adalah, kata-kata, fikiran, perasaan, banyangan itu semua adalah doa. Jika kesemua doa ini bersatu dan yakin boleh dapat, insyaAllah boleh dapat. 

Sebab itu, kalau kita nak sesuatu mintalah dengan bersungguh-sungguh, banyangkan dengan sungguh-sungguh  apa yang kita impikan. 

Apa saja impian kita, mintalah dengan Allah bersungguh-sungguh.

1 comment:

paridah said...

TERSEBUT DI MULUT REZEKI PUN SAMPAI SYUKUR SGT TU WAWA...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...