Search This Blog

Thursday, 5 May 2016

Resepi Kangkung Goreng Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum wbt,

Semalam wawa makan kangkung goreng bilis yang di goreng penuh kasih sayang oleh suami. hihi
Balik tengah hari, malas nak tapau lauk, wawa singgah kedai beli ikan segar dan sayur kangkung , timun dan lain-lain. Sampai rumah pun dah lewat, lagi setengah jam nak masuk kerja, jadi wawa dan suami berbahagi tugas. Suami goreng sayur. wawa siang ikan. Makan simple-simple pun sedap bila makan bersama suami tercinta. kan. 

Paling penting, sediakan bahan dulu.

ihsan google

Bahan-Bahan :

1 ikat kangkung di potong bersih
1 biji bawang sederhana besar di hiris nipis
1 ulas bawang putih di hiris nipis
2-3 biji cili padi di ketuk
3 sudu minyak masak
1 piring ikan bilis
1/2 gelas air masak

Perasa :

Garam secukup rasa
Gula secukup rasa 
Sos tiram
Kicap
Serbuk perasa


Cara-Cara :

Panaskan minyak, tumis bawang bersama lada sehingga bawang putih menjadi kuning, masukkan sos tiram dan kicap, selepas itu masukkan kangkung dan ikan bilis, masukkan air, kacau sehingga rata dan masukkan 1/2 sudu kecil garam dan gula (ikut citarasa) serta sedikit perasa.

Dah siap, boleh hidangkan. Makan sambil ratah pun sedap..")


4 comments:

Sue Bee said...

Kangkung masak simple macam ni yang SB suka. Tak perlu nasik..

yuk said...

nmpak sedap je...kna cuba nie..sbb resepi dia senang sgt..

ehafizuddin musa said...

Sedapp ni

Anonymous said...

Sedap ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...